3. Faham itu Kehendak dan Keperluan

Setiap daripada saya dan anda mempunyai kehendak dan keperluan yang berlainan. Boleh saya katakan keperluan adalah yang anda amat perlukan dan merupakan keperluan asas seperti rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Kehendak pula lebih kepada apa yang anda inginkan seperti rumah besar, kenderaan mewah, pakaian berjenama dan sebagainya. Pada waktu remaja lagi saya mempunyai kehendak, ada sesetengahnya yang baik dan ada sesetengahnya menjerat kewangan saya. Ada yang saya capai dan ada saya lepaskan apabila saya belajar dan mendalami tentang ilmu kewangan.

Sebagai contoh, dahulu memang saya memerlukan sebuah kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja (keperluan). Namun saya menggunakan dorongan membeli kenderaan dengan memiliki kenderaan kehendak saya. Ini memang memberi kepuasan tetapi kepuasan itu adalah sementara apabila sesuatu yang dibeli itu diluar kemampuan saya. Tidak salah untuk memiliki kehendak tetapi biarlah kehendak itu berada di dalam kemampuan anda. Lagi bagus sekiranya anda tahu yang barangan kehendak anda dapat di beli tanpa menggunakan wang saku atau wang gaji anda. Terasa ganjil bukan, tetapi anda boleh lakukan sekiranya anda mahu dan tahu. Nampaknya fikiran anda memberontak untuk mengetahui apakah caranya bukan? Teruskan membaca wahai para pembaca sekalian.

Jadi anda boleh mulakan melihat apakah keperluan anda dan kawallah kehendak anda. Sekiranya anda tidak mampu mengawal kehendak anda, maka kewangan anda tidak dapat diurus dengan jayanya. Ingat, orang kaya tidak membeli kehendak dengan wang gaji mereka tetapi mereka mendapat wang untuk membeli kehendak yang mereka idamkan selama ini.

“Saya sentiasa kagum melihat begitu banyak barang yang tidak saya perlukan”. Socrates

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s