2. Tahu apa itu Aset dan Liabiliti

Dahulu, boleh dikatakan aset dan liabiliti adalah asing kepada saya. Pada pemahaman saya, apa yang saya beli dan boleh dijual adalah aset. Namun apabila saya belajar tentang ilmu kewangan, pandangan saya mula berubah. Secara ringkasnya boleh saya simpulkan bahawa aset yang memberi anda wang manakala liabiliti yang akan menghabiskan wang. Mudah bukan? Tetapi kenapa ramai orang selalu kehilangan wang? Ini disebabkan mereka tidak tahu menilai apakah itu aset dan liabiliti. Banyak orang beranggapan bahawa apabila membeli rumah untuk diduduki adalah aset tapi sebenarnya ia bukanlah sebenar-benar aset kerana anda harus membayar dengan duit anda sendiri. Sekiranya anda tidak mampu membayar rumah tersebut, maka dengan mudah tindakan undang-undang akan dikenakan kepada anda dan seterusnya rumah tersebut akan dilelong.

Tetapi sekiranya anda membeli rumah dan sewakan kepada orang lain, itu adalah aset anda tetapi sekiranya tiada penyewa maka anda harus mencari penyewa baru atau membayarnya sebelum ada penyewa baru yang menjadi pilihan. Tapi memilih untuk menyewa kepada orang lain adalah lebih bagus kerana orang lain yang membayar bakal aset anda. Ini berdasarkan kaedah Guna Wang Orang Lain atau lebih dikenali dengan Others People Money (OPM). Rumah tersebut akan menjadi aset anda sepenuhnya apabila anda sudah selesai membayarnya atau dengan kata lain anda tidak terikat dengan pihak lain. Ia akan menjadi pendapatan yang berpanjangan selagi ada penyewa yang membayarnya. Menarik bukan?

Begitu juga sekiranya anda mempunyai kenderaan. Ia adalah liabiliti tetapi sekiranya ia memberi wang kepada anda maka ia adalah aset anda. Sebagai contoh anda menyewakan kenderaan kepada syarikat atau orang lain. Ia menjana wang kepada anda maka ia adalah aset anda. Namun begitu, barangan yang susut nilai juga adalah liabiliti kerana anda tidak akan dapat mengandakan atau mendapat kembali jumlah yang anda labur. Sebagai contoh, andai kata anda menyewakan kenderaan dan rumah kepada orang lain.

Pada pandangan anda, manakah yang memberi nilai aset yang positif. Setentunya rumah kerana nilai rumah selalunya naik 4 atau 5 peratus setahun malahan ada yang lebih manakala nilai kereta selalunya akan turun 10 peratus setahun malahan ada yang lebih. Jadi sekiranya anda ada sejumlah wang, carilah rumah dahulu sebelum membeli kenderaan. Tapi anda perlu tahu berapa jumlah yang anda boleh ambil sebagai komitmen hutang. Ini akan saya ceritakan pada bab yang lain.

Anda boleh menggunakan Aliran Penyata Nilai Kewangan (Contoh 1) pada bahagian Lampiran sebagai contoh untuk menilai aset dan liabiliti anda.

“Orang kaya mengumpul aset. Orang miskin dan kelas menengah mengumpul liabiliti yang mereka sangka adalah aset”. Robert T.Kiyosaki

 Anda juga boleh senaraikan aset dan liabiliti anda berdasarkan rajah di bawah.

  Aset Liabiliti  
 

(wang masuk)

 

Yang memenuhkan poket anda

 

Pemikiran anda yang menjana wang Pemikiran anda yang menghabiskan wang

(wang keluar)

 

Yang membocorkan poket anda

 

Hartanah yang dibayar oleh orang lain Hartanah yang dibayar sendiri
Pengangkutan yang dibayar oleh orang lain Pengangkutan yang dibayar sendiri
Pinjaman yang menjana wang Pinjaman yang menghabiskan wang
Orang-orang yang menjana wang kepada anda Orang-orang yang menghabiskan wang anda
Syarikat yang menjana wang kepada anda Syarikat yang menghabiskan wang anda

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s