Testimonial

Ini merupakan beberapa testimoni dari rakan-rakan yang pernah membaca manuskrip asal saya. Mungkin komen-komen anda akan dimasukkan ke dalam ini sekiranya anda berminat (komen, nama & jenis pekerjaan).

 

“Jarang saya menjumpai buku kewangan yang disokong oleh hadis dan terjemahan al-Quran sebagai panduan dalam perancangan kewangan peribadi.”
Iskandar Basir
Pengurus Cawangan Bank Islam.

 

“Buku ini telah membuka minda pemikiran saya, ia berdasarkan pengalaman getir yang dilalui oleh penulis dalam perjalanan kewangan beliau. Ia memberi satu penerangan yang mudah difahami melalui fakta dan informasi yang amat relevan, apa yang harus ‘dibuat’ dan ‘dielakkan’ lalu menjadikan saya amat berharap menemui buku ini lebih awal untuk menjadi panduan kepada kehidupan kewangan saya terdahulu. Walaupun begitu, buku ini masih memberi panduan dan pengetahuan yang berguna untuk menjadikan masa hadapan yang lebih baik kepada saya dan menghalang saya daripada melakukan kesilapan kewangan seperti waktu dahulu.”
Faisal
Pengaturcara Universiti Antarabangsa.

 

“Ternyata buku ini ditulis daripada hati kerana ia perkongsian jatuh bangun saudara Nurussalam Aziz dalam kewangan peribadi. Tidak disangka buku ini wujud dan ditulis oleh anak tempatan sendiri.”
Ustaz Nurzamir Zakaria
Pensyarah Agama Bebas.

 

“Cara buku ini ditulis merangkumi kepada pelbagai lapisan umur dan latar belakang kewangan. Buku ini amat sesuai dipraktikkan dan mudah difahami oleh orang yang tidak mempunyai pendidikan dalam bidang kewangan.”
Ustaz Bashasunnahar Puasa
Penyelia Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor.

 

“Buku ini tentang pengalaman sebenar bagaimana penulis memperbetulkan kesilapannya daripada terus membazirkan gaji bulanan ke tempat-tempat yang salah. Dan uniknya, ianya berlandaskan hadis dan al-Quran sebagai asas dalam pengurusan kewangan peribadi.”
Farizal Hassan
Pemaju Kanan Multimedia

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s