Penghargaan

Sebagai pembuka kata, dengan lafaz bismillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi saya kekuatan dan dorongan dalam menjayakan penulisan buku saya ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada umi tersayang saya yang telah melahirkan saya di dunia ini. Sesungguhnya tiada sebarang hitungan yang dapat menyamai pengorbanan seorang ibu.

Tidak dilupakan ayahanda saya iaitu Allahyarham Wan Abdul Aziz Ahmad yang mengajar saya erti berdikari di dalam hidup ini. Tidak ketinggalan juga isteri yang banyak bersabar dalam menempuh dugaan demi dugaan di dalam kehidupan bersama. Tanpa isteri tersayang, rasanya saya takkan setabah ini untuk melakukan sesuatu yang mustahil di dalam kehidupan. Seperti yang dikata, perempuanlah yang akan menaikkan dan menjatuhkan seorang lelaki. Maka isteri saya tergolong dalam kalangan isteri yang ingin melihat kejayaan yang positif daripada saya. Begitu juga, anak-anak iaitu Anas, Asyraf, Alif dan (….blom ada nama lagi) yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk menjadikan saya lebih giat bekerja serta lebih kreatif dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada ibu dan ayah mertua yang banyak menolong serta menjadi pendorong dalam kehidupan saya untuk menjadi lebih maju.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mentor-mentor saya yang banyak membantu dalam merealisasikan cita-cita saya sebagai seorang penulis, memantau kewangan dan banyak memberi kata-kata semangat yang ekstrem untuk menjadikan hala tuju kewangan saya lebih baik dan menarik. Terima kasih juga kepada mentor-mentor pasif yang mengajar melalui seminar dan banyak memberi semangat untuk terus maju serta berdaya saing.

Tidak dilupakan juga kepada pihak bank yang banyak memberi dugaan supaya saya belajar apa itu kewangan dan menjadikan diri ini lebih celik kewangan berbanding dahulu. Jika tidak kerana tekanan daripada pinjaman-pinjaman yang saya lalui dengan bank, rasanya saya tidak akan menjadi sebaik seperti sekarang.

Terima kasih juga diucapkan kepada Sharizal Ithman yang banyak berkongsi pengalaman dan tip kewangan supaya saya menjadi lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan. Tidak ketinggalan juga Ahmad Farizal yang menjadi pembuka jalan untuk saya menjadi lebih berjaya. Sifat ingin berkongsi menjadi pencetus untuk saya lebih maju ke hadapan.

Kepada kawan-kawan dan para pembaca blog saya yang banyak memberi sokongan secara langsung atau tidak, ribuan ucapan terima kasih dari saya.

Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada anda semua iaitu pembaca buku saya. Terima kasih.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s