Pengenalan

Suatu ketika dahulu, saya merupakan seorang yang tidak mengambil endah dengan kewangan peribadi. Namun, setelah dicengkam oleh kepompong hutang peribadi maka saya mula membuat satu keputusan untuk keluar daripada hutang yang ada sekarang. Malahan apabila mengetahui pelbagai ilmu tentang kewangan, saya mula menjadi seorang yang ingin lebih maju iaitu menjadi seorang multijutawan. Sekira asasnya saya tidak tahu, bagaimana saya ingin mengubahnya.

Saya tidak mahu memperdagangkan masa depan saya tanpa mengetahui cara mengawal hutang saya. Pada pendapat saya, sekiranya saya tidak tahu mengawal hutang saya maka hutang tersebut akan mengawal saya. Tanpa mengetahui cara mengurus hutang saya, bagaimana saya boleh pergi lebih jauh untuk mengurus kewangan syarikat saya. Dengan pengurusan peribadi yang sistematik, maka saya akan boleh pergi kepada sesuatu yang lebih besar. Sekiranya saya gagal menguruskan kewangan peribadi, maka bagaimana saya ingin pergi ke langkah seterusnya. Prinsip yang mudah!

Inilah yang mendorong saya untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai kewangan peribadi. Saya tidak mahu menghabiskan seumur hidup saya bekerja keras untuk melangsaikan hutang dan bekerja dengan orang lain. Biarlah hutang saya selesai dengan lebih cepat dan saya dapat hidup dengan pendapatan pasif. Dengan itu, menjadikan saya seorang yang bebas kewangan. Bagi saya, tiada yang mustahil selagi saya hidup kerana setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada diri sendiri untuk mencarinya.

Setelah saya mengambil keputusan untuk lebih maju dalam pengurusan kewangan, saya banyak menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk menjadikan diri saya setakat ini. Buku, kewangan peribadi, seminar, blog, forum dan kelas-kelas kewangan merupakan langkah awal untuk menjadikan saya lebih berjaya. Alhamdulillah, semuanya menjadi makin positif untuk masa hadapan.

Walaupun saya tidak memiliki sebarang sijil dalam bidang kewangan, ia tidak menghalang saya daripada membina kekayaan dari sudut yang saya ketahui. Setiap matlamat mestilah ada jalannya. Saya berpendapat adalah lebih baik kewangan dinilai daripada hasilnya atau dengan kata lain berdasarkan aset yang dikumpul melalui pengalaman sendiri. Ia boleh diibaratkan mencipta kapal daripada kesilapan dan belajar untuk mengatasi kesilapan tersebut. Walaupun teori bagus, teori tetap teori. Pengalaman akan membezakan antara seseorang itu belajar daripada teori atau belajar daripada kesilapan.

Oleh itu, setiap kekayaan saya bermula daripada pengalaman saya sendiri. Mungkin ada sesetengah pengalaman saya itu, tidak memberi kesan yang sama kepada anda. Hal ini demikian kerana pemikiran, fokus, ilmu, kekuatan dalaman dan orang sekeliling anda berbeza dengan saya. Saya belajar daripada orang yang telah berjaya dan tentunya saya belajar daripada mereka. Saya mempunyai cetakan biru (blueprint) daripada orang yang telah berjaya malahan mereka daripada golongan jutawan atau multijutawan.

Semakin saya membina kekayaan, maka makin berbeza pemikiran saya terhadap kewangan. Satu perbezaan yang ketara ialah pemikiran yang berbeza antara golongan kaya, menengah dan miskin. Perbezaan pemikiran inilah yang mencipta dan menjadi laluan yang saya pilih. Orang kaya selalu ‘mengawal’ manakala orang menengah dan miskin selalunya ‘dikawal’. Terpulang kepada anda untuk berada di pihak yang mana. Saya sudah memilih dan melangkah selangkah demi selangkah untuk mencapai matlamat yang ingin saya capai. Setiap kejayaan mestilah dibina dari kesilapan dan jatuh bangunnya.

Dengan pengalaman yang saya ada, tidak salah sekiranya saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana saya keluar dari kepompong hutang dan bebas seperti seekor rama-rama. Semuanya daripada pengalaman saya dahulu dan pencapaian saya pada masa hadapan. Selamat mencuba dan selamat membaca.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s