Mengenai Penulis

sendiri

Nama Nurussalam Aziz digunakan sebagai nama pena dalam penulisan buku dan juga trademark kepada diri sendiri. Beliau belajar ilmu kewangan daripada kegagalan dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. Beliau memegang prinsip ‘kawal atau dikawal’ di dalam ilmu kewangan. Ia menyatakan dengan jelas bahawa untuk mengelak daripada diri sendiri dikawal oleh wang maka diri sendiri haruslah mengawal wang tersebut. Untuk mengawal wang, ia haruslah datang daripada ilmu kewangan. Beliau mempunyai matlamat yang jelas dalam pengumpulan aset iaitu menetapkan setiap bakul aset mempunyai nilai positif sekurang-kurangnya 1 juta. Pada waktu buku ini ditulis, beliau mempunyai aset hartanah yang bernilai melebihi 1 juta dengan hanya makan gaji.

Walaupun beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Multimedia Komunikasi Multimedia, ini tidak menghalang beliau untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang kewangan. Beliau mempunyai impian supaya dapat mengajar orang lain tentang pengurusan kewangan peribadi supaya tidak mengikut jejak beliau pada satu masa dahulu. Beliau sering menghadiri seminar kewangan dan ditunjuk ajar secara peribadi oleh golongan profesional kewangan mahupun jutawan. Beliau beranggapan dengan ilmu yang dikongsi akan memberi satu sinar baru kepada orang lain untuk berubah dan mengikut jejak langkah beliau sebagai salah seorang multijutawan yang dapat menolong orang lain.

 

“Sekiranya wang adalah harapan untuk anda bebas, anda tidak akan kecapinya. Satu-satunya keselamatan seseorang di dunia ini ialah mempunyai gedung pengetahuan, pengalaman dan keupayaan.”
 Henry Ford

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s