Cara Buku Ini Disusun

Secara mudahnya buku ini di susun secara pecahan di mana anda boleh membaca mengikut kesesuaian anda. Hal ini demikian kerana buku ini menceritakan secara khusus pada setiap pecahan bahagian secara jelas. Anda boleh mulakan daripada bahagian pertengahan, pengakhiran atau bermula daripada bahagian pertama.

Namun begitu, saya amat sarankan sekiranya anda membaca daripada bahagian permulaan supaya mendapat pendedahan bagaimana saya keluar dari kepompong hutang kepada terbang bebas tanpa hutang yang negatif.  Ini supaya anda dapat mendalami bagaimana peritnya saya dahulu dalam menangani hutang dan kemudiannya saya berubah kepada yang lebih positif.

Anda boleh menconteng atau membuat garisan pada bahagian-bahagian yang penting untuk diingati. Gunakan sebarang alatan yang mampu menarik mata anda apabila ingin mengambil bahagian-bahagian yang penting dalam buku ini. Pen merah atau pen penyerlah menjadi saranan saya kepada anda.

Secara ringkasnya buku ini mempunyai enam bab. Ia dimulakan dengan bab pertama iaitu Bagaimana terperangkap dalam kepompong hutang, bab kedua iaitu Bagaimana keluar dari kepompong hutang, bab ketiga iaitu Bagaimana untuk bertahan, bab keempat iaitu Bagaimana untuk menyerang, bab kelima iaitu Amalan rohaniah yang diamalkan berkaitan rezeki dan bahagian yang terakhir ialah Penutup.

Bab pertama banyak menceritakan bagaimana saya melakukan kesilapan dalam nilai kewangan peribadi saya. Saya menceritakan secara jelas dan jujur tanpa berselindung dengan kesilapan saya terdahulu. Saya amat mengharapkan anda tidak mengulangi kesilapan kewangan seperti saya dahulu.

Bab kedua pula berkisar bagaimana saya bangun dan keluar dari kepompong hutang. Ia bukanlah satu penyelesaian secara petik jari, tapi untuk menerangkan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Mungkin pendekatan penyelesaian saya tidak sesuai untuk anda tapi mungkin ia membuka perspektif anda dengan jalan penyelesaian yang telah berjaya saya lakukan.

Bab ketiga saya akan menceritakan teknik-teknik yang saya pakai untuk bertahan daripada cengkaman hutang. Ia lebih menceritakan bagaimana saya membuat batu asas kepada simpanan. Saya mengambil perspektif bertahan dahulu sebelum saya menfokuskan kepada teknik menyerang.

Bab keempat pula saya akan menceritakan teknik-teknik menyerang yang saya lakukan. Apabila sudah mempunyai tapak asas yang agak kuat, tentunya saya dapat menfokuskan kepada teknik menyerang dengan jayanya. Mungkin teknik-teknik ini tidak menjadi pilihan anda tetapi ia menceritakan bagaiman saya menyerang dengan teknik ini.

Bab kelima lebih merujuk kepada apa yang saya lakukan dari sudut Islam dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengambil ayat-ayat daripada terjemahan al-Quran dan hadis. Semoga ia menjadi panduan kepada umat Islam seluruhnya.

Bab keenam merupakan penutup kepada buku ini. Ia lebih kepada kata-kata akhir daripada saya dan saya juga memberi satu bonus berupa lampiran yang mungkin boleh dipraktikkan dalam mengawal kewangan peribadi anda.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s