Apa itu Hibah dan kepentingannya?

Dahulu, kita jarang mendengar perkataan ‘hibah’ diwar-war kepada orang ramai. Selalu yang disebut adalah wasiat dan faraid. Untuk mendapatkan istilah perkataan arab kepada melayu,

hibah = hadiah

Namun, apakah kelebihan hibah sebenarnya. Hibah merupakan ‘hadiah’ yang diberikan dari pemilik harta kepada sesiapa sahaja dan ia tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Sebagai contoh, ayah memberi hibah kepada anak yang bongsu berupa duit simpanan ayahnya sendiri. Jadi, dari segi hokum.. keputusan itu tidak dapat dipertikaikan dari mahkamah ataupun report polis sebab itu adalah keputusan pemunya harta kepada penerima harta. Ini berbeza sekiranya sistem faraid kerana faraid ada pecahan-pecahan mengikut status dan jantina penerima kepada pemunya harta. Kedua-dua sistem ini (faraid dan hibah) adalah sistem pembahagian harta menurut islam dan bukannya datang dari hukum rekaan sendiri.

Anda mungkin selalu mendengar agen-agen takaful mencanangkan berkenaan hibah. Dari serendah-rendah amaun sehinggalah berjuta-juta ringgit (saya pun sendiri mengambil hibah melebihi RM1 juta). Saya bukanlah bercerita dari sudut agen-agen takaful walaupun saya sendiri adalah agen takaful. Anda akan mendengar saya bercakap dari sudut klien iaitu pemegang polisi sendiri. Saya akan membuat senarai mengikut ringkasan untuk memudahkan anda membacanya.

Hibah vs Simpanan
Saya akui bahawa saya memerlukan masa yang cukup panjang dan kerja yang amat keras (saya bukan orang kaya-raya beb) untuk membina simpanan kepada keluarga secara konventional iaitu menyimpan di dalam bank atau pelaburan yang bersifat risiko rendah. Jadi, saya melihat alternatif yang lebih baik iaitu hanya mempunyai komitmen simpanan keluarga yang rendah + amaun yang sudah tersedia apabila polisi takaful sudah aktif. Atas dasar komitmen, saya membuat caruman kepada polisi ini selama 20 tahun tetapi pelindungan hibah sehingga saya berumur 70 tahun (orang kata kalau lebih dari 60 tahun.. kira umur bonus sebenarnya). Jadi, target saya simpanan untuk keluarga sudah di’lock’ sekiranya terjadi sesuatu kepada saya.  Settle!

Hibah kepada diri sendiri
Anda biasa mendengar agen-agen takaful bercakap hibah untuk keluarga sekiranya anda meninggal dunia. Tetapi bagaimana kalau anda tidak mati tetapi tidak mampu bekerja? Saya pernah berjumpa rakan-rakan yang dulunya sihat walafiat, tetapi di atas sakit mahupun kemalangan.. status sihat bertukar kepada lumpuh (kalau bahasa takaful Total Permanent Disable). Sebelum ini saya mampu memberi wang kepada keluarga, setelah status ini saya akan menjadi beban kepada keluarga. Sebab apa? Saya akan menyebabkan keluarga (mungkin isteri dan anak2) bekerja untuk saya. Malah, ada kes dimana penceraian berlaku kerana tidak mampu menanggung kos ‘mayat hidup’. Betul.. kos untuk menguruskan ‘mayat hidup’ adalah tinggi. Di samping kos perubatan (kalau lumpuh disebabkan sakit), kos makan, kos pampers pakai buang (bukan murah ooo) dan lain-lain akan dibebankan kepada pencari nafkah. Jadi, saya beranggapan sekiranya saya sudah lumpuh, keluarga saya tidak akan terbeban.. dapat duit hibah, masukkan dalam AHB, Tabung Haji dan lain-lain pelaburan berisiko rendah, sudah memadai untuk perbelanjaan bulanan keluarga dan saya. Kalau simpanan hibah RM1 juta, dapat dividen paling busuk 6%:

RM60,000 (hasil dividen) / 12 bulan = RM5,000 sebulan [ ini kita citer kira kasar-kasar laa ]

Jadi, target saya simpanan yang dapat sekiranya saya Total Permanent Disable dah selesai. Sekurang-kurangnya saya menjadi ‘mayat hidup’ yang dapat beri pendapatan kepada keluarga dan diri sendiri.

Hibah kepada keluarga
Ini dah normal sekarang. Orang kata dah lali ayat ni kalau dengar dari mulut agen-agen takaful @ insurans. Jadi, keluarga saya ada hibah keluarga melebihi RM1 juta kalau saya meninggal dunia. Jadi benda yang sama saya lakukan iaitu membahagikan (ni wife dah dimaklumkan) iaitu saya kira secara kasar laa kalau pampasan hibah bersamaan RM 1 juta, kadar dividen 6% dan dibahagikan kepada 5 orang (isteri dan 4 orang anak).

RM5,000 / 5 orang = RM1,000 sebulan

Jadi saya rasa saya telah memberi pendapatan kepada ahli keluarga saya dan bukannya saya membebankan mereka dengan hutang yang saya kumpul.

Saya mengambil dua polisi iaitu:
– polisi A untuk hibah + bil hospital (medical card) + simpanan yang saya menjuruskan untuk menampung semaksimum yang mungkin kos rawatan + kos inflasi perubatan
– polisi B untuk hibah + saving (wang hari tua) yang menjurus kepada jumlah hibah yang lebih tinggi (kalau guna hibah medical card, pampasan life RM1 juta kena buat full medical check up + financial check up.. sebab malas @ takut sebenarnya).

Polisi A (hibah RM100,000 + simpanan [tak banyak pun sbb ni untuk protection]) + Polisi B (hibah RM1,000,000 + simpanan dijangka minimum RM260,000). Rasanya saya dah well plan untuk menghadapi risiko-risiko simpanan dengan memindahkan kos perubatan (tiap-tiap tahun ada je benda naik dalam perubatan) kepada pihak takaful dan wang simpanan berupa hibah juga dari pihak takaful. Sekurang-kurangnya urusan dunia saya dah selesai untuk keluarga mahupun diri sendiri.

poskad-1

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih