Anda Mencari Bahaya Sekiranya…

helmet collection

Anda mungkin pelik kenapa saya meletakkan gambar helmet fullface dalam ni. Tambahan pula ia merupakan koleksi helmet-helmet dari Valentino Rossi (pelumba MotoGP). Gambar itu adalah hiasan kerana saya amat meminati VR46 ni kerana karakter dan cara pengendaliannya terhadap jentera 2 roda yang super fast.  Ia juga merupakan philosophy yang ingin saya terapkan iaitu topi keledar adalah salah satu ‘sistem pertahanan asas’ apabila membawa motorsikal. Ia merupakan syarat asas untuk melindungi anda apabila menunggang motorsikal untuk mempertahankan anda apabila terjadinya kemalangan ataupun musibah. Tidak hairanlah anda lihat semakin laju sesebuah motorsikal maka makin banyaklah ‘sistem pertahanan’ yang dipakai seperti topi keledar penuh, jaket kulit, sarung tangan kulit, kasut kulit dan lain-lain lagi. Terpulanglah kepada anda memakai topi keledar atas dasar undang-undang atau anda ingin menjaga keselamatan anda sendiri.

Cerita pasal kemalangan, saya pernah mengalami pengalaman jatuh motor yang agak teruk di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) di Kuala Lumpur. Disebabkan mengikut undang-undang, jadi saya mengikut lorong motorsikal yang telah dibuat dengan bengkang bengkok dan tidak diselenggara dengan baik. Ketika ingin memasuki satu terowong dalam keadaan selekoh(berdekatan dengan bangunan Avon), saya terlihat satu lubang besar (bukan mintak oooo…) yang boleh menyebabkan sport rim patah @ motor akan terhentak dengan kuat. Nak mengubah kedudukan ketika keadaan motor mereng bukannya boleh di buat seperti motor kapcai.. akhirnya saya mengerakkan ke arah kiri untuk mengelak lubang tersebut tetapi saya tidak mempunyai cukup ruang untuk merengkan lagi motor untuk mengikut jalan yang masih berselekoh. Akhirnya motor masuk longkang (rim patah ooo) dan saya jatuh ke atas jalan. Kedebup dan Sreetttttttttt.. masih kedengaran bunyi batu-batu kerikil mengasah helmet fullface saya ketika itu. Saya bingkas bangun dan melihat keadaan diri (helmet dan glove kulit bercalar serta baju jaket sedikit koyak). Kalau dilihat pada kesan calar.. setentunya muka saya akan berparut sebesar tapak tangan malahan bahagian atas tangan akan mempunyai parut kekal sebesar duit 50 sen lama. Motorsikal saya.. hmmm, sedih mahu cerita. Biar saya berhenti setakat itu sahaja untuk keadaan motor. Kalau tanpa sebarang ‘sistem pertahanan’ yang saya pakai, apa agaknya anda boleh fikir akan terjadi kepada saya?

Ya, tidak lupa kerana Allah masih melindungi saya yang boleh menjawab peperiksaan akhir walaupun baru selepas kemalangan. Terima kasih juga kepada penunggang2 motorsikal yang membantu saya menarik motor keluar dari longkang yang agak dalam.

Bercerita pasal kewangan, ramai orang memikirkan dan mengfokuskan cara untuk menyerang sahaja. Hanya memikirkan perihal pelaburan-pelaburan dan keuntungan yang diperolehi. Ya, memang seronok apabila melihat apa yang dibina menjadi seperti yang dirancang. Namun begitu, dalam kewangan peribadi, ada eleman ‘pertahanan’ yang harus dititikberatkan. Ia bertujuan untuk mengelak atau mempertahankan aset-aset @ wang simpanan yang telah di simpan selama ini di tarik keluar secara paksa. Anda mahu keadaan seperti itu berlaku terhadap anda? Fikir sejenak apa sistem pertahanan anda untuk mengelak sekiranya anda sakit, di buang kerja.. atau disebabkan keadaan yang datang secara tidak dijangka. Sekurang-kurangnya, anda memiliki eleman-eleman ini iaitu:

Wang Simpanan Kecemasan
Ini merupakan satu eleman ‘goal keeper’ anda. Ini merupakan orang terakhir untuk mengelak dari simpanan atau aset dileburkan apabila penyerang-penyerang tak dijangka datang ‘menyerang’. Ya, wang simpanan kecemasan adalah orang terakhir dalam kewangan peribadi. Saya pernah menyarankan kepada anda untuk memiliki 6 bulan sehingga 1 tahun jumlah perbelanjaan bulanan anda. Ia ‘berguna’ sekiranya anda di buang kerja, sakit yang tidak mampu bekerja dan lain-lain lagi. Saya tidak tipu, ramai golongan pertengahan ke bawah terpaksa menjual aset kerana ketiadaan ‘goal keeper’ dalam sistem pertahanan anda.

Takaful / Insuran Hayat
Dah agak dah.. mesti pusing sebab nak jual takaful/insuran (ini mungkin terjadi apabila anda membaca baris ini). Tujuan saya untuk menyampaikan kepada anda, terpulang kepada anda untuk mengambil pendapat saya atau tidak. Setuju? Saya menyampaikan kerana saya dah lihat akibat ketiadaan takaful hayat ini. Anda mungkin bercakap “Hospital kerajaan kan ada..”. Ya, memang ada tapi sekiranya anda terpaksa menunggu seharian hanya untuk mengambil ubat demam @ terpaksa menunggu lebih dari satu ke tiga bulan untuk hanya membuat ‘appointment’ sahaja. Anda sanggup? Apabila anda tidak sangup menunggu, pihak hospital kerajaan juga akan bercakap “kalau nak cepat, pergi hospital swasta..”. Tapi masalahnya anda tiada tunai yang banyak dalam poket. Apa akan jadi? Jual aset, pinjam duit, viral di alam maya malahan ada yang sampai mengambil hutang dengan along! Ya, itulah akan terjadi apabila anda berada dalam keadaan terdesak. Tidak kira berapa teruk sakit anda, if pergi ke hospital kerajaan.. anda akan berada dalam ‘waiting list’. Ini kerana jumlah pesakit yang datang adalah amat ramai. Itu adalah pasti! Anda ada doktor di hospital kerajaan, tanya mereka berapa ramai pesakit yang mereka terpaksa hadapi setiap hari.. takaful merupakan ‘last man’ dalam posisi defender (orang main bola tahu aa posisi ni). Kos perubatan.. akan naik setiap tahun kesan dari inflasi. Berapa lama kerajaan boleh subsidi perubatan, hanya masa yang menentukan.. sekarang kerajaan sudah tidak 100% seperti dulu, ada jenis-jenis ubat yang anda kena tanggung sendiri (selalunya ubat-ubat yang kes berat).

Yang lain, anda ada pilihan.. akan saya terangkan secara keseluruhan nanti. Pada pendapat saya, dua eleman ini amat penting untuk menyelamatkan anda dan keluarga ketika penyerang ‘musibah’ datang menjelma. Kenapa saya boleh bercerita pasal defensive system dalam kewangan peribadi? Saya alami dahulu dan menghebahkan kepada anda untuk anda membuat preparation seperti saya. Bukan saya minta anda sakit @ dibuang kerja.. tapi ini sekadar ilmu yang baik untuk diberikan kepada anda. Anda nak buat atau tidak, terpulang kepada anda..

2 comments on “Anda Mencari Bahaya Sekiranya…

  1. saya nak bertanyakan saudara tentang penyelesaian hutang peribadi dan perancangan kewangan.jika boley, saya nak email

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s