Banyaknya Senarai Claim..

claim

Boleh dikatakan pada bulan 7 dan 8.2016, anda dapat melihat pelbagai viral mengenai urusan claim yang ditolak oleh syarikat insuran mahupun takaful. Ramai yang mendapat pengalaman yang buruk lalu diviralkan, namun kita jarang sekali mendapat viral yang positif dari klien-klien yang biasa claim dengan hospital (tanpa bayaran atau bayaran minima). Ini kerana pada bulan Jun, Julai dan Ogos ramai mendapat demam dan selalunya berkaitan dengan anak-anak yang selalu dihantar ke taska atau pusat asuhan.

Ramai yang menjadi takut apabila hanya mendapat viral yang negatif tetapi jarang-jarang sekali mendapat viral yang positif. Ini tertumpu kepada orang-orang yang tidak pernah memiliki kad perubatan dari mana-mana insuran/takaful secara individu ataupun syarikat. hanya yang pernah merasai akan tahu betapa leganya ‘kocek @ simpanan’ apabila melihat bil-bil perubatan yang dikenakan pihak hospital kepada anda. Tetapi, kerana anda memiliki kad perubatan (medical card) maka anda pindahkan risiko itu kepada pihak takaful/insuran.

Daripada pengalaman-pengalaman yang lepas, ramai klien-klien saya sudah membuat claim dengan AIA Takaful malahan ada yang seawal polisi 3 bulan. Bukannya saya meminta klien-klien saya sakit tetapi itulah hakikat kad perubatan, hanya Nampak apabila anda pernah dimasukkan ke hospital swasta dan melihat bil yang pihak hospital kenakan kepada anda. Untuk demam virus.. biasanya caj sudah mengjangkau RM5,+++ (untuk 2 hari satu malam). Ada yang berkata bahawa pihak hospital swasta membuat ‘perniagaan tentang kesihatan’. Yup. itu saya akui tapi dengan ada kad perubatan, isu ini boleh diselesaikan kerana anda memindahkan ‘caj perniagaan’ itu kepada pihak takaful. Anda mungkin boleh melawat ‘hospital subsidi’ dan lihatlah betapa ramainya pesakit-pesakit di sana. Itu hanya untuk pesakit yang mengalami sakit-sakit biasa, belum lagi sakit kritikal yang memerlukan anda masuk dalam ‘senarai menunggu’ hanya untuk melakukan ‘appointment’ sahaja dan bukannya operation @ pembedahan. Selalunya mengjangkau 1 – 2 bulan malahan ada yang lebih. Ini kerana jumlah pesakit yang terlampau ramai.. ‘caj subsidi’ memang ramai yang akan pergi kerana mereka tahu sekiranya pergi ke hospital swasta, tiada RM3,000 untuk deposit.. maka anda tak layak untuk mendapat rawatan dengan title patient with medical card. (saya pernah mengalami situasi ini ketika mendapat rawatan di hospital swasta di shah alam dengan membuat bayaran tunai sebanyak dua kali dalam sebulan.. bil jangan cakap laa riban-riban punya citer, sib baik saya berkemampuan untuk membayar secara tunai).

Berkenaan isu claim.. pastikan agen anda menerangkan tentang waiting period @ tempoh matang untuk pelan polisi anda. Apa yang dicover pada 30 hari pertama, 60 hari kedua dan seterusnya. Ini amat penting untuk memastikan urusan GL (Guarantee Letter) tidak ditolak oleh pihak takaful / insuran. Ini merupakan eleman-eleman yang saya tekankan dalam penerangan kepada bakal-bakal klien kerana tidak semua bakal-bakal klien tahu berkenaan isu ini, lebih-lebih lagi kalau kali pertama ambil kad perubatan. Saya juga membuat follow up dengan pihak takaful dan juga hospital apabila klien saya mengalami masalah kelewatan untuk mendapatkan rawatan. Cara saya mudah (bil telefon lebih skit aa) call aia (medilink) untuk menyatakan status klien, selalunya akan dapat reply “blom dapat lagi admission form..etc”. Selepas tu akan call admin hospital pula (ada yang bagus dan ada yang jenis main pass sana sini). Bila tahu pihak hospital dah submit, akan follow up kembali ngan pihak aia (medilink). Selagi pihak aia tak cakap “proses GL dah selesai” maka selagi itu akan saya follow up walaupun ketika itu saya kat toilet, nak bawak kereta, jumpa klien.. etc. Dengan kata lain, selagi klien tak cakap “dah dapat masuk @ dah dapat bilik..” selagi itulah saya macam orang tak tentu arah. Tapi adakah saya rasa terbeban? Jawapannya tidak bila kita fikir tanggungjawab, amanah dan memang nak tolong orang.🙂

Hanya itu sahaja untuk kali ni. Semoga ini membantu anda semua..

2 comments on “Banyaknya Senarai Claim..

  1. Saya pernah nk buat operation dkt Colombia Hosp,but Med card AIA not approve. Agen saya pn senyap jer..apa yg ptt d buat?

    • Ok.. sebelum saya boleh menjawab soalan tersebut, ada kemungkinan dua sebab kalau Med Card tak approve:
      – operation yang nak di buat tu belum di’cover’ (semua takaful @ insuran ada tempoh matangnya.. ada 3 step sebelum tempoh matang sepenuhnya)
      – ada history untuk penyakit tersebut tetapi tidak di’declare’ dan mempunyai rekod dengan hospital yang lain

      BTW, Hospital Columbia area mana ye yang En. Rosli pegi ye? Ada sesetengah hospital Columbia ada isu skit.

      ** Agen senyap ni hanya dua reason: 1.. dier malas nak layan 2.. dier dah mati dari jadi agen takaful (tak buat keje ini lagi laa)

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s