Berapa peratus anda HARUS belanjakan untuk Takaful Hayat@ Insuran Nyawa?

Lifelink

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya. Yeah.. saya kembali untuk menulis kembali dan sesi perkongsian untuk anda. Sejak 2 bulan yang lepas, boleh dikatakan saya agak sibuk dengan urusan peribadi dan juga urusan perniagaan takaful saya. Kali ini saya hanya berkongsi pecahan peratusan untuk dibelanjakan ke takaful hayat. Dengan bahasa mudah, saya menyarankan anda membelanjakan wang gaji anda sekitar 10% dari jumlah gaji anda. Mungkin anda tidak pernah mendengar dari agen-agen takaful @ insuran anda bukan? Kenapa saya harus menyatakan sedemikian?  Ini kerana dalam pengurusan kewangan peribadi yang betul, dari 100% gaji anda.. 1/3 gaji adalah komitmen @ komitmen hutang.

Sebagai contoh, gaji kasar anda adalah RM2,000 maka pecahan adalah: – RM1,333.33 (Perbelanjaan Bulanan. Ini termasuk sewa, makan, minum, bil-bil utiliti,..dsb) dan (Simpanan Bulanan. Ini termasuk potongan ke KWSP) – RM666.66 (Bayaran Komitmen Bulanan. Ini termasuk hutang kereta, motorsikal, takaful hayat, takaful kenderaan,.. dsb)

Memandangkan artikel ini berkisar tentang peratusan kepada takaful hayat maka anda boleh peruntukkan 10% dari gaji kasar (RM2,000) bersamaan dengan RM200. Nah, sekarang anda sudah mendapat nilai yang di’recommended’ oleh saya malahan mungkin ramai CFP @ IFP menyokong pendapat saya ini. Jadi, dari:

Bayaran Komitmen Bulanan (RM666.66) – caruman takaful hayat (RM200) = RM466.66 (lebihan bayaran untuk komitmen yang lain). Untuk lebihan RM466.66, dah macam-macam komitmen anda boleh bayar.

RM200 bukanlah satu amaun yang harus anda ambil tapi merupakan satu tanda aras yang selesa supaya tidak memberi bebanan kepada kewangan anda. Saya percaya, dengan amaun yang lebih dari RM150 (berdasarkan umur, jantina, jenis pekerjaan, kehidupan sosial dan tahap kesihatan), anda sudah boleh membeli satu pelan polisi yang berkongsi dengan eleman simpanan dan pampasan juga. Jadi, tidaklah rugi kerana anda dapat pakej 3 dalam 1 pada satu pelan polisi.

Sekiranya lebih daripada RM200, berkemungkinan besar anda harus berkorban pada pecahan Perbelajaan Bulanan atau Simpanan Bulanan. Perincian pendapat ini saya lakukan setelah beberapa tahun dalam bidang TAKAFUL dan saya telah praktikkan kepada diri sendiri. Jadi, ini bukanlah satu angka dari cara ‘petik jari’. Semoga ilmu ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s