Win 3 Trips in a year.. yeah!

Sebenarnya tidak terlintas di fikiran saya untuk dapat ‘Free Trip’ selepas setahun menunaikan haji. Pada 2015, saya ada menanamkan azam untuk menunaikan haji terlebih dahulu sebelum keluar ke negara-negara lain. Ya, dengan izin Allah.. pada 2015 ‘menjemput’ saya ke sana tanpa saya duga sama sekali. Keadaan yang cukup mengembirakan.. sesuatu yang agak mustahil untuk sampai ke bumi Mekah dan Madinah. Rasa bersyukur kerana di dalam passport tertera cop Mecca dan Madina sebagai permulaan dalam perjalanan yang seterusnya.🙂

Apabila Allah dah kabulkan doa, tiada siapa dapat menghalang. Di awal tahun 2016, isteri menyatakan syarikatnya ingin membuat trip ke Phuket (Thailand) atau Lake Toba (Indonesia). Saya ada menyatakan bahawa saya lebih mengemari Phuket kerana saya ni memang suka kepada pantai dan keadaan yang ‘original’. Tapi atas dasar isu-isu yang tak boleh diselesaikan, maka Lake Toba menjadi pilihan. Ini kena bayar sendiri aaa.. bukan ‘sponsor’. Hehe. Jadi cop ke Indonesia di dalam passport pun dicetak. Pappp! Selesai..

Pada pertengahan tahun (Quarter kedua), saya mendapat perkhabaran gembira dari leader agensi PJ Ridzuan yang menyatakan saya mendapat ‘free trip pertama’ dan Mini Convention dari AIA Takaful untuk terbang ke Xiamen, China. Bukanlah saya mengambil perkhabaran ini secara terlalu gembira kerana bila diselidiki, Xiamen bukanlah tergolong dalam pulau atau pantai yang memang memberi keseronokkan kepada pancaindera saya ni. Namun begitu, jangan cakap saya tak bersyukur.. hehe. Di tambah pula tarikh untuk terbang pada bulan 12/2016 menghampiri waktu untuk isteri memerlukan sokongan dari seorang suami. Biasalah.. anak dah nak masuk empat ni. Tambah ahli keluarga katakan.. rezeki Allah bagi. Alhamdulillah. ada pertambahan lagi.. anak sulung baru memasuki alam persekolahan iaitu darjah 1. Kesian kat isteri kalau nak urus ni, ngan tunggu waktu nak bersalin. Trip ni masih dalam 50-50 iaitu untuk pergi atau tidak.

Xiamen

Pada pertengahan hujung tahun (Quarter ketiga), saya mendapat perkhabaran gembira sekali lagi dari leader agensi PJ Ridzuan yang menyatakan saya mendapat ‘free trip kedua’ dan STAR Convention dari AIA Takaful untuk terbang ke Perth, Australia. Kali ini saya agak gembira kerana saya boleh tengok kanggaro dan koala di sini. Maskot kepada negara Australia kot! Hehe. Jadual penerbangan pula dijangka pada bulan 04/2017 iaitu pada tahun hadapan. Kira ok skit sebab anak ke-empat mungkin sudah memasuki fasa 4-5 bulan. Memandangkan ini merupakan STAR Convention, ia merupakan ‘recognition’ kepada selected agen takaful @ insuran daripada AIA. Cuma ada sedikit ralat sebab kalau boleh nak raikan kejayaan ini bersama isteri di sana dan melihat bagaimana AIA meraikan agen-agen ni kat sana. Walaupun isteri boleh dibawa tetapi kos adalah ditanggung oleh pembawa iaitu saya lah. Hehe.. trip ni Insya’allah pergi..

Perth

Pada pertengahan hujung tahun (Quarter ketiga), saya mendapat perkhabaran gembira dua kali lagi dari leader agensi PJ Ridzuan yang menyatakan saya mendapat ‘free trip ketiga’ dan Mini Convention dari AIA Takaful untuk terbang ke Phuket, Thailand. Anda nampak sesuatu? Ya, ini tempat yang saya ada nyatakan kepada isteri sekiranya diberi pilihan dari syarikat isteri bekerja iaitu trip ke Phuket (Thailand) atau Lake Toba (Indonesia). Trip ni saya tak pasti bila tarikh penerbangannya kerana saya ni bukan jenis ambil ‘port’ tentang berapa hari perjalanan atau tarikh penerbangan. Yang tahu pun bila leader agensi PJ Ridzuan (Ridzuan) yang bagitau. Saya tanya pun bila ramai yang tanya “bila pergi n berapa hari kat sana?” Sebelum ni saya jawab “Tak tahu.” Trip ni kemungkinan besar saya bawa isteri.. harap2 diizinkan sebab nak terbang ni ada rules n regulation dier. Anda masih ingatkan.. isteri saya tengah sarat mengandung anak ke-4 sekarang ni. Kalau awal.. leh book tiket. Nak kena tanya AIA bila tarikhnya ni..🙂

Phuket

Insya’allah saya akan menambah satu entri lagi dalam blog ini iaitu TRAVELOG FROM ME untuk menceritakan keadaan Negara-Negara yang pernah saya lawati. Citer pengalaman menunaikan haji di Mekah dan Madinah serta cuti-cuti di Indonesia pun belum sempat ditulis. Insya’allah, akan saya tulis juga selepas ni. Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan memudahkan anda dengan memberi sedikit tips-tips yang menarik.

Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada ahli keluarga yang disayangi kerana berkorban masa dan tenaga dalam menyokong saya dalam industri TAKAFUL ini, KLIEN-KLIEN yang percaya dan menyokong kepada ‘stranger @ outsider’ ini, AIA TAKAFUL dan PJ RIDZUAN agency yang memberi sokongan secara terus menerus serta KAWAN_KAWAN yang memberi pertolongan secara langsung atau tidak langsung.

THANKS TO ALL..

 

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s