Saya dan RM1,000,000.00 tunai

Pada mulanya saya terfikir-fikir, macam mana nak ada satu dana sekurang-kurangnya RM1,000,000.00. Nak kumpul dari keringat iaitu simpan secara bulan-bulan. Nampak mustahil tapi boleh berlaku, kena kerja keras lagi aaa. Kemudian terdetik di hati, macam mana orang kaya menjadi bertambah kaya.. apa resepi mereka? Ini yang selalu bermain-main di fikiran. Setelah saya mengkaji dan bertanya sendiri dari para-para jutawan, ini jawapan mereka. “Invest di sini (sambil menunjuk kat kepala) dan tinggalkan aset kepada legasi (legasi pun kena di invest minda gak, kalau tak habis aset di jual).” Itu adalah resepi yang mudah bagi saya tapi agak susah bagi orang lain. Konsep saya amat mudah, “Hidup janganlah bertuankan duit tetapi biarlah duit itu bertuankan kita”. Ada satu lagi yang saya sandarkan sebagai umat Islam iaitu “Dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam, hasilnya nanti kita dapat di Akhirat“. Saya tidak boleh ‘predict’ sampai bila saya dapat hidup di dunia yang sementara ni tapi saya dapat pastikan satu aset simpanan tunai kepada isteri dan anak-anak saya. Itu sudah cukup melegakan saya.. dengan kata lain, hal dunia dah settle, hal akhirat dah boleh usaha lebih dan focus selepas ni.

Dengan mudah, saya melihat produk takaful ada kriteria yang memenuhi ciri-ciri yang saya ingini iaitu dana dah tersedia, boleh bayar beransur-ansur, hibah (lebih cepat berbanding wasiat), simpanan dan lain-lain lagi (banyak kriteria-kriteria yang saya tulis). Sebelum ini memang banyak produk takaful yang saya ketahui memberi RM1,000,000.00 tunai kepada legasi (sekiranya saya meninggal dunia), selalunya ia perlu mendapat pelepasan dari ‘underwriter‘ dengan melihat dari sudut kewangan dan kesihatan pada tahap A. Walaupun saya ni masih sihat, saya pun malas nak buat ‘full medical check up’. Sebenarnya fobia skit kalau bab-bab check up ni. Hahaha.. Ada yang memberi pulangan simpanan yang tidah mencukupi bagi saya atau komitmen yang terlalu lama (ini selalu berlaku pada polisi life + medical card). Saya berfikir dari dua sudut iaitu simpanan kepada legasi + simpanan kepada saya sendiri dengan komitmen yang boleh diterima, lalu pencarian produk takaful dari pelbagai syarikat mula di cari dan di tapis (walaupun saya ni agen AIA Takaful, tetap mencari produk-produk dari pengendali takaful yang lain juga yang mungkin memenuhi kriteria saya). Akhirnya, pada awal bulan 2016 kedengaran sesuatu yang saya gemari iaitu AIA mengeluarkan satu plan yang dikenali sebagai A-Life Signature-i. Isteri saya pun tak tahu saya ambil plan polisi ini sebenarnya.🙂

Antara yang menarik perhatian saya adalah:
jumlah pampasan (beri kepada legasi.. saya ambil RM1,000,000): 100% kematian biasa @ TPD, 200% mengerjakan haji @ umrah dan 300% kematian akibat menggunakan public transport
maturnity booster
(simpanan untuk saya @ retirement plan saya) : 20% dari nilai akaun. Bagi saya ini sudah bagus..
shariah compliance: banyak simpanan yang baik ada masalah patuh syariah.
flexibility: saya buat payment selama 20 tahun dan nilai pampasan sehingga umur 70 tahun (akan di ubah apabila mempunyai bajet yang lebih baik, mungkin diubah sehingga umur 100 tahun [bertolak ansur dengan risiko dan komitmen]).

Pada penghujung bulan May 2016, saya telah mengambil keputusan untuk ‘submit application‘ dan Alhamdulillah approve tanpa perlu medical check up dan financial check (kriteria ni sehingga 14 June 2016 sahaja.. lepas ni rasanya kena check aaa). Ini gambar saya punya quotation asal iaitu contribution 20 tahun dan coverage sehingga 70 tahun (boleh ubah nanti).. short pay n high return (ini style yang sesuai dengan saya). Jumlah pampasan RM1,000,000.

signature_i

Quotation asal yang saya buat.. ada 4 quotation sebenarnya. Ini yang saya pilih untuk diri sendiri.

aia account value signature-i

Ini pula merupakan jumlah simpanan yang terkumpul (baru masuk 2 bulan)

Dari sudut ini, saya rasa ia dah menunjukkan bagaimana jumlah simpanan ini. Sebagai contoh (lihat dari sudut saya), contribution untuk 2 bulan adalah RM1,694 dan sekiranya dibuat pengasingan secara kasar:
1. RM1,141 kepada dana legasi iaitu simpanan RM1,000,000
2. RM552.29 kepada dana simpanan sendiri

Namun, contribution kepada dana legasi akan semakin menurun disebabkan yuran wakalah @ tabarru yang semakin menurun (tahun ke-7 dah jadi 0%) dan akan menaikkan dana simpanan dari setahun ke setahun. Selepas 20 tahun, dah tak perlu fikir pasal contribution iaitu pada umur 56 tahun. Anggaran simpanan pada waktu itu lebih daripada RM300,000.00 (ini priority kedua.. yang pertama adalah keluarga dan legasi saya sendiri). Ini cara saya mengambil peluang ketika ia datang.. saya memang seorang Opportunists. Ini cara yang sesuai untuk saya, untuk anda.. hanya anda boleh tahu jawapannya.

4 comments on “Saya dan RM1,000,000.00 tunai

  1. salam.. saya tertarik dengan tulisan tuan untuk mencapai dana 1,000,000. saya ada perkongsian harap tuan contact saya, Mungkin tuan boleh kongsi info yg saya berikan dgn reader lain melalui penulisan/blog tuan. Bakat penulisan saya agak “rusty”

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s