TripAdvisor Make Me Shock..

tripadvisor_april

Pada awalnya, saya hanya suka-suka untuk review 4 tempat yang saya lawati sekitar Pahang (masa tu jumpa klien yang nak ambil polisi takaful). Rasanya sekitar bulan 2 dan 3 rasanya. Sebelum ini saya hanya membaca review-review yang ditulis oleh orang lain tentang tempat-tempat penginapan yang mereka lawati. Dengan sekadar suka-suka dan untuk memberi kebaikkan kepada kedua-dua pihak (owner penginapan dan pelancong-pelancong yang datang dari tempatan ataupun luar negara), ia mendapat bacaan dari 1,560 pembaca tentang tempat tersebut. Review pendek je cuma saya ada memberi pro dan kontra nya. Ia sememangnya dari pengalaman saya sekeluarga. Maknanya ramai juga orang berminat untuk pergi ke tempat yang saya lawati. Sebenarnya hanya dua tempat yang saya menginap iaitu di De Rhu Resort dan Bukit Gambang Resort (Caribbean Bay), lagi 2 tempat saya bawa anak-anak lawati di Bukit Gambang Theme Park iaitu Water Park dan Safari Park. Jadi kesemuanya 4 review..🙂

Sememangnya saya bukan seorang yang cerewet tentang tempat penginapan jadi kalau anda seorang yang cerewet, mungkin review anda amat berlainan dengan saya. Kalau ada benda yang saya boleh pejam sebelah mata, saya pejamkan. Kalau ada yang boleh saya bersihkan, saya bersihkan. Itu memang cara saya.. taknak bila banyak komplen, nanti spoil mood bercuti.

Terima kasih kepada tripadvisor kerana memberi kemudahan kepada sesiapa yang nak baca review dahulu sesuatu tempat sebelum membuat keputusan untuk bercuti di satu-satu tempat.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s