Luaskan Pengaruhmu…

territory2

Haha.. kali ni agak kelakar tajuknya. Bila diperhatikan kembali senarai-senarai klien, nampaknya saya sudah bertapak di 4 negeri dalam memperluaskan jangkauan untuk menolong sesiapa sahaja yang berkeinginan menggunakan khidmat saya sebagai Life Planner AIA Takaful. Pada permulaan saya dalam bidang takaful ini, saya hanya bermula dalam kawasan Selangor sahaja (memandangkan rumah dan pejabat di Selangor). Selepas itu di beri kepercayaan oleh klien-klien di Kuala Lumpur untuk saya memanjangkan langkah ke sana. Pada mulanya, rasa agak jauh antara Selangor dan Kuala Lumpur. Tetapi setelah biasa berjumpa dengan klien-klien di Kuala Lumpur, maka perjalanan yang selama ini rasa jauh kini sudah amat dekat. Ini biasa apabila anda telah menjadikan perjalanan yang kurang dari 100km sebagai rutin.

Selepas itu, saya mendapat perkhabaran untuk berjalan lebih jauh iaitu ke Johor Bharu. Dengan membawa anak-anak isteri ke sana, nampaknya rezeki saya belum ada di sana. Bakal klien menyatakan bahawa memandangkan saya jauh (walhal saya sudah beritahu saya bertempat di Selangor), maka bakal klien tersebut akan memilih agen yang lebih dekat. Pada mulanya agak terkilan disebabkan perjalanan, masa, keringat dan kos rasa dibuang begitu sahaja. Dengan menarik nafas yang dalam dan menghembuskan secara perlahan-lahan, saya memberitahu kepada hati dan akal bahawa selepas pertemuan ini saya ‘niatkan’ membawa anak-anak dan isteri bercuti terlebih dahulu dan selepas itu akan berjumpa klien (kalau klien yang tidak pasti untuk memilih saya sebagai Life Planner kepada mereka).

Alhamdulillah, dengar kesabaran dari kes tersebut maka Allah memberi ganjaran dengan memberi bakal-bakal klien yang tidak terlampau jauh seperti Johor. Allah luaskan rezeki saya ke Negeri Sembilan dan Pahang. Betullah, apabila kita sabar.. Allah akan memberi ganjaran ke atas kesabaran yang kita lakukan. Malahan, anak-anak kini asyik bertanya ke mana hala tuju saya apabila berjumpa bakal-bakal klien kerana mereka tahu bahawa mereka akan mendapat ganjaran iaitu bercuti bersama keluarga. Taman tema, hotel, resort, pasaraya, taman permainan dan lain-lain lagi akan berlegar-legar di dalam pemikiran mereka. Jadi disebabkan itu mereka amat gembira apabila saya menyatakan bahawa saya akan keluar berjumpa klien (memberi polisi) atau bakal klien (untuk berjumpa). Lagi jauh lagi mereka suka sebab mereka tahu saya akan bermalam di sana.

Dengan teknologi yang wujud sekarang, amat mudah untuk melakukan apa jua transaksi. Namun begitu, saya masih percaya perjumpaan secara bertentang mata (physical) ada nilainya di sisi klien. Polisi akan saya beri secara by hand kerana pendapat saya, itu adalah kewajipan saya sebagai agen. Saya ingin memastikan polisi tersebut sampai dengan selamat dan menjawab kemungkinan klien ada pertanyaan-pertanyaan sambil sembang-sembang. Sambil merapatkan hubungan antara klien dan saya, ia dapat mengubah dari stranger to friend. Saja-saja je nulis ni.. mengisi masa lapang.🙂

Terima kasih kepada klien-klien yang selama ini percaya walaupun jarak memisahkan dekat atau jauh. Tanpa anda semua, saya tidak akan dapat melangkah sejauh ini dan mencapai cita-cita saya untuk menolong orang lain dalam defensive your saving.

2 comments on “Luaskan Pengaruhmu…

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s