Tips Takaful Untuk Anda

my medical card

Apabila telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya mendapat pelbagai persoalan yang hampir sama dari prospek mahupun klien. Untuk memudahkan anda mengetahui secara mudah, biar saya senaraikan beberapa persoalan itu iaitu:

Had Tahunan vs Had Seumur Hidup
– Had tahunan: merupakan had yang dikenakan pada setiap tahun dan sekiranya had untuk membayar bil-bil sudah melepasi had tahunan maka anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda sendiri. Ia akan diperbaharui setiap tahun. Sebagai contoh: had tahunan @ annual limit anda adalah RM100,000 maka pihak takaful hanya menanggung bil perubatan anda sebanyak RM100,000 sahaja. Selebihnya anda perlu guna duit dari poket anda sendiri.
Had seumur hidup: Ia hampir sama seperti had tahunan tetapi had ini merupakan had untuk  seumur hidup  dan ia tidak akan diperbaharui. Saya gelarkan ini sebagai had prepaid iaitu ada had untuk claim anda. Apabila claim ini habis maka medical card anda sudah tidak berguna lagi dan anda juga amat sukar untuk bertukar ke syarikat takaful yang lain kerana faktor umur dan kesihatan. Sebagai contoh: had seumur hidup anda adalah RM1,000,000 maka sekiranya tahun selama 5 tahun anda sudah membuat tuntutan kepada pihak takaful sebanyak RM150,000 maka had seumur anda akan berkurangan menjadi RM850,000. Maka had ini akan semakin turun apabila semakin banyak anda membuat tuntutan.

Co-Takaful vs Tanpa Co-Takaful
– Co-takaful: merupakan cooperation @ kerjasama antara pihak takaful dan anda dalam perkongsian pembayaran bil-bil hospital. Sebagai contoh: Bil rawatan anda adalah RM10,000. Memandangkan pecahan co-takaful seperti ini (10% anda dan 90% takaful) maka anda harus membayar RM1,000 dari poket anda sendiri.
– Tanpa Co-Takaful: anda tidak perlu berkongsi tentang pembayaran bil hospital dan semua bil anda akan dituntut oleh pihak hospital 100% kepada syarikat takaful anda. Takde pening kepala dan poket rabak.

Takaful vs Insurans
– Takaful: merupakan satu tabung yang di bina dan semua pemegang polisi akan memberi contribution kepada tabung tersebut secara bulanan, semi quarter, half quarter atau setahun. Ia merupakan patuh syariah kerana tidak terlibat dengan riba, gharar dan maisir serta ada badan yang mengawalselia instrumen takaful ini.
– Insurans: merupakan syarikat yang akan wujud dan menjadi orang tengah untuk melindungi, mengembangkan simpanan anda dan membayar tunturan. Ia tidak patuh syariah dan setentunya anda akan terlibat dengan riba, gharar dan maisir.

Pampasan Life vs Pampasan Critical Illness
– Pampasan life: merupakan pembayaran tunai secara hibah @ wasi kepada penama yang telah anda tulis sekiranya anda telah menemui ajal (kematian). Sekiranya anda tidak berupaya untuk bekerja (Total Permanent Disable) seperti lumpuh, maka anda akan memperolehi wang tunai tersebut. Dengan kata lain, pampasan life hanya untuk kematian pembayar polisi (hibah atau wasi’) dan untuk berlaku TPD kepada pembayar polisi.
– Pampasan Critical Illness: pembayaran tunai secara hibah atau wasi kepada anda atau penama (sekiranya anda meninggal dunia) disebabkan penyakit-penyakit kritikal seperti sakit jantung atau kanser. Ada critical illness yang hanya cover stage 3 & 4 sahaja dan ada juga yang bermula dari stage 1 sampai 4 (terpulang kepada polisi produk syarikat takaful).

Tuntutan vs Waiver
– Tuntutan: merupakan jumlah yang dituntut kepada pihak takaful sekiranya pemegang polisi ada membayar bil-bil hospital @ klinik dengan duit sendiri. Selalunya ia berlaku kepada paid and claim policy.
Waiver: merupakan satu rider atau manfaat tambahan yang akan berlaku pelepasan kepada polisi anda atau polisi keluarga sekiranya terjadi kematian atau TPD terhadap pemberi sumbangan @ payor.  Dengan kata lain, sekiranya payor TPD atau meninggal dunia, polisi itu kan dibayar oleh syarikat takaful secara 100% mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan.

Pre-Hospitalization vs Post-Hospitalization
Pre-Hospitalization: bil-bil hospital @ klinik yang boleh dituntut sebelum anda ditahan kat hospital. Sebagai contoh: pada hari ini anda ditahan disebabkan denggi, maka anda boleh membuat tuntutan bil-bil hospital @ klinik yang terdahulu tetapi haruslah berkaitan dengan penyakit yang anda ditahan kat hospital (demam @ ubatan). Tempoh hari bergantung kepada syarikat takaful, AIA takaful 60 hari.
Post-Hospitalization: bil-bil hospital atau klinik yang boleh dituntut selepas anda keluar dari hospital (discharge) dari hospital.Tempoh hari bergantung kepada syarikat takaful, AIA Takaful 120 hari.

Harap ini membantu untuk menjelaskan sedikit kekusutan anda.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s