Tips gandakan pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera?

logo ahb

Terlalu lama saya tidak menulis tips-tips atau artikel berkaitan pelaburan berisiko rendah. Isu kali ini berkaitan dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang pada masa kini masih memberi pulangan melebihi 6% – 7% setahun. Pada saya masih melebihi garis panduan yang dijanjikan oleh PNB iaitu 6% setahun. Sudah di kira ok untuk sesiapa yang menginginkan pelaburan yang berisiko rendah dan patuh syariah (tiada was-was @ khilaf). Saya tidak mahu membandingkan dengan pelaburan ASB kerana kedua-dua portfolio ini agak ‘panas’ malahan tidak bagus kalau nak bandingkan sesuatu yang tidak sama tarafnya (syariah dan tidak patuh syariah sepenuhnya).

Pada pengamatan saya, memandangkan AHB memberi pulangan dividen sebanyak 2 kali setahun.. mungkin anda boleh mengaplikasikan tips ini untuk mengoptimumkan pulangan dividen.
– dividen pada 6 bulan sekali (fasa 1 dan fasa 2) dimasukkan kembali di dalam akaun AHB

Sebagai contoh (kiraan kasar sahaja):

  1. Anda mempunyai simpanan AHB sebanyak RM10,000 dan pulangan fasa 1 pertama adalah 3.3% bermakna bayaran dividen untuk fasa 1 adalah RM165 (masukkan kembali ke AHB). Maka RM10,000 + RM330 = RM10,330. Jadi pengiraan untuk fasa 2 akan mendapat lebihan akan dikira pada RM10,330 (ini belum dikira anda masukkan wang secara bulanan).
  2. Jadi ia memberi perbezaan kepada cara pengiraan dividen kerana anda dapat melabur dengan jumlah yang berlainan hanya hasil dari pemberian dividen (fasa 1 atau 2). Begitulah untuk tahun hadapan dan seterusnya.

Memandangkan banyak pelaburan berisiko rendah yang memberi pulangan dividen secara tahunan, eloklah anda mengambil kelebihan dari AHB yang memberi pulangan dividen secara 6 bulan sekali. Yang best, patuh syariah dan zakat sudah dipotong. Feel free with your soul right?

Ingat.. Kawallah wang anda dan bukanlah wang yang mengawal anda. Kawal @ Di Kawal… Nurussalam Aziz.

** Saya bukanlah pekerja yang bekerja di Amanah Hartanah Bumiputera tetapi pelabur seperti anda juga!

Advertisements

44 comments on “Tips gandakan pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera?

  1. Salam wrt, tumpang tanya, kenapa dividen 3.3% daripada RM 10,000 hanyalah RM 165? Bukan ke RM 330?

  2. Dan nak tanya satu lagi, apa pendapat tuan tentang AHB Financing-i (loan untuk beli unit dalam AHB)? Adakah patuh syariah dan apakah syarat kelayakan untuk ambil loan ni? Terima kasih

    • Syarat-syarat loan @ pinjaman adalah KOMITMEN ANDA. Jadi, anda harus tahu bagaimana untuk menguruskan komitmen.. jangan disebabkan kesalahan memilih komitmen menyebabkan anda tersangkut untuk membuat aset yang lain. Isu patuh syariah & syarat kelayakkan.. seeloknya bertanya kepada pihak pengeluar pinjaman tersebut. Saya tidak pernah ditunjukkan yang AHB ada loan seperti L-ASB @ L-ASB 2, konsep yang mungkin sama cuma perbezaan charge of interest dan jumlah tahunan komitmen.

  3. Salam Tuan,
    saya ada terbaca article mengenai dividen AHB di satu blog ni. apa yg beliau bagitau dividen AHB diberikan mngikut amount yg kita deposit awal2 dlu. contoh klau awal2 dlu kita deposit RM10,000 , kita akan dapat dividen RM600 stiap tahun. Mohon pencerahan

    P/S: saya masih newbie dlam bnda2 ni

    • Salam..
      Takpe, tak salah bertanya. Ia mudah sahaja, dividen AHB dibayar pada 2 kali setahun. Dan cara pengiraan masih sama iaitu amaun terendah setiap bulan dikumpul dan akan digunapakai untuk sesi pengiraan dalam pemberian dividen. Harap ini menjelaskan kekeliruan yang ada.

  4. Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Bolehkah jika saya ingin mengeluarkan sejumlah wang di akaun AHB selepas dividend fasa 1 diumumkan? Berapakah had pengeluaran atau pelaburan yg perlu dikekalkan dan Adakah pengeluaran ini memberi impak terhadap status akaun saya? Terima kasih tuan.

    • Wa’alaikummussalam Fahmi. Bole keluarkan cuma satu bulan, satu pengeluaran sahaja. Had pengeluaran tak kisah cuma dulu baki pengeluaran kena tinggalkan RM500. Tapi selepas itu AHB memberi buka akaun RM100, kemungkinan besar baki yang harus ditinggal adalah RM100. Yup, memberi impak.. next dividen akan jadi sikit. Hehehe. Sama-sama. šŸ™‚

  5. As salam tuan,
    Yang dimaksudkan dengan zakat sudah dipotong adakah dividen yang kita perolehi @ perniagaan yang dijalankan ek?Pelaburan yang kita buat dikira simpanan dan perlu dizakatkan semula atau tidak?

    • Wa’alaikummussalam..

      Ok camni.. zakat hanya dikeluarkan apabila cukup tempohnya haulnya iaitu satu tahun. Isu dividen yang harus dizakatkan @ perniagaan yang kena zakat.. Jawapan:
      1. Dividen tak perlu sebab tak cukup setahun
      2. Simpanan yang cukup setahun kena zakat tapi dah dibayar oleh pihak berwajib sebagai zakat perniagaan

      Jadi pelaburan yang dibuat tidak perlu dizakatkan kembali.

  6. Salam. Nak tanya kalau mcm ASB tu belum dipotong 2.5% zakat. Tp bayaran utk zakat tu kita yg kena bayar sendiri atau pihak ASB yg akan potongkan zakat tu?

  7. salam …saya baru melabur ahb baru..sebanyak RM300..macam mana perkiraan diveden ahb saya..diveden saya tidak sampai RM 10.00

    • salam Nooraiman…

      Ok, secara kasarnya dividen akan dikira pada baki terendah setiap bulan. Untuk pengiraan, secara kasar.. ia di kira seperti ini:

      amaun terendah bulan tersebut dibahagi dengan 12 bulan kemudian didarabkan dengan jumlah dividen yang diperolehi (sbg contoh 3%). Jadi itulah amaun yang dapat untuk setiap bulan.. (amaun dividen setiap bulan ini akan dikumpul untuk diberikan setiap 6 bulan sekali).

      Untuk kes nooraiman, katakana amaun ini dimasukkan pada penghujung bulan 8, maka ia tidak akan memperolehi sebarang dividen pada bulan tersebut kerana baki terendah adalah RM0. Pada bulan 9, barulah amaun ini dikira dengan syarat tiada sebarang pengeluaran dilakukan. Jadi:

      RM300 / 12 X 0.035% = RM0.875sen (dividen bulan 9). Katakan pemberian dividen dikira pada pengakhiran bulan 10.. maka;

      dividen bulan 8: RM0 (sebab baru masuk)
      dividen bulan 9: RM0.875sen
      dividen bulan 10: RM0.875sen
      Total dapat pada 6 bulan pertama = RM1.75sen

      *ini adalah anggaran pengiraan sahaja.

  8. salam saya ada beberapa soalan
    1) kadar dividen untuk setiap 6 bulan adalah 3%? mohon penjelasan
    2)AHB ada bual sijil seperti sijil ASB? and berapa kadar dividen?
    3)zakat wajib bayar bagi mereka yg telah bekerja setelah lepas setahun (betulkan sekiranya saya salah) saya masih belajar(student) tiada pekerjaan adakah kalau saya jadi pengguna AHB dia akan automatik potong simpanan saya untuk pembayaran zakat?

    terima kasih:)
    aiman rashid 0192419807:)

    • Salam aiman,

      1. Kadar dividen selalunya dalam 3% ke atas setiap 6 bulan.
      2. AHB takde sijil
      3. isu zakat pendapatan ni, dier ada kiraan apabila cukup tempohnya (setahun) dan lepas daripada tanggungan. Boleh rujuk laman web zakat (MAIS) untuk kalkulator zakat.

      Sama-sama dan harap membantu.

  9. saya masih mengenali tentang AHB dan saya berbesar hati untuk belajar lebih mendalam tentang AHB ini kerana ia menepati syariah berbanding bank lain. Mohon bantuan daripada tuan:) terima kasih

  10. Boleh tak saya nak menambah pelaburan AHB dengan menggunakan tranfer CIMB CLICKS.kerana Maybank jauh dari kediaman saya.Mohon penjelasan

  11. terima kasih atas tip yang di berikan,tak pernah terfikir nak buat macam tu.tapi nak tanya top up ahb ni dalam angka puluh atau ratus yang boleh ka berapa pun boleh?

  12. Saya sudah melabur dalam AHB.dan sy tidak membuka akaun maybank.jadi dividen telah di kreditkn kedalam akaun bank simpanan saya.masalahnya sy tidak tahu adakah dividen sudah dikreditkn atau belum.bila saya kemaskini buku akaun bank tidak dinyatakn jumlahnya.Boleh tak di cadangkan supaya dividen di agihkan dalam bentuk CEK..

  13. Nk apply secara online boleh ke ? Kalau boleh, ade guide x step by step like screenshot?
    Thanks in advance

  14. Masih lg tak faham tentang dividen. Contoh sy buat pelaburan awal rm1k. Berapa dividen yg sy akan terima.. dan pelaburan tu boleh topup tiap bulan ke.

  15. saya nak tanya, tahun lepas saya ada melabur rm500 di AHB. tapi saya tak tahu macamana nak check dividen yg sy dapat dan bagaimana cara kalau kita nak tambah lg duit di AHB?

    • dividen akan dimasukkan ke dalam akaun maybank secara terus. Boleh cetak penyata bila dividen dah masuk. Cara penambahan di kaunter maybank dengan gandaan RM100. Harap itu membantu..

  16. Assalammualaikum wbt. Saya sangat berminat untuk mengetahui lanjut tentang pelaburan AHB ini…Saya sedang mencari perbezaan juga antara pelaburan yang lain seperti Unit Trust dan PMB..boleh saudara berikan saya sedikit pencerahan mengenai ini. Maklumbalas dari Saudara saya ucapkan Terima Kasih.

    • wa’alaikummussalam.. AHB lebih mirip kepada ASB cuma terdapat beberapa perbezaan iaitu: AHB patuh syariah, pembayaran dividen 2 kali setahun dan tiada buku (hanya ada slip kemasukkan sahaja). Kadar keuntungan setahun lebih kurang 6 – 7%. AHB adalah portfolio investment yang low risk.

      Berbeza pula dengan Unit Trust di mana ia dipecahkan kepada 5 portfolio iaitu Very High Risk, High Risk, Moderate, Low Risk, Very Low Risk. Selalunya Unit Trust lebih kepada long term investment.. konsep lebih kurang sama iaitu penjualan unit cuma harga per unit ada yang murah @ mahal dari unit AHB.

      Suka saya terangkan, dalam ilmu kewangan.. anda harus mempunyai defensive base dahulu iaitu takaful dan investment mode pula boleh dipilih (unit trust adalah salah satunya) dan tergolong dalam attacking base. Kalau saya terangkan, memang akan menjadi panjang lebar.. biarlah saya just bagi simple tips je untuk menuju ke financial freedom.

  17. As Salam Tuan,

    Saya ingin bertanya, AHB ini ada had / limit jumlah yang boleh dilabur ke? Misalnya ASB ialah RM200k. Terima kasih.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s