Apa yang anda perlu tahu…

Lifelink

Anda dan saya seharusnya tahu apabila mengambil sesuatu polisi takaful atau insurans Tetapi, nampaknya ramai yang tidak tahu apa yang perlu ada di dalam sesebuah polisi. Ini dapat saya ketahui apabila saya bertanya “apa yang anda perlukan dalam polisi?” Ada yang mementingkan bahagian aksesori melebihi daripada bahagian-bahagian lain. Pecahan bahagian adalah sama untuk hampir ke semua takaful atau insuran tapi yang membezakan apa yang rider @ manfaat tambahan ada di dalam bahagian tersebut. Untuk memudahkan anda memahami bahagian mana yang perlu anda titikberatkan dahulu sebelum mengambil bahagian-bahagian yang lain, saya ringkaskan ia kepada 3 bahagian.

Bahagian 1 (Bil-bil Hospital)
– Bahagian ini bertujuan untuk melindungi anda dan keluarga daripada kos-kos perubatan dan penghospitalan. Ia lebih bertujuan untuk melindungi ‘poket’ anda daripada mengeluarkan wang.- Apa yang saya dapat lihat, AIA Takaful mempunyai pakej lengkap untuk melindungi ‘poket’ anda dari jangka pendek atau jangka panjang dengan rider (manfaat tambahan):
1. Medical Card (Med Regular): merupakan perlindungan asas yang boleh dijadikan tapak dalam perlindungan ‘poket’ atau simpanan anda.
2. Med Booster: untuk menjadikan medical card anda ‘kalis inflasi‘ dengan kenaikkan 20% harga bilik hospital setiap 2 tahun dan had tahunan yang serendah RM1,000,000.
3. Waiver: sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pembayar seperti Total Permanent Disable (TPD), polisi tersebut akan dibayar oleh AIA Takaful. Sekiranya polisi tersebut adalah polisi keluarga maka polisi tersebut akan dibayar juga oleh AIA Takaful.
-Disebabkan itu, sekiranya anda sudah memiliki ketiga-tiga komponen ini, perlindungan untuk kos rawatan dikira lengkap kerana medical card anda memiliki tapak perlindungan, kalis inflasi dan perlindungan untuk kematian @ TPD.
– paling asas saya syorkan: medical card + waiver

Bahagian 2 (Pampasan)
– Pada asasnya, bahagian ini bertujuan untuk membayar ‘pampasan’ dengan sejumlah wang kepada anda (sekiranya TPD) atau waris anda (sekiranya kematian) atau disahkan oleh doktor menghidapi penyakit-penyakit kritikal atau cacat anggota badan (kemalangan).- Apa yang dapat saya huraikan, AIA Takaful mempunyai pakej-pakej yang meliputi:
1. Penyakit-Penyakit Kritikal (C.I): merupakan manfaat ‘pampasan’ sekiranya anda disahkan oleh doktor menghidapi penyakit-penyakit kritikal. AIA Takaful mempunyai manfaat pampasan seawal dari peringkat pertama penyakit kritikal dengan manfaat Early C.I. Manfaat pampasan untuk penyakit-penyakit perempuan dengan manfaat Venus.
2. Life: merupakan sejumlah wang yang akan dibayar sekiranya anda disahkan meninggal dunia (akan diserahkan kepada penama) atau anda disahkan Total Permanent Disable (TPD) iaitu ‘anda sudah tidak mampu bekerja’. Ia bertujuan untuk memberi pampasan dengan pantas kepada penama (dengan cara hibah @ hadiah) atau menolong dengan sejumlah wang kepada anda mahupun penama.
3. Kemalangan: merupakan manfaat pampasan yang meliputi kemalangan sekiranya anda hilang anggota badan ataupun kematian.
– Ia merupakan bahagian kedua terpenting kerana ia bertujuan memberi anda sejumlah wang kepada penama mahupun anda sendiri untuk menstruktur kewangan keluarga @ individu sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pembayar.
– Paling asas saya syorkan: bergantung kepada risiko yang wujud terhadap anda.

Bahagian 3 (Aksesori)
– Secara dasarnya ia bukanlah manfaat utama kerana ia hanya boleh dijadikan pilihan tambahan sekiranya ‘bahagian bil-bil hospital dan pampasan’ sudah dimiliki. Manfaat tambahan ini ialah:
1. Elaun hospital: sejumlah wang yang akan diberikan kepada anda sekiranya anda di tahan @ wad untuk bermalam di hospital. Ia akan didarabkan dengan berapa hari anda berada di dalam hospital.
– Ia hanyalah aksesori melainkan gaji anda dibayar secara harian maka aksesori ini penting untuk membayar kembali sejumlah hari yang menyebabkan wang tidak masuk ke dalam ‘poket’ anda.
– Paling asas saya syorkan: sekiranya bahagian bil-bil hospital dan pampasan sudah diambil dan masih memiliki bajet lebihan untuk takaful.

* Ini merupakan pemahaman peribadi yang diterjemahkan kepada anda untuk meringkaskan dalam pemahaman takaful.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s