Claim Oh Claim..

Alhamdulillah, nampaknya saya sudah kembali bertenaga untuk menulis sebarang artikel di dalam blog ini. Dengan selesainya proses penulisan buku saya yang berkisar dengan kewangan peribadi, urusan menunaikan rukun islam yang ke 5 iaitu menunaikan haji dan urusan-urusan peribadi yang lain membolehkan saya kembali aktif dalam dunia penulisan blog. Ok, kali ini berkisar tentang takaful iaitu AIA Takaful dengan proses ‘claim case’.

Semasa saya berada di Mekah dan Madinah, saya tidak mengetahui bahawa salah seorang klien saya menghadapi kesulitan dengan anak pertamanya yang comel dan montel. Saya hanya tahu kes ini apabila ingin memberi sedikit saguhati sesampainya saya di bumi Malaysia. Alhamdulillah, klien saya ini dapat tunjuk ajar daripada leader saya untuk proses kemasukkan ke hospital semasa saya menunaikan haji. Tq my leader.. kesilapan saya juga kerana tidak memberi nombor telefon leader in case of emergency yang menyebabkan beliau mencari-cari siapakah yang ingin dituju. Akhirnya, berkat rujukan pada polisi, beliau dapat mencari nama agensi dan menggunakan pakcik google untuk mendapatkan no telefon untuk di rujuk iaitu my unit manager. Sori ya leader.. kena kacau dengan klien saya pukul 12 tengah malam. Ya betul.. 12 tengah malam!

Ok, sebelum melalut ke topik lain, biar saya re-align balik kepada topik asal iaitu claim case. Anak klien saya ini di suspect dengan penyakit pneumonia yang disebabkan oleh kahak. Ini biasa terjadi kepada bayi atau anak kecil yang tidak tahu untuk mengeluarkan hingus @ kahak apabila terkena selsema. Kes pertama ini terjadi pada 26/09/2015 – 30/09/2015 (4 hari di wad kanak-kanak). Pada bulan November, sekali lagi anak klien saya ini di tahan ke wad kerana di supect dengan penyakit bronchiectasis. Kes kedua ini terjadi pada 23/11/2015 – 28/11/2015 (6 hari di wad kanak-kanak). Pada kes kedua, saya pergi sendiri melawat anak klien saya ini untuk melihat sejauh mana perkembangan penyakit yang anak klien saya ini hadapi. Dah alang-alang, bagi borang claim pre-hospital untuk ditandatangani. Nak tahu berapa jumlah yang pihak hospital kenakan kepada klien saya, sila rujuk kepada gambar di bawah untuk melihat dengan lebih terperinci..

claim 2

Ya, pihak hospital telah mengenakan sebanyak RM 10,360.09 untuk 2 sesi kes. Sememangnya, klien saya amat bersyukur kerana beliau membuat pilihan yang cepat dan tepat untuk mengambil takaful (tak kisah laa takaful mana.. yang penting anda selesa dan confident dengan takaful tersebut). Mungkin para pembaca ingin tahu berapa lamakah polisi klien saya ini sudah aktif. Polisi klien saya ini diaktifkan oleh AIA Takaful pada bulan April 2015. Kalau merujuk pada kes pertama, baru 6 bulan polisi ini berkuatkuasa. Ya betul, saya tidak menipu anda! Baru 6 bulan.. dan semuanya dibawah tanggungan AIA Takaful 100%. Adakah anda terfikir, mampukah anda membayar dengan wang keringat anda untuk amaun tersebut sekiranya kes seperti ini berlaku kepada anda? Kalau anda mampu pun, adakah anda ingin membayar dengan wang sendiri atau biarkan AIA Takaful membayar keseluruhannya. Itu pilihan yang mungkin anda boleh fikir.. orang kaya akan berfikir untuk memindahkan risiko kepada pihak lain dan dalam masa yang sama mengelak dari duit simpanan lebur disebabkan perkara-perkara yang tidak dijangka.

Ok, memandangkan warded case sudah selesai tanpa memerlukan klien saya ini membayar walaupun satu sen yang keluar dari poket beliau (beliau hanya kena bayar duit deposit kepada pihak hospital sebagai cagaran [akan dikembalikan] kerana ini bergantung kepada polisi pihak hospital). Seperti klien saya ini, pihak hospital telah menyatakan semua pemegang polisi harus memberi duit pendahuluan tidak mengira apa jenis syarikat takaful yang anda miliki. Walaupun agak marah dengan polisi hospital ini, tapi memandangkan klien saya ini menggunakan kad kredit untuk membayar pendahuluan.. saya anggap ok sebab wang tersebut akan dikembalikan. Seperti yang anda baca pada bahagian atas artikel ini, saya ada berjumpa dengan klien saya untuk menandatangani borang pre-hospital iaitu bil-bil yang berkaitan dengan penyakit asal untuk di ‘claim‘ ke atas pihak AIA Takaful yang sebelum ini dibayar oleh klien saya.

Bil-bil original (fotostat tak main yer.. aia tak mau) diambil dan difotostat untuk menjadi simpanan @ rujukan kepada klien saya ini. Saya menambahbaik cara proses claim ini dengan mengepilkan dengan bil kemasukkan wad dan ditanda dengan ‘for AIA Takaful reference only’. Dengan pen dakwat merah tu.. baru highlight skit. Kenapa saya buat begitu? Senang saja, kita mudahkan jabatan claim aia takaful dan harap-harap proses claim menjadi lebih cepat. Saya kepilkan bil-bil pada bahagian atas, seterusnya borang claim dan akhir sekali bil kemasukkan wad. Biar kemas dan teratur.. itu memang cara saya. Anda boleh rujuk pada gambar di bawah.

claim 1

Walaupun jumlah claim tidaklah sebesar mana, money is money. Kalau tidak silap saya, dalam RM 6 ratus lebih. Anda nampak kebaikkan dan kecantikkan apabila memiliki pelan takaful? Sebelum masuk wad dapat claim, kena wad tak perlu bayar dan kalau ada rawatan susulan pun boleh claim balik kepada pihak AIA Takaful. Oh, sebelum saya terlupa, plan klien saya ini merupakan polisi keluarga yang tidak berkongsi had tahunan. Sebelum artikel ini menjadi panjang hingga menyebabkan anda tertido di depan skrin, biar saya berhenti di sini dahulu. Ingat pesan saya, anda mempunyai pilihan. Kawal atau Di Kawal.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s