Apa itu Had Tahunan (Annual Limit) & Had Seumur Hidup (Lifetime Limit)?

AIA in me 3

 

Saya terasa terpanggil untuk menulis berkenaan isu ini memandangkan mendapat pelbagai persoalan dari lapisan bangsa dan umur mengenai apa itu Had Tahunan (Annual Limit) dan Had Seumur Hidup (Lifetime Limit). Saya akan menerangkan dengan bahasa yang paling mudah untuk anda lebih memahami diantara kedua-dua jenis ‘had’ ini. Sudah bersedia?

Had Tahunan (Annual Limit)
– merupakan satu had yang boleh anda ‘claim‘ atau gunakan setiap tahun. Sebagai contoh, sekiranya had tahunan anda adalah RM100,000 maka anda hanya boleh gunakan semaksima RM100,000 pada satu tahun polisi (tahunan dikira bermula tarikh sebenar mula polisi dan bukannya pada tahun anda mendaftar polisi). Apabila memasuki tahun kedua, had tahunan ini akan kembali kepada RM100,000 kembali. Begitulah untuk tahun ketiga, empat dan seterusnya. Sekiranya terdapat lebihan daripada RM100,000, anda harus bayar dengan menggunakan wang sendiri. Terdapat segelintir yang mengambil mudah dengan had tahunan ini dengan beranggapan amaun yang sedikit sudah memadai untuk menanggung jangkamasa selama satu tahun.  Dengan AIA Takaful, anda boleh memiliki had tahunan setinggi RM1.5 juta. Ya, had tahunan sahaja sudah mencecah RM1.5 juta + auto renewal. Ada yang berkata had yang terlampau tinggi adalah sia-sia. Ya, sia-sia sekiranya anda hanya berfikir untuk menggunakan medical card (kad perubatan) dalam 1-2 tahun sahaja. Sekiranya anda berfikir untuk menggunakan medical card sehingga anda menjadi warga emas, anda harus mengambil had tahunan yang tinggi. Anda mungkin bertanya, kenapa ya? Mudah sahaja, kos perubatan akan naik setiap tahun. Ini disebabkan kos dan inflasi yang memaksa kedua-dua akan naik seiring. Dahulu, dengan bilik RM100 anda sudah boleh memilih single bedroom. Pada 2015, kebanyakkan single bedroom sudah mencecah RM200. Ini adalah harga minima dan bukannya harga maksima untuk single bedroom. Sudah terdapat ura-ura selepas ini single bedroom mempunyai tag harga minima adalah RM250.

Had Seumur Hidup (Lifetime Limit)
– merupakan satu had yang boleh anda ‘claim’ atau gunakan untuk seumur hidup anda. Sekiranya kad medical anda hanya melindungi sehingga umur 65 – 70 tahun, maka had seumur hidup itu hanya boleh digunakan sekiranya umur anda sudah mencecah 65 – 70 tahun. Tetapi, ada juga terdapat kes yang menyebabkan anda tidak mencapai sehingga umur 65 – 70 tahun kerana had seumur hidup (lifetime limit) sudah habis digunakan. Dengan bahasa mudah, sekiranya kad perubatan anda mempunyai jumlah had seumur hidup, maka itulah Jumlah Kad Prepaid anda yang tidak boleh ditambah (top up) lagi. Dari pemerhatian saya, hanya kad perubatan (medical card) AIA Takaful yang tiada mempunyai jumlah had tahunan. Dengan kata lain.. unlimited lifetime. Sekiranya saya salah, minta jasa baik agen-agen takaful yang lain betulkan sebab setakat polisi yang saya terima untuk di ‘review‘, kesemuanya mempunyai jumlah had seumur hidup. Yang paling saya risaukan dan nasihatkan kepada prospek yang saya temui, apabila anda sudah menggunakan had yang banyak, setentunya anda sudah menghadapi penyakit-penyakit + ada rekod dengan hospital. Pada kala itu, anda terpaksa bergantung kepada kad perubatan yang anda sudah miliki sepenuhnya. Anda ingin bertukar kepada kad perubatan dari takaful lain @ replan polisi dengan menaikkan had seumur hidup? Ketika itu, anda hanya menunggu budi bicara daripada syarikat takaful tersebut. Tak percaya, percayalah kerana saya bercakap atas fakta dan bukannya auta.

Mungkin ada yang mengatakan yang saya ‘gertak’ atau menakut-nakutkan anda, terpulang kepada penilaian anda. Saya memegang amanah sebagai Life Planner dan bukannya product pusher mahupun sales person. Menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu apa yang harus anda ketahui. Oh lupa, saya ada mendapat perkhabaran bahawa ada sesetengah agen menyatakan bahawa setiap kad perubatan (medical card) harus mempunyai had. Sekiranya unlimited, maka ia adalah berbahaya kepada pemegang polisi. Jawapan saya mudah, sekiranya sesebuah kekuatan kewangan syarikat menjadi ukuran maka hanya yang kuat mampu memberi jaminan ini. Ia bukannya dikhabarkan secara verbal tetapi ditulis secara hitam putih. Dengan kata lain, sekiranya syarikat takaful menipu dalam hitam putih.. anda boleh membawanya ke mahkamah untuk menuntutnya. Diharap dengan penulisan ini, anda lebih memahami apa itu had tahunan (annual limit) dan had seumur hidup (lifetime limit).

Saya boleh dihubungi: 014-333 6369 (Nurussalam Aziz)

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s