Ambil tahu tentang kad perubatan anda?

Apa yang ada di dalam Kad Perubatan saya?

my medical card

Ramai orang memiliki kad perubatan (medical card) dan ada juga yang belum memiliki kad perubatan. Seperti yang saya selalu tekankan bahawa kad perubatan merupakan pemindahan caj perubatan kepada tabung takaful tanpa menggunakan wang simpanan anda (terdapat juga yang perlu keluar sedikit jumlah simpanan). Dengan kata lain, sekiranya terjadi sesuatu yang menimpa kepada anda, pasangan mahupun keluarga.. anda tidak perlu bersusah payah untuk mengorek duit simpanan, tabung, meminjam malah ada yang terpaksa meminta pertolongan orang lain. Sebab itu kita tengok orang kaya akan mempunyai polisi takaful/insuran untuk memindahkan caj perubatan kepada pihak lain tanpa perlu mengurangkan simpanan yang telah dibuat.

Memandangkan saya tidak ingin simpanan saya berkurangan maka saya telah mengambil kad perubatan (terpulanglah kepada anda jenis syarikat takaful yang mana menjadi pilihan anda). Mungkin ramai beranggapan bahawa menjadi satu komitmen untuk membayar setiap bulan tetapi tidak nampak apa yang telah dibayar. Ya, ini banyak berlaku kepada orang ramai diluar sana. Saya memiliki pemikiran yang berlainan iaitu:

  • Menganggap ia sebagai simpanan. Sebagai contoh, sekiranya saya disahkan terkena penyakit-penyakit, kemalangan atau pembedahan.. kad perubatan saya menjadi cagaran tanpa perlu mengusik simpanan yang telah dibuat. Tentu anda akan hilang semangat kalau simpanan yang dibuat bertahun-tahun, hilang disebabkan menanggung kos perubatan.
  • Boleh memilih jenis simpanan. Saya menganggap pilihan had tahunan sebagai jenis simpanan. Dengan bayaran yang mengikut kemampuan, saya mempunyai simpanan yang tidak luput dan akan diperbaharui had simpanan itu setiap tahun.
  • Sekiranya saya ditakdirkan meninggal dunia, keluarga saya akan mendapat sedikit sumbangan dari saya (hasil dari sum covered) untuk menjalani kehidupan akibat kehilangan punca pendapatan utama (sekiranya pasangan bekerja) / tunggal (sekiranya hanya anda bekerja).
  • Sekiranya saya mendapat penyakit kritikal, pihak takaful akan memberi sumbangan berdasarkan jumlah yang telah saya pilih semasa pemilihan jenis manfaat (rider).
  • Ada lagi nak tulis tapi nanti jadi buku karangan @ anda terasa muak nak baca pula sebab macam promosi.

Ok, dalam kad AIA Takaful (contoh macam kad perubatan saya).. mempunyai informasi seperti Nama, No. I/c, Jenis Polisi Anda dan ‘Preloaded Amount’ (RM2,000 standby amount). Jadi, jagalah bahagian magnetik kad anda supaya tidak bercalar atau rosak disebabkan terdapat informasi di simpan dalam itu. Apa itu Preloaded Amount? Macam kad kredit, dah ready RM2,000. Ia mempercepatkan anda mendapatkan rawatan ‘check up stage 1’ sebelum anda membuat rawatan peringkat yang lebih tinggi atau dipindahkan kepada rawatan di wad. Ia merupakan proses anda mendapatkan rawatan tanpa memerlukan menunggu Guarantee Letter keluar. Apabila Guarantee Letter telah keluar, rawatan dari stage 2 dan seterusnya boleh dilakukan.

Jenis Kad Perubatan saya?

Lain orang lain keutamaan dalam kad perubatan. Akan saya terangkan kenapa saya mengambil spesifikasi kad ini. Saya memilih rider A-Plus MedBooster-I kerana saya ingin menaikkan had di dalam kad perubatan saya. Kenapa saya menaikkan had, biar saya ceritakan satu persatu. Saya mengambil jalan tengah iaitu memilih:

  • RM250 Room Board (Bilik): ini disebabkan kos bilik sudah makin meningkat. Dahulu, bilik RM150 anda akan memperolehi bilik ‘single’ tetapi kini adalah mustahil untuk memiliki bilik single dengan amaun sebegitu. Kenapa saya memilih bilik single dan bukannya share? Sebab tidak ingin menganggu orang lain dengan kedatangan orang melawat, lebih privasi dan aurat boleh dijaga dengan lebih baik. (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)
  • Had Tahunan Keseluruhan (setiap tahun polisi-gerenti diperbaharui): sebanyak RM1.5 juta. Anda mungkin melihat kenapa perlunya had tahunan yang besar, biar saya ceritakan kepada anda. Kita tahu bahawa setiap tahun wang akan kehilangan nilainya. RM1.5 juta kini tak sama nilainya untuk RM1.5 juta dalam jangkamasa 20 ke 30 tahun ke hadapan. Dahulu, anda rasa amaun RM50 begitu besarnya nilainya (anda boleh membeli pelbagai barangan) tetapi RM50 kini adalah kecil nilainya. Ini disebabkan inflasi dan susut nilai wang. (hanya A-Plus MedBooster-I)
  • Had Seumur Hidup Keseluruhan yang tiada had (AIA Takaful): Ada sesetengah syarikat takaful yang memberi kekangan dalam had seumur hidup. Ia merupakan had yang boleh digunakan seumur hidup, sekiranya had sudah habis..maka kad perubatan anda sudah habis prepaidnya (sudah tidak boleh digunakan). (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)
  • Ada rawatan sebelum (pra penghospitalan): Rawatan pra penghospitalan (60 hari sebelum) yang merangkumi Ujian Diagnostik Pra-Penghospitalan, Rundingan Doktor Pakar Pra-Penghospitalan dan Perubatan dan Rawatan Pra-Penghospitalan. (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)
  • Lain-lain Rawatan: rawatan akibat kemalangan, dialisis buah pinggang & kanser (pesakit luar), penghospitalan di Singapura, fisioterapi dan akupuntur (pesakit luar). (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)

Saya bermula dengan pakej pertengahan kerana kad perubatan hanya boleh dibeli ketika sihat sahaja. Sekiranya saya didiagnos dengan penyakit, saya tidak boleh penambahbaikkan polisi takaful. Sekiranya saya melakukan sedemikian, borang permohonan saya akan berada dalam status loading (penambahan caj sumbangan), exclusion (pengecualian dari penyakit yang dihidapi – penyakit tersebut tidak dilindungi) atau decline (ditolak secara 100%). Sekiranya perkara itu terjadi, polisi yang saya sudah miliki akan diteruskan sehingga saya meninggal dunia. Jadi, saya ambil langkah-langkah awal. Saya harap anda sudah memilikinya.

Apakah manfaat (rider) yang saya miliki? Akan saya ceritakan pada artikel yang lain. Diharap anda tahu apa yang terkandung didalam kad medical anda. Jangan apabila ingin menggunakan kad perubatan, barulah anda sedar bahawa kad perubatan anda terdapat pelbagai sekatan-sekatan dan caj-caj yang tidak diketahui. Kenapa saya mengambil kad perubatan? Jawapannya mudah.. saya tidak akan sihat atau hidup selamanya tetapi apabila dua keadaan itu berlaku, saya sudah bersedia untuk diri sendiri dan keluarga.

 

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s