Tekanan kewangan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada ketika artikel ini ditulis, ia merupakan hari-hari terakhir untuk cukai-cukai yang wujud sebelum ini dan keesokkannya akan diganti dengan Good Service Tax (GST). Dalam minggu ini, kedengaran percakapan dan perbincangan tentang kenaikkan kos hidup akibat GST maka makin ramailah yang akan berada dalam keadaan tertekan implikasi dari GST ini. Nescaya, ramai akan menggunakan hutang baru atau hutang kad kredit menjadi taruhan untuk mengimbangi kenaikkan kos hidup ini. Namun begitu, berapa lama anda dapat bertahan dengan penggunaan teknik sebegitu? Ada pula yang akan menggunakan teknik penurunan taraf hidup iaitu akan mula membuat potongan bajet untuk disesuaikan antara keperluan dan kehendak tetapi, berapa lamakah anda dapat hidup sebegitu? Lambat laun inflasi akan menekan anda secara sedar atau tidak. Golongan yang paling terasa akan kenaikkan kos hidup ini ialah golongan kurang kaya dan kais pagi makan pagi. Setentunya, bajet untuk membuat simpanan juga akan berkurangan malahan mungkin ada daripada anda akan mula menjadi parasit kepada simpanan anda sendiri. Saya tidak mahu membicarakan isu yang diusulkan oleh kerajaan. Saya tidak mahu bercampur tentang politik dalam penulisan saya diblog ini. Saya hanya berkisar mengenai kewangan peribadi, pelaburan atau takaful.

Saya ada membaca satu petikan pendek dari Robert Kiyosaki: Orang ramai berkata,”Wang bukanlah sesuatu benda yang penting dalam kehidupan.” Ada kebenaran disebalik kata-kata ini. tetapi, wang juga memberi impak yang positif atau negatif secara keseluruhan tentang kehidupan. Ayah miskin sering berkata, “Wang tidak penting kepada saya. Wang bukanlah perkara yang paling penting dalam hidup.” Ini berlainan dengan kata-kata dari ayah kaya saya,”Wang bukan perkara paling penting dalam kehidupan, tetapi ia memberi kesan kepada semua perkara yang penting. Orang yang mempunyai wang mampu untuk makan makanan yang lebih baik, tinggal dikejiranan yang lebih selamat atau pergi ke sekolah yang lebih baik. Jadi ada benarlah bahawa wang bukanlah perkara yang paling penting dalam kehidupan, tetapi wang juga memberi kesan kepada semua benda yang penting.”

Jadi, apakah pemikiran anda sudah mula terdetik bahawa anda perlu keluar dari ‘comfort zone‘? Mula terfikir apakah yang harus dilakukan untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan. Percayalah, sekiranya anda mengatakan perlunya membuat part time business, memang ramai yang akan berfikir sedemikian. Dengan tekanan hidup, anda akan mencari alternatif untuk keluar dari tekanan kehidupan. Ini merupakan sifat yang amat baik kerana anda tidak lari daripada realiti masalah. Mengambil pinjaman atau menggunakan hutang kad kredit tanpa ilmu, akan menyebabkan kewangan anda menjadi lebih parah di masa hadapan. Saya sudah merasai saat-saat sebegini dimana kekusutan fikiran dalam mencari penyelesaian. Alhamdullilah, berkat usaha dan doa kepada Pencipta.. akhirnya ada hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s