Isu GST dan Takaful

Alhamdulillah. Sudah mendapat pencerahan dari pihak kastam dan Pengendali Takaful tentang GST kepada takaful hayat. Ini jawapan mereka:-

BAKAL PEMEGANG POLISI TAKAFUL HAYAT
1. Secara umumnya, tidak ada GST ke atas insurans hayat, insurans semula hayat, takaful keluarga atau produk takaful semula keluarga. Perkhidmatan penasihat syariah bagi produk takaful juga tidak tertakluk kepada GST.
2. Fi / caj yang ditolak daripada dana takaful tidak akan dikenakan GST. Sebagai contoh yuran prestasi pelaburan @ lebihan caj pentadbiran.
3. Yuran wakalah (yuran pengurusan) yang dikenakan oleh pengendali takaful dari akaun peserta, tidak tertakluk kepada GST.
4. Perkhidmatan pengurusan dana am/takaful hayat yang disediakan oleh pengendali takaful tidak dikenakan GST. Walaubagaimanapun, sekiranya perkhidmatan tersebut diserahkan kepada pihak luar maka kadar standard GST akan dikenakan.
5. Sumbangan premium tidak dikenakan GST. Walau bagaimanapun, lain-lain yuran dan caj bagi perkhidmatan seperti fi & caj berkaitan serahan akan dikenakan GST pada kadar standard.
6. Manfaat tambahan (rider) seperti Personal Accident (PA), takaful perubatan dan kesihatan, takaful penyakit kritikal dan hilang upaya kekal (TPD) akan dikenakan GST. Ia dianggap sebagai pembekalan bercukai.
7. Yuran dan caj yang berkaitan dengan perkhidmatan pentadbiran akan dikenakan GST.
8. Apa-apa tuntutan dari pengendali takaful tidak akan dikenakan GST.

AGEN TAKAFUL HAYAT
1. Komisyen akan dikenakan GST pada kadar yang standard tidak kira sama ada ia berkaitan dengan kontrak takaful am/hayat.

Untuk berjumpa dengan planner takaful anda yang hensem! (kena percaya ni…). Sila SMS, Whatsapp atau Call untuk temujanji.

Nurussalam Aziz (014-333 6369) PJ Ridzuan Agency

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s