My Dilemma As A…

Alhamdulillah kerana Allah memberi kelapangan kepada saya untuk berkongsi dengan anda pada kali ini. Hari ini saya masih mampu tersenyum dan menghirup udara yang tak berapa nak segar ni (tgh jerebu kekadang tu), petang ini atau esok..saya masih tidak tahu apa akan berlaku. Apa yang diharapkan, semoga menjadi sesuatu yang baik di masa hadapan.

Entri blog kali ini menceritakan kisah dan pendirian saya dalam industri yang ramai orang akan melarikan diri atau menghilangkan diri. Ya, insurans atau takaful adalah satu industri dimana kita secara tiba-tiba akan kehilangan kawan-kawan atau saudara. Mengapa industri ini menjadi sebegini walhal ia sesuatu yang penting? Saya selalu mempunyai dilema sebegini apabila terjun dalam bidang yang sudah mempunyai banyak tompok-tompok hitam. Malahan, agak sukar untuk menjadi tompok-tompok yang putih. Saya selalu terfikir, adakah saya ingin menjadi tompok hitam atau putih. Saya mempunyai pilihan!

Didalam industri ini, ia boleh menjadikan saya sebagai product pusher, sales person atau sebagai life planner. Saya mempunyai pilihan, masih terdetik dalam hati ini. Sebelum saya menceburi industri ini, saya sudah menyatakan bahawa saya tidak sekali-kali menjadi product pusher. Itu cara bagaimana saya membuat pendirian. Alhamdulillah, saya masih mempunyai pendirian yang sekeras titanium dalam hal ini. Satu kejayaan dalam diri saya sendiri. Kemudian, saya mula terjun dalam industri ini dengan satu tekad iaitu untuk berkongsi dengan orang ramai tentang kepentingan protection income. Diawal pembabitan saya, ia kelihatan saya hanya menjadi seperti sales person iaitu menceritakan perihal produk kepada orang ramai. What the heck is this! I don’t want to be like this too.. Jadi, ia menjadikan saya berada dalam dilema untuk menjadi seorang yang mempunyai perasaan untuk berkongsi dengan orang ramai tentang takaful tanpa menjadi product pusher atau sales person.

Dalam pilihan saya untuk menjadi life planner, saya perlu tahu langkah-langkahnya! Tetapi, bagaimana saya ingin menjadi life planner tanpa menjadi product pusher atau sales person? Satu pendekatan yang berbeza walaupun hanya bertitle Agen Takaful! Saya gemar bertanya kepada klien saya tentang apa yang MEREKA MAHU dan apa yang MEREKA ADA? Ini merupakan satu konteks dimana saya menjadi seorang planner apabila membuat apa yang MEREKA PERLUKAN. Sifir saya hanya mudah iaitu membuat plan dari apa yang mereka MAHU dan ADA lalu memberikan satu alternatif untuk mencadangkan apa yang mereka PERLU kerana setiap polisi adalah berbeza mengikut setiap individu/pasangan. Ini barulah Life Planner! Sekiranya saya hanya menunjukkan produk dan menyatakan bahawa anda harus mengambil itu dan ini tanpa anda tahu apa yang harus ambil atau perlukan, setentunya saya seorang Sales Person. Hanya menjual barang! Malah lagi teruk apabila ‘memaksa’ anda untuk membeli polisi tersebut! “What a worse attitude, only do for money but not educate people“.

Dengan kata hati yang tekad untuk menjadi life planner, saya cuba untuk membuat resepi saya sendiri. Seperti Robert Kiyosaki dengan formula 4 Quadrants, saya juga membuat formula sendiri untuk diterangkan kepada sesiapa yang saya jumpa nanti. Ia adalah olahan dari pelbagai sudut untuk memudahkan kepada orang lain dalam memahami apa yang MEREKA PERLUKAN. Maaf ya, saya tidak letakkan dalam blog ini kerana ia hanya berfungsi apabila mata bertemu mata, lontaran kata demi kata dan diterjemahkan ke atas sehelai kertas. Ini cara saya planning untuk anda. Tetapi, saya masih dirantai dengan dilema ini “bagaimana saya ingin menjadi life planner tanpa menjadi product pusher atau sales person?

Didalam kekusutan ini, saya hanya mampu berdoa dan melakukan solat sunat istikarah supaya Allah menunjukkan apa yang ingin saya capai dalam industri ini. “Dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali”. Terdetik kata-kata dalam hati. Saya juga pernah mempunyai persimpangan dalam memilih industri ini sebagai kerjaya kerana memikirkan bagaimana saya mahu menjadi ‘tompok-tompok putih’ tersebut. Alhamdulillah, Allah akan membantu apabila hambanya bertawakal kepadaNya setelah berusaha sebaik mungkin. Saya diketemukan dengan seorang yang bijak pandai. Alhamdulillah, Allah memakbulkan dan memudahkan perjalanan saya dengan pilihan dalam industri ini. Percakapan bermula dimalam hari dan mencecah sehingga ke Subuh hari lamanya. Apabila bercakap dan saling berkongsi pendapat, ia memerlukan satu jangkamasa yang amat panjang! Sudah tentu dalam situasi ini saya menjadi sponge bob yang kering kontang. Cuba absorb sebanyak mana yang mungkin dengan ilmu yang dicurahkan. That’s how I’m listen n learn.

Akhirnya, dengan rahmat dari Allah (giver) dengan ketemukan saya dengan beberapa orang (media/medium) yang sudi mencurahkan ilmu yang menjadikan segala keraguan dan dilema hilang secara total. Apa yang perlu saya lakukan ialah just share it. Tetapi apa yang yang saya perlu share? Just share a knowledge not a product! Alhamdulillah..segalanya dari Allah.

AIA in me 3

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s