Mengapa saya memilih kerjaya Agen Takaful Berlesen?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog saya ini. Kepada pembaca yang berbangsa cina, saya ucapkan Gong Xi Fa Chai. Pada ahad lepas, saya ditugaskan oleh ‘leader‘ untuk membuat aktiviti agensi secara kumpulan di beberapa buah pasaraya yang menjadi tumpuan orang ramai. Anda ingin tahu apakah aktiviti tersebut? Biar saya ceritakan kepada anda.. aktiviti ini dipanggil sebagai direct approach atau ‘pendekatan secara langsung’. Aktiviti ini bukanlah satu kegemaran untuk saya pada satu ketika dahulu malahan mungkin kepada agen-agen takaful mahupun agen jualan. Ini kerana pendekatan sebegini mempunyai cabaran yang tinggi di mana anda tidak tahu siapa yang anda dekati, apakah maklum balas prospek yang anda dekati, menggunakan peluang yang sekejap untuk mendapatkan maklum balas dan bermacam-macam lagi situasi yang boleh menyebabkan mungkin anda sendiri tidak berminat untuk melakukannya.

Cabaran paling besar dalam aktiviti ini ialah ‘Rejection’. Ramai orang tidak mampu untuk menerima rejection dari seseorang yang didekati. Mungkin anda juga pernah menerima ‘tolakan’ dari seseorang. Ini boleh terjadi dalam pelbagai situasi dan diantaranya ialah waktu nak tackle awek/pakwe, meminta kebenaran keluar rumah daripada keluarga, menghantar kertas kerja projek, menghantar tesis dan terlalu banyak untuk diceritakan keadaan yang wujud dari rejection. Jadi, situasinya lebih kurang sama iaitu apabila ada rejection mesti juga ada acceptance @ penerimaan. Dalam aktiviti ini, saya mendapat pelbagai respon daripada prospek iaitu rejection, support, acceptance, excuses atau deception. Ini adalah lumrah dalam melakukan aktiviti jalanan iaitu direct approach. Ini merupakan gambar ketika saya ketika melakukan aktiviti pendekatan secara langsung. Hari ini saya punya leader menjadi paparazzi, pantang cakap lama skit mesti ada gambar yang ditangkap. Haha..

direct approach

Ini merupakan kali pertama saya melakukan aktiviti sebegini. Mungkin anda ingin tahu apakah perasaan saya ketika melakukan aktiviti ini? Perasaan memang bercampur gaul (takut, suspen, segan, malu, tak berani…you just name it) sebab ini merupakan aktiviti yang tidak pernah dilakukan malahan bagi saya ativiti ini yang paling saya takuti pada satu ketika dahulu. Ketika leader menyatakan akan membuat aktiviti ini, saya memang seronok + takut tu mesti ada aaa. Tapi yang paling membuat saya teruja ialah saya cuba untuk memecahkan salah satu tembok penghalang yang saya takuti. Dan saya berani melakukannya! To move forward you must get out from comfort zone”. Ini merupakan learning curve untuk saya lebih maju untuk diri sendiri untuk jangka masa panjang. Anda berani melakukannya?

Mungkin ada diantara anda yang bertanya, adakah saya tidak malu atau segan untuk melakukan aktiviti ini? Jawapan saya tidak. Ini yang apa yang saya tanamkan dalam diri. “Saya merupakan seorang agen takaful yang bertauliah dan mempunyai lesen professional dimana tidak semua orang memilikinya.” Tambahan pula, saya tidak merasa malu sekiranya prospek membuat rejection secara keras atau tidak memberi saya peluang untuk menerangkan walaupun hanya 1 minit. Ini kerana saya tidak rugi apa-apa sekiranya prospek menolak disebabkan saya hanya ingin membuka pintu untuk anda mengenali seorang lelaki yang sudah berjaya keluar dari kepompong bad debt. Malahan mungkin akan melakukan seminar tentang kewangan peribadi satu masa nanti. Mungkin juga pada ketika itu saya sudah bergelar seorang jutawan. Jadi, sesiapa yang menjadikan saya sebagai agen untuk polisi hayat, anda mendapat satu lagi bonus iaitu anda dapat belajar dari seorang yang sentiasa ingin maju ke hadapan dalam bidang kewangan peribadi secara terus dari saya. Menarik bukan? Mungkin kalau saya approach sebagai jutawan dan memberi jalan singkat untuk menjadi jutawan, rasanya saya hanya perlu buka kaunter di hadapan pasaraya sahaja. Sudah tentu saya dikerumuni seperti semut yang inginkan gula.

Saya memilih kerjaya sebagai agen takaful kerana dari pembacaan buku-buku kewangan, boleh dikatakan terlalu ramai yang menjadi great speaker mempunyai pengalaman sebagai sales person. Sebagai contoh, Robert Kiyosaki ada menyatakan bahawa dia dapat pergi jauh kerana bekerja dalam bidang jualan di mana ia menjadi lubuk pengalaman untuk menjadi orang yang lebih baik. Disebabkan itulah saya memilih bidang ini supaya saya menjadi sebutir permata yang memberi satu nilai kepada orang ramai. Menjadi impian saya untuk berdiri dihadapan pentas yang dihadiri oleh beribu-ribu orang yang ingin mendengar percakapan dari seorang lelaki yang bernama Nurussalam Aziz. Malahan, saya tidak lari dari track impian saya! Saya juga memilih kerjaya sebagai agen takaful kerana saya dapat menolong orang lain melakukan income protection. “What I learn, I do and share it to others”. Sekiranya saya bekerja dalam bidang jualan, saya hanya polish my skills and get commission!

Ini bertepatan dari terjemahan al-Quran iaitu:Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” Surah Ash-Shura, Ayat 20.

Terima kasih juga kepada PJ Ridzuan Agency yang mempunyai seorang leader dan bukannya seorang ketua. Leader saya banyak berkongsi pengalaman beliau dan ini mempercepatkan learning curve saya dalam bidang ini. Terima kasih kepada Allah kerana mempermudahkan dan memberi petunjuk dalam mengapai cita-cita saya. Terima kasih juga kepada leader saya yang memberi pelbagai tips untuk lebih maju dalam bidang takaful.

2 comments on “Mengapa saya memilih kerjaya Agen Takaful Berlesen?

  1. Tips yang memang amat amat diperlukan untuk saya yang baru bergelar agen takaful…penolakan pertama atau rejection tu mmg sakit rasanya…tapi rezki ada dimana2. yang penting usaha…

    • Takaful penuh dengan dunia of rejections. Sekiranya buat atas dasar duit, they will run from you.. but if buat in term of ‘helping’ and Allah, insya’allah they will come to you.🙂

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s