Kad Perubatan vs Polisi Penyakit Kritikal

Anda mungkin ketahui bahawa di dalam polisi takaful @ insurans, perkataan kad perubatan (medical card) atau penyakit kritikal (critical illness) sering disebut atau dinyatakan. Tetapi, adakah anda tahu apa fungsi untuk kedua-dua coverage ini. Biar saya permudahkan:

KAD PERUBATAN (Medical Card)
Ia berfungsi untuk MEMBAYAR BIL berkaitan kemasukan ke hospital seperti:
– kos pra-penghospitalan (sebelum masuk hospital) atau selepas penghospitalan.
– rawatan susulan (follow up treatment)
– kos bilik penginapan
– kos rawatan kecemasan pesakit luar seperti kemalangan
– yuran konsultansi (consultation), pakar bius, bilik pembedahan
– kos ubat dan pembedahan

Pemegang polisi tidak akan diberikan wang tetapi bayaran bil penghospitalan akan dibayar terus oleh pihak pengendali takaful kepada pihak hospital. [*sila rujuk polisi kad perubatan anda untuk melihat apa yang dilindungi]

 

PENYAKIT KRITIKAL (Critical Illness)
Ia berfungsi untuk MEMBAYAR JUMLAH YANG PENUH (pampasan) kepada pemegang polisi apabila:
– disahkan walaupun hanya salah satu dari penyakit kritikal. (kebiasaan perlindungan adalah 36 penyakit kritikal)

Pemegang polisi akan diberikan cek/wang dan terpulang kepada pemegang polisi untuk membelanjakannya. [*sila rujuk polisi penyakit kritikal anda untuk melihat apa yang dilindungi]

Tips: Kad perubatan (Medical Card) hanya membayar perbelanjaan perubatan (bil hospital). Ia disebabkan kemasukan hospital dengan kemudahan “Guarantee Letter (GL)”. Ia tidak memberi sebarang pampasan kepada pemegang polisi. Jumlah had tahunan merujuk kepada had yang akan dibayar oleh pengendali takaful kepada pihak hospital.  Polisi penyakit kritikal (Critical Illness Policy) membayar pampasan kepada pemegang polisi apabila disahkan mengidap penyakit kritikal. Jumlah pampasan bergantung kepada sum assured. Jumlah sum assured mestilah bergantung kepada berapa lama anda mahu perbelanjaan harian ditanggung (paling minimum 3 tahun perbelanjaan). Ini kerana terdapat kes yang menyebabkan pesakit tidak dapat bekerja (dapat gaji hari) atau dibuang kerja (cuti sakit 3 bulan, syarikat berhak tak bayar gaji. lebih dari 6 bulan, syarikat berhak buang pekerja.. syarikat menganggap anda sebagai LIABILITI). Terdapat juga pengendali takaful yang melindungi penyakit kritikal seperti kanser pada tahap stage ketiga dan ke atas tetapi tidak melindungi kanser pada stage 1 atau 2. [*sila rujuk polisi penyakit kritikal anda untuk melihat apa yang dilindungi]

Kenyataan ini bukan untuk takutkan anda tetapi ini realiti yang harus anda ketahui. Terdapat kes sakit jantung bermula seawal 20an dan kebiasaan pada umur 30an. Ini disebabkan gaya hidup dan gaya pemakanan yang berbeza dari orang-orang terdahulu. Disebabkan itu, saya amat sarankan anda memiliki sekurang-kurangnya kad perubatan untuk menjadi PERLINDUNGAN akibat dari situasi yang TIDAK DIJANGKA ini.

Sesuatu PERLINDUNGAN YANG SEMPURNA sekiranya anda mempunyai Unlimited Lifetime Limit Medical Card (tanpa had umur) + Early Critical Illness (penyakit kritikal awal – seawal stage 1). Produk ini setentunya ditawarkan oleh AIA Takaful.

Untuk mengetahui lebih lanjut, saya boleh dihubungi pada talian 014-333 6369 NurussalamAziz untuk membuat sebarang temujanji. Untuk melihat senarai panel hospital, anda boleh rujuk di sini.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s