Do and Don’t dalam Takaful

AIA Takaful LogoAssalamualaikum… saya terpanggil untuk membuat artikel ini memandangkan mungkin ada ejen-ejen takaful terlepas pandang untuk menerangkan kepada anda. Sekiranya anda sudah mengambil takaful, anda boleh bertanya tentang isu ini secara terus. Seandainya anda baru berjinak-jinak dalam mengambil polisi insurans, ini adalah garis panduan anda. Saya cuba menulis sebanyak yang mungkin kebiasaan info-info yang mungkin anda ada terlepas pandang atau lupa.

Do
– polisi anda adalah takaful. Ia adalah patuh syariah walaupun ia datang dari syarikat yang bukannya dari Malaysia.
– Sila kemaskini jenis pekerjaan anda. Ini untuk menjadikan polisi anda sentiasa dalam keadaan baik.
– membuat pembayaran secara auto debit, direct credit card atau direct debit card. Untuk permulaan deposit polisi, masih boleh dipertimbangkan.
– ketahui apa yang terkandung dalam polisi anda. Sekiranya tidak faham, tanya ejen anda mengenai hal itu. Ini untuk anda memastikan informasi adalah tepat.
– sejarah penyakit kesihatan lama atau baru. Sila nyatakan dengan jelas sejarah penyakit anda supaya pihak pengendali tahu apakah sejarah kesihatan anda. Apabila anda memohon untuk polisi, pihak takaful berhak menerima sebagai polisi normal, polisi with loading (premium lebih tinggi), polisi with exclusion (penyakit itu akan dikecualikan) atau decline (pihak takaful menolak permohonan anda).
– ambil polisi awal @ umur muda. Semakin meningkat usia anda maka makin naik jumlah bayaran premium anda. Ada perbezaan bayaran antara bayi lelaki vs perempuan, lelaki dewasa vs wanita.
– ketahui apa benefit yang anda mahu daripada polisi takaful anda. Sebagai contoh medical card, early critical illness, pampasan..etc.
– memilih pengendali takaful yang mudah dalam isu GL, claim, informasi support…etc.
– menceritakan berapa bajet selesa anda. Ini untuk memudahkan ejen-ejen membuat quotation kepada anda. Lebih cepat dan tepat.
– tahu apa yang pihak pengendali membuat pengecualian claim. Ini untuk mengelakkan claim anda ditolak mentah2..
– Sekiranya anda demam biasa, simpan resit.. resit itu boleh di’claim‘ (dalam 60 hari) sekiranya anda ditahan wad akibat demam panas, denggi.. ini dipanggil pra-penghospitalan claim
sentiasa membayar polisi anda. Ia boleh dibayar sebulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun sekali (polisi dari AIA)
– keselesaan bilik yang anda mahukan. Ini berdasarkan harga bilik yang ditawarkan/anda ambil.

 

Don’t
– polisi anda adalah insurans. Ia mempunyai unsur-unsur riba, perjudian (mihrar) dan ketidakpastian (gharar). Ini bertepatan dengan ayat:
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )
– bertukar-tukar polisi takaful. Ini kerana setiap kali anda bertukar polisi, tempoh matang selama 2 tahun akan dikira kembali. Dalam tempoh ini, anda berada dalam keadaan diperhatikan oleh Pengendali Takaful.
– tidak kemaskini jenis pekerjaan anda. Ini amatlah penting sekiranya anda bertukar bidang pekerjaan yang lebih berisiko. Sekiranya terjadi sebarang kejadian, kemungkinan besar pihak takaful berhak tidak membayar anda bil hospital mahupun pampasan disebabkan risiko pekerjaan sudah berbeza.
– sebolehnya elak membayar tunai kepada agen. Terdapat agen tidak amanah yang tidak membayar polisi bulanan anda.
– tidak mengambil endah apa yang terkandung dalam polisi anda (jumlah insured, annual cover, jenis coverage..etc.
– menyembunyi sejarah kesihatan anda. Ini kerana apabila terjadi sesuatu critical illness, pihak pengendali takaful berhak membuat siasatan terhadap anda untuk mengelak dari penipuan deklarasi kesihatan.
– menyerahkan sebulat-bulatnya kepada ejen takaful. Ejen takaful tidak tahu apa yang benar-benar anda mahu.
– tidak menceritakan berapa bajet selesa anda. Ia akan menyebabkan ejen akan bermain-main dengan figure yang mungkin anda harus pilih.

TIPS
– di dalam medical card AIA, terdapat pra-penghospitalan (sebelum ditahan wad) claim iaitu sebelum 60 hari dan selepas penghospitalan (sudah keluar dari wad) claim iaitu selama 120 hari.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s