Baguskah pelaburan dalam takaful?

dont work hard for money

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog ini,

Anda mungkin ada tertanya-tanya, baguskah elemen pelaburan wujud di dalam takaful? Seperti yang kita ketahui bahawa takaful merupakan protection kepada simpanan anda. Ia berfungsi apabila diri anda, pasangan mahupun ahli keluarga ditimpa sesuatu yang tidak dijangka. Namun, adakah berbaloi untuk membuat pelaburan di dalam takaful? Biar saya terangkan supaya anda tidak perlu memerah sel-sel otak ke arah maksimum untuk memikirkannya. Saya pun tidak mahu anda tertekan apabila membaca artikel ini.

Secara asasnya, apabila anda membuat kiraan angka kepada angka, takaful bukanlah boleh dijadikan perbandingan epal dengan epal. Setentunya, apabila anda membuat pelaburan di tempat yang hanya menumpukan pelaburan, maka return of investment (ROI) adalah tinggi. Itu adalah fakta! Walaupun saya sebagai agen takaful AIA takkan mencadangkan kepada klien sekiranya mereka mahukan jumlah angka yang maksimum dari pelaburan mereka. Tak dapek den nak nolong! Ada pelbagai pelaburan-pelaburan yang berisiko rendah, sederhana mahupun tinggi yang boleh dijadikan minat anda untuk melabur. Tapi awas, pastikan anda tahu pelaburan anda berada di dalam tahap mana. Adakah pelaburan tersebut memerlukan anda membuat ulangkaji atau sekadar masukkan wang dengan senang hati. Cukup tahun, amik dividen..

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan di mana tujuan utama adalah untuk diwarisi kepada anak-anak atau retirement pada kadar yang selamat, maka pelaburan berasaskan takaful memainkan peranan. Sebagai contoh, saya membuat situasi iaitu:

En. A ingin membuat pelaburan jangka sederhana untuk dirinya dan dia juga ingin membuat pelaburan jangka panjang kepada kepada anaknya. Jadi En. A memilih untuk membuat simpanan secara tetap ke dalam tabung simpanannya manakala untuk pelaburan jangka panjang anaknya, En. A mengambil pelan pelaburan takaful AIA EnrichGold-i sebagai platform. Saya katakan bahawa nilai simpanan pada kedua-dua tersebut adalah RM900. Jadi, sekiranya dibahagi dua, maka ia bernilai RM450 setiap satu. Ini adalah ringkasannya:

Tabung jangka sederhan En. A
Cara simpanan: simpanan setiap bulan di dalam tabung pelaburan
Jumlah simpanan: RM450

Tabung jangka panjang anak
cara simpanan: simpanan setiap bulan di dalam plan pelaburan takaful AIA EnrichGold-i
Jumlah simpanan: RM450

Pada 5 tahun pertama, kedua-dua tabung ini disumbang secara konsisten dari hasil duit gaji yang diperolehi. Langit tidak selalunya cerah, tiba-tiba En. A mengalami kemalangan yang mengakibatkan dia meninggal dunia. Maka di sinilah anda akan melihat kelebihan yang wujud dari pelaburan takaful AIA (saya tidak membuat perbandingan dari produk lain kerana saya tidak tahu bagaimana produk takaful lain berfungsi secara tepat). Di sini kita lihat bahawa tabung jangka sederhana En. A akan berhenti mendapat tambahan modal dan mengharapkan wang di dalam tersebut akan berkembang dari pertambahan dividen (compounding dividen). Sudah tentu, En. A mengambil langkah yang bijak apabila membuat wasiat ke atas wang tersebut. Ingin saya membuat celahan yang menyatakan bahawa wasiat itu perlu supaya segala harga/aset anda akan sampai kepada penerimanya. Sekiranya anda abaikan isu ini dan anda tidak sempat membuat penama wasiat, maka masa yang amat lama untuk pembahagian ini selesai malahan ada yg dibekukan begitu sahaja.

Ok, kita sambung kembali. Berbeza dengan pelaburan tabung jangka panjang anak En. A, pihak AIA akan menanggung segala baki sumbangan yang ada. Seperti kes ini, AIA ErichGold-I hanya memerlukan sumbangan selama 10 tahun. Jadi, pihak AIA akan menanggung 5 tahun sumbangan untuk tabung tersebut. Selepas tahun ke 10, maka pihak AIA tidak akan memberi sebarang sumbangan kerana plan ini hanya memerlukan anda memberi sumbangan hanya 10 tahun sahaja. Anda boleh menyambung plan ini sehingga 25 tahun tanpa bayaran iaitu selepas 10 tahun sumbangan, modal dari yang ada akan secara automatik dilaburkan kepada unit amanah yang patuh syariah (boleh pilih karakter dana mana yang anda mahu. Dana Ekuiti, Balanced atau Income).

Jadi, kelebihan pelaburan yang berasaskan takaful ialah pihak pengendali takaful akan membayar lebihan tempoh sumbangan kepada tabung yang dipilih. Oh ya, saya hampir terlupa. memandangkan En. A meninggal akibat kematian.. anak En. A akan mendapat pampasan. Jumlah pampasan saya boleh katakan berjumlah RM15,000 maka disebabkan En. A meninggal akibat kematian, pihak AIA akan menaikkan jumlah pampasan tersebut sebanyak 100% (disebabkan Total Death Benefit) dan 100% (Accidental Death Benefit before age 70). Secara kiraan kasarnya, ini menjadikan jumlah pampasan tersebut berjumlah RM45,000 iaitu RM15,000 (sum covered) + (RM15,000 Total Death Benefit) + (RM15,000 Accidental Death Benefit)[ini hanyalah ilustrasi amaun, jumlah sum covered terpulang pada syarat-syarat takaful. Amaun ini mungkin kurang atau lebih tinggi]. jadi pampasan ini merupakan extra payment dari pengendali takaful AIA apabila anda mengambil plan yang berasaskan takaful EnrichGold-I. Ini tidak terjadi kepada Tabung sederhan En. A kerana tabung tersebut telah berhenti dari pertambahan modal kerana modal baru tidak dimasukkan akibat kematian.

Jadi, bergantung kepada kewajaran anda untuk memilih pelaburan yang 100% atau pelaburan + takaful. Saya ulang sekali lagi, sekiranya anda inginkan pelaburan berasaskan angka, maka pelaburan + takaful adalah tidak sesuai untuk anda. Tetapi sekiranya anda ingin pelaburan tersebut disponsor oleh AIA sekiranya terjadinya kematian/critical illness, maka pelaburan ini sesuai untuk anda.

Anda boleh bertanya di dalam ini sekiranya terdapat sebarang masalah atau saya dapat dihubungi ditalian 014-333 6369. Terima kasih.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s