Kisah Saya dan Takaful

Sebagai seorang yang mempunyai minat yang mendalam dalam isu kewangan peribadi, ia menjadikan saya sentiasa mengemaskini ilmu dalam bidang ini. Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang dapat menolong orang lain dalam isu kewangan peribadi. Alhamdulillah, ilmu yang saya ada dapat dikongsi kepada sesiapa yang ingin bebas kewangan seperti saya. Namun begitu, di Malaysia anda diperlukan mempunyai certificate untuk menjadi seorang Financial Planner. Ini merupakan satu tanda aras untuk saya capai dalam kehidupan ini. Saya memilih jalan untuk menjadi seorang Islamic Financial Planner yang lebih menjurus pengurusan secara patuh syariah. Saya beranggapan dalam isu kewangan Islam terdapat 3 kategori iaitu yang haram itu jelas, yang halal itu jelas tetapi terdapat juga yang samar-samar iaitu shubhah (ragu-ragu).

Disebabkan saya ini tidak mempunyai sijil, diploma, degree, master mahupun Phd dalam bidang kewangan, ini tidak menjadikan cita-cita saya terbantut begitu sahaja. Saya melihat ada juga orang yang memiliki certificate kewangan malahan ada yang bekerja dalam bidang ini masih dikelilingi hutang. Ini menjadikan saya berfikir bahawa memiliki sijil tidak semestinya anda bebas kewangan! Untuk menjadikan cita – cita saya tercapai, saya mula mencari jalan untuk saya hadapi. Memandangkan saya tidak mempunyai sijil akedemik dalam sudut kewangan, saya harus memilih jalan lain iaitu memiliki sijil dalam bidang takaful terlebih dahulu. Saya harus memiliki sijil dalam dua bidang iaitu sijil takaful hayat (penghospitalan, kemalangan, kad kesihatan dll) dan sijil takaful am (kenderaan, premis, perniagaan dll). Alhamdulillah, saya sudah berjaya mempunyai sijil dalam bidang takaful hayat dan pada bulan Februari 2015 saya akan menduduki ujian untuk takaful am pula. Insya’allah..diharap Allah mempermudahkan niat baik ku ini. Dengan memiliki dua sijil ini, ia melayakkan saya menjadi Financial Advisor bertauliah. Ia bertepatan dengan surah ini iaitu:

“…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan  dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya  (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)

. (Surah Al-Maidah, Ayat
2)

Berbalik kepada kisah takaful saya, saya pernah memiliki dua jenis takaful sebelum ini. Saya mengambil keputusan untuk tidak menyambung takaful dari syarikat ini di atas sebab-sebab tertentu. Dalam artikel yang lepas, saya ada menceritakan kenapa harus mempunyai takaful dalam kehidupan. Untuk memudahkan anda dari menyelak artikel-artikel terdahulu, biar saya ringkaskan kebaikkan takaful. Dalam konteks kewangan, takaful (islamik) atau insurans (konventional) adalah bersifat pertahanan iaitu melindungi wang yang anda simpan dari hangus. Namun, saya menyarankan untuk mengambil takaful untuk mengelak anda terlibat dalam isu riba, perjudian (Maisir) dan ketidakpastian (Gharar) yang terdapat dalam insurans. Ini bertepatan dengan surah ini:

“Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda,
dan hendaklah kamu bertaqwa 
kepada Allah supaya kamu berjaya.”
(Surah Ali-Imran, ayat 130)

“Mereka akan bertanya kepadamu tentang minuman keras dan judi, katakanlah: pada keduanya terdapat
dosa besar dan manfaat bagi manusia.  Tetapi dosanya lebih besar dari pada manfaatnya…”
(Surah Al Baqarah, Ayat 219)

Dalam pemilihan jenis-jenis syarikat takaful untuk saya ceburi, saya berminat dengan AIA Takaful. Ini memenuhi ciri-ciri yang saya ingini iaitu takaful tersebut datangnya dari syarikat yang mempunyai track record yang baik, mempunyai pelan yang hanya melindungi (tidak bercampur dengan aspek pelaburan, pendidikan..etc), mempunyai kad kesihatan (medical card) dan harga yang mampu milik. Saya melihat pelan individu dan keluarga memenuhi aspek dalam platform kewangan yang ingin saya kongsikan. Saya hanya kongsikan pelan yang sesuai dengan kewangan seseorang dan saya memang bukan seorang agen yang ‘product pusher’. Tugas saya cukup mudah iaitu kongsikan dan memberi penerangan kepada sesiapa malahan educated orang lain betapa pentingnya memiliki takaful. Soal anda ingin mengambil atau tidak mengambil takaful, itu terserah kepada anda. Saya tidak mahu anda membuat kesalahan saya yang terdahulu iaitu tidak memiliki ilmu dalam kewangan peribadi.

Sekurang-kurangnya, anda bertuah kerana ada orang yang dapat berkongsi bukan sekadar takaful malahan isu-isu kewangan peribadi yang lain. Untuk takaful am pula, saya sudah submit untuk menjadi agen dalam satu syarikat yang memberi rebat kepada pelanggan. Insya’allah kalau application approve, maka saya boleh mewar-warkan kepada anda. Walaupun saya menjadi seorang agen takaful, saya tidak teragak-agak untuk bertukar ke syarikat lain sekiranya syarikat takaful tersebut tidak memenuhi kriteria yang saya ingin kongsikan kepada anda. Sound good to you? Percayalah, sekiranya kata-kata itu datangnya dari Nurussalam Aziz.🙂

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s