Selamat Datang 2015. Anda sudah bersedia?

Alhamdulillah. Nampaknya 2015 sudah menjelma walaupun tidak diundang. Rentetan dari ini bermacam peristiwa berlaku pada penghujung 2014. Ada yang bersifat duka dan ada juga yang mengembirakan. Peristiwa paling terkesan pada penduduk pantai timur ialah isu banjir atau lebih dikenali dengan ‘bah besar’ dikalangan rakyat Kelantan. Banjir kali ini merupakan banjir yang banyak memusnahkan harta benda malahan ada yang kehilangan ahli keluarga atau sahabat handai. Hingga ke saat ini, bantuan masih disalurkan dibeberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. Diharap penduduk rakyat pantai timur redha dengan ujian dari Allah SWT. Kita tinggalkan kisah banjir, kita fokuskan pada kejadian 2015 pula.

Dari kajian yang dilakukan, tahun 2015 merupakan tahun bermula ketidaktentuan ekonomi dunia. Ya, ini yang mereka anggarkan akan berlaku. Namun, apakah kaitan dengan ekonomi Malaysia? Jika saya ceritakan secara panjang lebar, kemungkinan anda tidak akan bekerja hari ini atau kemungkinan anda akan menjadi ‘zombie’ kerana terlalu asyik melibat skrin untuk membaca artikel ini. Secara ringkasnya, ia akan memberi impak yang berterusan kepada ekonomi Malaysia malah secara tidak langsung ia akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi anda @ keluarga anda. Anda dapat melihat bahawa kerajaan Malaysia atau Bank Negara sudah memperketatkan pinjaman pada 2014 yang menyebabkan beberapa jenis pinjaman sudah tidak semudah dahulu. Ini merupakan langkah-langkah awal yang diambil oleh Bank Negara untuk mengekalkan kestabilan ekonomi Malaysia. Kini, anda akan menghadapi system pencukaian iaitu Good Service Tax (GST) yang banyak ditayangkan sekarang dalam televisyen. Kesannya amat ketara untuk perniagaan dan yang paling penting sebagai pengguna akhir (Rakyat Malaysia) kerana ada sesetengah barangan akan terus dikenakan kepada anda. Sekiranya sekarang anda sudah merasakan tekanan dalam perbelanjaan harian atau mula merungut tentang harga barangan, nampaknya anda terkesan apabila GST akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada April 2015. GST memang memberi kelebihan kepada Malaysia kerana memperbaiki sistem percukaian yang lama dan memberi pertambahan pendapatan kepada Malaysia dalam isu ketirisan ataupun pertindihan cukai.

Apakah azam anda pada 2015? Saya sarankan anda masukkan juga senarai dari sudut kewangan peribadi. Anda juga harus melakukan persediaan yang dilakukan oleh Bank Negara iaitu mula membuat sistem pertahanan (wang kecemasan dalam perbelanjaan), pelaburan yang lebih selamat, membuat senarai semak apa yang harus ditutup (komitmen) dan menaikkan pendapatan. Ini untuk mengelakkan anda berada di dalam roda orang kebanyakkan iaitu BEKERJA UNTUK MEMBAYAR HUTANG. Ya, ini adalah suasana seharian yang terjadi kepada kebanyakkan rakyat Malaysia. Tanpa membuat sebarang persediaan, apakah akan terjadi kepada anda sekiranya anda kehilangan mata pencarian sekarang yang setentunya akan dibebankan dengan hutang. Pada 2014, sudah kedengaran syarikat-syarikat yang ternama mula melakukan penstrukturan iaitu dengan membuang pekerja. Sekiranya anda seorang pekerja swasta maka anda harus berhati-hati dengan situasi yang berlaku. Mungkin anda seorang kakitangan kerajaan dimana adalah mustahil untuk anda dibuang kerja tetapi anda harus ingat bahawa apabila ekonomi menjunam maka kerajaan Malaysia harus melakukan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat saya jangka untuk ditulis..

Mungkin anda lupa bahawa ekonomi akan melakukan pembaharuan setiap 8 ke 10 tahun. kali terakhir ekonomi jatuh pada tahun 2008 namun tidaklah seteruk 1997 (terima kasih kepada mantan Perdana Menteri kita kerana masih mampu mengawal kejatuhan ringgit Malaysia). Sekiranya diukur pada kejatuhan ekonomi berlaku setiap 8 – 10 tahun maka 2015 adalah permulaannya. Anda sudah bersedia? Pakar ekonomi meramalkan bahawa kemelesetan akan berlaku diseluruh dunia dengan bersandarkan cara Amerika Syarikat mencetak wang kertas sesuka hati. Saya berharap sangat ramai rakyat Malaysia akan sedar dengan keadaan ini. Ia merupakan rantaian apabila terjadinya kejatuhan ekonomi di mana ia memberi kelebihan kepada orang-orang tertentu.

Anda juga dapat melihat bahawa kerajaan Malaysia sudah mula memotong subsidi kepada beberapa barangan. Yang paling terbaru ialah minyak petrol dan diesel. Penurunan harga tidak akan kekal dalam jangkamasa yang terlalu lama di mana harga ini akan kembali meroket. Tanpa subsidi dan diapungkan secara terus, adakah anda bersedia sekiranya harga minyak kembali naik secara mendadak seperti dahulu? Adakah ketika itu anda sekeluarga harus mengikat perut , menggunakan kad kredit sehingga tahap maksimum atau membuat pinjaman? Terpulang kepada anda..🙂

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s