Perlukah insurans @ takaful?

Nampaknya sudah begitu lama saya tidak mengemaskini atau memberi tips kepada para pembaca sekalian. Ini kerana kesibukkan yang melanda pada tahun 2014 agak berlainan iaitu merujuk kepada peningkatan akhirat dan dunia. Di antara salah satu kesibukkan saya ialah merangka buku kedua tentang ‘blueprint‘ kewangan. Buku pertama hanya menunggu proses mengemaskini oleh pihak ‘publisher‘.

Di dalam buku kedua nanti, ada saya tekankan perihal insurans (konvensional) atau takaful (islamik). Secara ringkasnya, insurans @ takaful  adalah PERLINDUNGAN. Ya, memang betul! Itulah tujuan sebenar insurans @ takaful . Disebabkan itulah anda melihat kenderaan, manusia, hartanah dan perniagaan ada insurans @ takaful . Tugasnya ialah melindungi wang anda keluar apabila terjadinya musibah atau kerugian disebabkan oleh beberapa isu seperti kemalangan, kebakaran, penyakit, kos hospital dan lain-lain lagi. Ia dijadikan mekanisma BERTAHAN atau DEFENSIVE di dalam portfolio kewangan peribadi anda. Dengan bahasa mudah sekiranya terjadi musibah @ kecelakaan berlaku kepada diri, keluarga, kenderaan atau perniagaan anda, maka anda memerlukan insurans @ takaful untuk mengelak dari anda menghanguskan duit simpanan, pelaburan, modal dan sebagainya. Untuk anda menjadi lebih mudah faham, saya berikan satu bentuk situasi yang mudah iaitu insurans @ takaful kenderaan.

Sekiranya kenderaan anda tidak mempunyai perlindungan insurans @ takaful, maka berlakunya salah satu situasi seperti kemalangan atau kehilangan. Sekiranya kenderaan tersebut tidak mempunyai perlindungan, maka anda terpaksa menghanguskan poket anda untuk membayar jumlah kerugian kemalangan (untuk memperbaiki kenderaan) atau kehilangan (gadaijanji yang masih wujud dengan pihak bank). Disini kegunaan perlindungan yang berupaya medium pertahanan dalam kewangan peribadi anda iaitu insurans @ takaful.

Namun, anda harus diingat bahawa terdapat perbezaan antara insurans dan takaful dalam konteks pengagihan wang oleh pembayar (anda) yang disalurkan ke tabung-tabung yang telah ditetapkan. Kepada umat Islam, saya amat sarankan anda membuat perlindungan secara takaful kerana ia terlindung dari Riba, Gharar (ketidakpastian) dan Maisir (unsur-unsur perjudian).

 

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s