Panduan Asas Dalam Kewangan Peribadi

Petikan ini diambil dari buku ‘The Richest Man in Babylon – George S. Clason’. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.

Saya mencadangkan awak semua ikut kata-kata Algamish. Kemudian, katakan kepada diri sendiri seperti ini, “Sebahagian daripada apa yang saya dapat simpan adalah hak untuk saya simpan”. Ucap ayat itu pada setiap pagi ketika bangun daripada tidur, pada waktu tengahari, pada waktu malam, setiap hari. Ucapkan juga ayat itu berkali-kali sehingga perkataan-perkataan itu terbit seperti huruf-huruf berapi yang membelah langit”, cadang Arkad. (Ia merujuk untuk membina keazaman dalam diri yang tinggi dan padu)

“Terapkan idea itu dalam diri awak. Ambil satu per sepuluh daripada pendapatan dan simpan. Jangan biarkan bahagian itu berkurangan daripada satu per sepuluh. Atur perbelanjaan yang lain sekiranya perlu. Selepas beberapa ketika, awak semua akan dapat menikmati harta simpanan awak semua. Semakin harta awak bertambah, awak semua akan bersemangat. Baru aawak semua dapat merasai erti kegembiraan hidup yang sebenar,” tambah Arkad lagi.  (Ia merujuk untuk membuat simpanan 10% daripada pendapatan yang diperolehi)

“Awak semua akan berusaha lebih bagi mendapatkan lebih banyak harta. Bukankah sekiranya pendapatan awak semua bertambah, peratusan hak yang perlu disimpan juga bertambah? Kemudian, belajar menjadikan harta itu bekerja untuk awak semua”.  (Ia merujuk untuk membuat pelaburan dari simpanan yang ada supaya wang bekerja untuk anda)

“Rancang pendapatan untuk masa hadapan awak semua. Lihat orang-orang yang sudah tua. Ingat, suatu hari nanti awak semua pun jadi begitu. Laburkan harta dengan berhati-hati. Jangan sampai harta itu hilang. Kadar pulangan yang terlalu tinggi hanya hiburan. Hiburan itu dapat memperdaya dan menyebabkan mereka yang lalai terjerumus ke dalam ambangkerugian dan kekesalan”.  (Ia merujuk untuk mencari pelaburan yang boleh dipercayai dan mengelak dari terjerumus ke dalam perangkap yang bersifat skim cepat kaya. Apakah pilihan masa tua anda nanti?)

“Awak semua perlu bersedia supaya keluarga kamu tidak meminta-minta sekiranya awak semua meninggal dunia. Untuk perlindungan sebegitu, adalah lebih baik sekiranya pembayaran dilakukan secara sedikit, tetapi kerap.”  (Ia merujuk betapa perlunya membuat persediaan terhadap keluarga)

“Berunding dengan orang yang berilmu. Dapatkan nasihat daripada mereka yang bekerja menguruskan wang pada setiap hari. Biarkan mereka selamatkan awak semua daripada kesilapan yang saya sendiri sudah lakukan apabila mengamanahkan wang saya kepada pertimbangan Azmur, si tukang bata. Pulangan yang sedikit dan selamat adalah lebih baik daripada risiko.”  (Ia merujuk untuk mencari mentor atau mendapat nasihat daripada orang yang sebetulnya serta tidak terlalu gopoh dalam mendapatkan pulangan yang tinggi. Bina asas yang kukuh dahulu.)

“Nikmati kehidupan dengan baik selagi berkesempatan. Jangan menyeksa diri ataupun cuba menyimpan terlalu banyak harta. Sekiranya simpanan satu per sepuluh daripada pendapatan awak adalah selesa, cukuplah sebanyak itu sahaja. Hidup mengikut kemampuan. Jangan sampai menjadi kikir diri. Hidup ini indah dan dipenuhi dengan perkara-perkara serta benda-benda berharga untuk dinikmati”.  (Ia merujuk keseimbangan simpanan dan menikmati hidup)

Semoga menjadi semangat dan panduan kepada anda semua.🙂

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s