Caj Tunai Pendahuluan @ Cash Advance Charge

Nampaknya setelah selesai berkenaan penyerahan buku kepada publisher, saya masih belum mempunyai banyak masa untuk mengemaskini blog ini untuk memberi pelbagai infomasi khususnya tentang kewangan peribadi. Kali ini terpanggil untuk menulis apabila terdapat sahabat-sahabat saya di dalam forum bertanya tentang isu tunai pendahuluan atau dikenali dengan ‘cash advance’. Isu ini terbit apabila saya ada menyatakan bahawa saya hanya dikenakan RM50 untuk caj setiap tunai pendahuluan manakala ada yang menyatakan bahawa caj 5% akan dikenakan terhadap setiap transaksi tunai pendahuluan. Ada betul kata dari sahabat-sahabat saya itu. Caj ini berbeza sama sekali antara satu kad kredit dari pelbagai bank malahan kad kredit yang berbeza dari bank yang sama.

Saya mempunyai 2 akaun kad kredit yang berbeza  (ruginya kerana telah menutup pelbagai akaun kad kredit dahulu) iaitu satu berstatus Platinum manakala satu lagi berstatus emas sahaja. Namun begitu, kad kredit emas saya mengenakan caj yang lebih rendah berbanding kad platinum saya. Di bawah ini saya tunjukkan perbezaan caj yang dikenakan kepada saya walaupun saya membuat pengeluaran di kaunter dengan amaun yang hampir sama. Saya terpaksa merahsiakan bank-bank yang saya miliki untuk mengelak dari isu yang berbangkit. Lagipun, saya hanya mengfokuskan kepada isu caj dari tunai pendahuluan.

Caj yang dikenakan adalah amat berlainan sekali walaupun kedua-duanya transaksi pengeluaran dilakukan dikaunter. Kad Kredit Emas saya hanya mengenakan RM50 untuk satu transaksi manakala Kad Kredit Platinum mengenakan 3 caj pengeluaran (RM150). Amat berbeza sekali kadar yang dikenakan walaupun menggunakan cara yang sama iaitu dikaunter.

Caj dari kad kredit emas

Caj dari Kad Kredit Emas

Caj dari Kad Kredit Platinum

Caj dari Kad Kredit Platinum

Saya mohon maaf di atas kualiti gambar yang kurang cantik kerana baru ‘petik’ ketika pulang semalam. Gambar tak cukup cahaya, macam ni laa jadinya. Mungkin dengan pendedahan saya ini akan membuatkan para pengguna kad kredit akan terjawab bahawa masih ada kad kredit yang mengenakan caj yang murah. Seperti kata saya di dalam buku ‘Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan’ bahawa kad kredit ini umpama pisau, ia akan menyenangkan anda atau akan membunuh anda.

Sekiranya caj 5% peratus dikenakan ke atas RM3000 (kad emas), setentunya caj yang akan dikenakan kepada saya ialah RM 150 (pengeluaran di kaunter). Namun, apabila saya melakukan pengeluaran di mesin ATM, setiap transaksi (RM 1,500 maksimum untuk sekali pengeluaran) akan dikenakan RM 50.

Oleh itu, anda haruslah kenali kad kredit anda dan apakah penggunaan mengikut kesesuaian anda. Mungkin ada yang memberi rebat tunai, mata ganjaran mahupun caj yang murah. Jangan terlena dengan status perak, emas mahupun platinum, Yang paling penting, anda harus ‘kawal’ dan bukannya ‘dikawal’. Jumpa lagi.. selamat bercinta dengan kad kredit anda.🙂

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s