Permainan Papan Kewangan – Robert Kiyosaki

20140913_144741

Akhirnya berjaya juga membeli papan permainan kewangan 101 dan 202 dari ilham Robert Kiyosaki. Sebenarnya, saya ada bermain permainan ini dalam salah satu seminar yang dihadiri. Pada waktu itu, hanya permainan 202 yang digunapakai. Walaupun begitu, permainan ini amat memberi kesan kepada pemainnya kerana usaha anda untuk keluar dari ‘Rat Race’ iaitu kehidupan yang bergantung kepada sumber kewangan dari gaji. Jadi, selagi anda tak boleh keluar dari rat race maka selagi itu anda akan hidup dengan mengharapkan gaji. Ini kebiasaan yang boleh dikaitkan dengan hidup kita seharian iaitu ‘hanya makan gaji’. Walaupun terdapat kelewatan dan masalah dari pihak courier, barangan ini masih berada dalam keadaan tip top. Terima kasih Kangaroo courier..

Untuk bermain permainan papan 101, anda harus membeli set papan permainan 202 terlebih dahulu. Ini kerana anda harus menggunakan papan permainan, duit dan pelbagai item dari set permainan 202. Anda harus mahirkan diri dengan set permainan 202 terlebih dahulu (sekurang-kurangnya bermain sebanyak 6 kali). Ini kerana set permainan 101 lebih advance dan terperinci dari set permainan 202. Di dalam permainan ini, ia mengajar anda menjadi kreatif dalam kewangan dan mengambil risiko sebelum mempraktikkan ke dunia sebenar anda. Jadi, anda dapat belajar tanpa menghanguskan wang poket anda sendiri.

20140913_144929

Kepada sesiapa yang meminati permainan papan seperti Saidina ataupun Monopoly, ia merupakan asas sahaja. Permainan 101 dan 202 adalah sesuatu permainan yang memang berkait rapat dengan kehidupan anda yang sebenar. Tidak salah berhibur sambil memanfaatkan ilmu kan?🙂 Nampaknya saya boleh jadikan permainan ini sebagai permainan kekeluargaan disamping mengajar apa itu kewangan peribadi. Kesian melihat anak sulung saya yang beria-ia ingin bermain permainan ini. Saya katakan kepadanya bahawa apabila umurnya sudah mencecah darjah 1 akan saya ajar permainan ini. Semoga pendidikan awal dalam kewangan menjadikan ia lebih bijak berbelanja dan menguruskan kewangan. Amin.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s