Buku KEWANGAN PERIBADI dari saya akan dicetak..

Akhirnya penantian saya selama ini untuk membuat sebuah buku mengenai kewangan peribadi dapat dihasilkan. Pada mulanya, saya merasakan ingin berkongsi hanya di dalam blog. Namun begitu, di atas kesedaran untuk menolong orang lain untuk tidak terjebak ataupun ingin keluar dari hutang yang memungkinkan saya menulis sebuah buku untuk tatapan pembaca. Ia sebuah buku yang ditulis atas usaha saya sendiri dan berdasarkan pengalaman saya mencipta hutang-hutang terdahulu dan bagaimana cara saya keluar daripada hutang-hutang yang tidak baik. Sebelum ini saya ada menghantar beberapa manuskrip kepada beberapa publisher tetapi akhirnya publisher Truewealth berminat untuk memasarkan buku saya ini. Satu kejayaan dalam hidup..

Mungkin para pembaca ingin tahu tajuk ini kan? Dengan senang hati kemungkinan besar tajuknya ialah “Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan”. Pada 11/09/2014.. satu perjanjian antara saya dan Truewealth telah berlangsung. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan tanpa sebarang gangguan. Mengikut perkhabaran dari pihak Truewealth ada menyatakan kebiasaannya sebuah buku akan mengambil masa 6 – 9 bulan malahan ada yang kurang dari 6 bulan untuk berada di pasaran. Jika di hitung.. kemungkinan pada bulan Februari 2015 (sekiranya 6 bulan digunapakai). Harga untuk buku kewangan dari syarikat Truewealth mempunyai paras harga yang tetap iaitu RM39.90. Namun, kepada sesiapa yang membeli dengan penulis buku (saya laa tu).. saya boleh memberi diskaun sebanyak 30% iaitu bersamaan RM27.93 (** tidak termasuk kos penghantaran).

Insya’allah, sekiranya buku ini akan diterbitkan dalam pasaran, akan saya war-warkan di dalam ini. Oh terlupa, buku ini adalah versi bahasa melayu. Jumpa lagi.🙂

7 comments on “Buku KEWANGAN PERIBADI dari saya akan dicetak..

  1. Pingback: Kisah buku kewangan peribadi dari Nurussalam Aziz | NurussalamAziz

  2. 1.Nak tanya ant pinjaman peribadi dgn refinance home loan mana lebih baik
    2.pinjaman peribadi fixed rate sedangkan home loan float rate? Tp kenapa bank lebih suka pada personal loan drpd home loan?
    Terima kasih tuan

    • 1. Apa-apa pinjaman baik kalau tahu menggunakannya. Buat pinjaman untuk bayar hutang lapuk sebenarnya tidak digalakkan melainkan untuk restructure hutang. Untuk short term, hutang peribadi adalah baik tetapi selalunya interest dikenakan adalah amat tinggi (staf swasta) manakala hutang rumah lebih rendah dan panjang.
      2. Kalau cik sebagai bank, mana yang puan lebih suka pelanggan ambil? fixed @ float? Saya pasti cik lebih suka fixed sebab senangkan kerja dan untung lebih banyak.

  3. Assalamualaikum Tuan Nurussalam.. buku ni dah diterbitkan ke? Sila maklumkan saya jika dah diterbitkan ye (harap dpt harga diskaun.. hehe).

    • Wa’alaikummussalam.. Saya masih tertunggu-tunggu dari pihak Publisher. Apabila bertanya.. sekarang peringkat final stage iaitu designing Cover Buku. Sudah beberapa bulan tapi sabut masih tak timbul ni. Mungkin pihak publisher ingin menghabiskan stok2 buku lama dengan membuat promosi diskaun. Selepas itu baru nak buat printing kot..😛. Insya’allah diskaun akan ada.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s