Al-kisah membida nombor kenderaan 369

Nampaknya sangat lama saya tak membuat sebarang entri untuk blog ni. Ini berdasarkan kerja-kerja membina laman sesawang untuk 2 buah syarikat saya iaitu ezi Trader (syarikat perkongsian – partnership) dan NurussalamAziz Solutions (persendirian). Alhamdulillah, nampaknya 1 website sudah dimuat naik dengan jayanya, kini menyiapkan laman sesawang untuk NurussalamAziz Solutions pula yang kini 60% siap. Dengan kesibukkan dengan kenduri perkahwinan adik, menyiapkan kerja-kerja dari klien dan menghitung hari untuk anak yang ketiga dalam penghujung bulan Mei 2014.

Semasa balik ke kampung hari dua hari yang lepas, saya telah memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan baru. Asalnya bukan bersungguh-sungguh sangat ingin membida nombor pendaftaran ni tapi kerana nombor 369 adalah nombor yang mempunyai ‘sentimental value’ kepada keluarga saya. Sejarah asalnya nombor 369 merupakan nombor yang dibeli oleh Allahyarham ayah saya kepada sebuah van semasa hayatnya (keluarga saya besar sebab tu kena naik van). Nombor pendaftarannya ialah DS 369 dan saya beranggapan ingin memindahkan nombor tersebut kepada kenderaan baru saya. Ternyata firasat hati mengatakan nombor ini akan berkubur kerana kesukaran untuk memindahkan nombor tersebut di atas dua sebab iaitu tuan empunya sudah meninggal dunia dan kenderaan tersebut sudah dilupuskan (ini mendapat pengesahan daripada pegawai JPJ yang terlibat). Lalu saya mengambil alternatif untuk membida nombor, pada mulanya ingin membida nombor Selangor tetapi tempoh bidaan sudah tamat dan harus menunggu tarikh yang lain untuk pembukaan nombor baru. Dengan berkat dan kesungguhan adik yang berada di timur tanah air, maka pada hari terakhir bidaan..adik dapat menyelitkan bidaan saya pada tarikh tersebut pada nombor negeri kelahiran saya. Alhamdulillah..harap-harap nombor ini tidak dibida oleh orang lain.

Saya tidaklah meletakkan jumlah yang tinggi pada bidaan ini cuma mengharapkan tuah berpihak kepada saya sahaja. Cuma beberapa proses yang harus dilakukan ialah:

– Saya membuat ‘booking’ kenderaan dulu untuk memudahkan proses nanti. Ini kerana selepas mendapat nombor bidaan yang telah berjaya dimenangi, anda mempunyai selewat-lewatnya 2 bulan. 1 bulan biasa dan 1 bulan harus memohon rayuan, selepas tempoh itu..nombor tersebut akan diapungkan kembali dan wang anda akan hangus.
– memberi salinan ic kepada adik untuk membuat bidaan nombor, ini kerana penama pada kenderaan dan nombor bidaan haruslah sama.
– selepas itu menghitung hari menunggu keputusan.. ni yang menganggu ketenteraman jiwa nurani sebenarnya

Dengan kepulangan saya dikampung atas dasar perkahwinan adik, saya menyelam sambil minum air iaitu ingin mengetahui bidaan saya menang atau kalah. Jadi di atas beberapa sebab saya pergi ke kaunter (berpindah kaunter sebanyak 3 kali kerana bertanya perihal pemindahan nombor DS 369 boleh dilakukan atau tidak) dan memyebabkan saya harus berjumpa pegawai untuk bertanya lebih lanjut kerana staf dikaunter tidak mengetahui penyelesaian kepada pemindahan penama yang agak rumit. Selepas mendapat penerangan mengenai kes DS 369, mata saya terpaku pada helaian kertas untuk nombor yang saya bida. Dalam kepala, sudah mengetahui bahawa kes DS 369 sudah ‘in memory’ jadi biar pelapis “369” mengambil alih. Dengan rasa rendah diri, saya bertanya pegawai tersebut adakah saya memenangi bidaan nombor 369 tersebut? Apa pendapat anda? Alhamdulillah, akhirnya penantian saya tercapai.. Nombor plat DCM369 akhirnya menjadi milik saya.πŸ™‚ Dapat juga saya menyambung legasi 369 kerana ramai abang, abang ipar dan adik ipar yang ingin memiliki nombor 369 sebelum ini.

Yeah.. 369. Welkam to family again..πŸ™‚

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s