Dividen Amanah Hartanah Bumiputera Mac 2014

logo ahbNampaknya saya agak terlewat untuk menwar-warkan kepada anda tentang dividen AHB untuk kali ini. Dari sumber menyatakan bahawa dividen untuk 6 bulan kali ini adalah 3.3% per unit yang dimasukkan ke akaun Maybank pada pertengahan April 2014.

Untuk makluman kepada anda, CEO PHB (Datuk Kamalul Arifin Othman) menyatakan bahawa bangunan Menara 1 Sentrum (27 tingkat) sudah siap di bina pada penghujung 2013. Ia akan memberi reaksi yang positif kepada dividen AHB pada 2015. PHB mengambil pendekatan yang aktif apabila memberi tanah-tanah baru untuk dibangunkan pada masa hadapan.

Nampaknya ada ribut secara diam-diam berlaku kerana banyak ahli baru ataupun lama sudah menghadapi kekecewaan kerana banyak cawangan yang menyatakan dana ini sudah penuh. Walaupun dana ini agak baru tapi memberi dividen yang baik dan positif lalu boleh bersaing dengan Tabung Haji dan ASB (kalau zakat simpanan diaplikasikan). Lupa untuk beritahu bahawa AHB adalah dana patuh syariah dan sudah membuat potongan zakat secara automatik. Jadi tidak perlu risau dengan dividen yang diperolehi…

3 comments on “Dividen Amanah Hartanah Bumiputera Mac 2014

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s