Profil Unit Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

ASB2

Semalam (02/04/2014) dana terbaru dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dikenali sebagai Amanah Saham Bumiputera 2 telah dilancarkan. Kepada sesiapa yang membeli dana ini bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, pihak PNB akan memberi 10 unit secara percuma iaitu bersamaan dengan RM10. Ia menyasarkan untuk golongan yang berada dipertengahan umur iaitu 19 sehingga 34 tahun. Nampaknya unit amanah ini dilihat agak agresif jika dilihat pada tahap sasaran umur. Jika dilihat kepada Tahun Kewangan Berakhir, iaitu pada 31 Mac maka dividen akan dikeluarkan pada bulan April @ bulan 5 (dalam jangkaan). Ini memungkinkan para pelabur mempunyai dua pendapatan pasif dalam setahun (itupun kalau ASB sudah banyak dan ASB2 untuk tambahan). Bulan 1 dividen ASB dan bulan 5 dividen ASB2, nampak menarik bukan? Namun begitu, tidak dinyatakan kedua-dua dana ini adalah patuh shariah.

Di sini, ingin saya nyatakan sertakan profil mengenai unit amanah saham bumiputera 2 (ASB 2). Anda boleh membaca serba sedikit untuk mengetahui tentang unit amanah ini.

Nama Tabung AMANAH SAHAM BUMIPUTERA 2 (ASB 2)
Jenis Pendapatan
Kategori Aset Campuran
Tarikh Pelancaran 2 April 2014
Objektif Menjana pulangan jangka panjang yang konsisten di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran.
Pelabur Sasaran Dana ini sesuai untuk pelabur yang mempunyai profil yang berikut:

  • Memahami risiko dan pulangan pelaburan;
  • Mencari instrumen pelaburan jangka panjang yang berpotensi untuk menjana pulangan tahunan yang lebih baik daripada kadar pulangan purata Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Securities, MGS) 5-Tahun.
Kelayakan Bumiputera Malaysia.

  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Sijil
Pelaburan Permulaan Minimum
  • Buku Pelaburan – 10 unit
  • Sijil – 1,000 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan – 10 unit
  • Sijil – Gandaan 1,000 unit
Pelaburan Maksimum
  • Akaun Dewasa – 200,000 unit
  • Akaun Bijak* – 50,000 unit
* Walau bagaimanapun, had pelaburan maksimum di dalam tempoh tawaran awal atau dalam mana-mana tempoh yang lain mungkin berubah dari semasa ke semasa, tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurus. Pengurus juga berhak untuk membenarkan pelaburan maksimum melebihi had pelaburan maksimum yang ditetapkan, di mana unit ini diwarisi daripada pemegang unit yang telah meninggal dunia atau kerana pelaburan semula pengagihan pendapatan.
Saiz Tabung 10.0 bilion unit
Caj Jualan Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada jumlah yang dilaburkan.
Caj Jualan Balik Pengurus tidak mengenakan sebarang caj jualan balik buat masa ini. Walau bagaimanapun, Pengurus mempunyai budi bicara mutlak untuk mengenakan caj jualan balik sehingga 1% daripada jumlah yang dikeluarkan.
Pembayaran Jualan Balik Berdasarkan kepada Garis Panduan Tabung Unit Amanah, pembayaran boleh dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan jualan balik. Walau bagaimanapun, Pengurus akan berusaha untuk membuat pembayaran serta-merta.
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac
Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung unit amanah ASB 2, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus ASB 2.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Sumber daripada laman sesawang ini: http://www.asnb.com.my/asb2.htm

Namun, harus di ingat.. unit amanah ini masih belum diisytiharkan tahap patuh shariah dan masih mentah. Di harap pihak PNB akan mengambil berat tentang isu ini. Harus mengambil pendekatan untuk menawarkan unit amanah yang patuh shariah dengan pulangan dividen yang positif.

 

 

 

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s