Seminar Millionaire Mind Intensive – Kuala Lumpur

Pada minggu lepas, saya dan isteri menghadirkan diri ke seminar Millionaire Mind Intensive yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 14 – 16/03/2014. Alhamdulillah, boleh dikatakan suasana amat meriah dengan kehadiran 800 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, India, Perancis, Kanada, Maldives dan pelbagai lagi (maafkan saya kerana tidak dapat mengingati semuanya). Saya dan isteri amat bergembira dengan informasi yang memerlukan kami berada pada waktu pagi sehingga malam hari. Kekuatan isteri yang sarat mengandung (7 bulan) dari anak ketiga merupakan satu keazaman dari isteri tercinta untuk menjadikan kami sekeluarga mempunyai cukup ilmu untuk diperturunkan kepada anak-anak kami nanti.

Millionaire Mind IntensiveBoleh dikatakan kami hanya mengemaskini sebahagian infomasi yang sememangnya kami sudah tahu sebelum ini. Ini kerana kami pernah menghadirkan diri di dalam Seminar IMKK anjuran Dr. Azizan. Untuk pengetahuan anda, T. Harv Eker merupakan salah seorang guru kepada Dr. Azizan kerana saya mendapati informasi dan sistem produk adalah hampir sama (boleh dikatakan 90%), pecahan setiap bahagian hampir sama dan program yang ditawarkan juga hampir sama. (Maafkan saya sekiranya tanggapan saya silap kerana  saya sudah menghadiri kedua-dua seminar MMI dan IMKK). Apa yang membezakan adalah Dr. Azizan mengajar dalam bahasa melayu dan ditambah dengan sudut keagamaan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menjumpai salah seorang guru Dr. Azizan iaitu T. Harv. Eker. Saya lebih gemar berguru dengan original source (pembuat sistem) kerana bagi saya mereka membuat sistem dari jatuh bangunnya terdahulu.

Walaupun T. Harv Eker tidak dapat menghadirkan diri pada seminar ini (agak kecewa sebenarnya) , ia dapat disampai oleh Robert Riopel dengan baik sekali. Dialek dan bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan cara penyampaian yang santai. Beberapa kesimpulan yang boleh dikatakan berkisar tentang pemikiran diri, bermain dengan wang, tanggapan diri, tanggapan diri tentang wang, bagaimana untuk maju, cara menguruskan kewangan dan pelbagai lagi. Ada beberapa program yang setiap satunya mencecah 4 angka (RM x.xxx), harus saya batalkan untuk tahun ini kerana memberi ruang untuk menyambut anak ketiga kami yang akan lahir di dunia tidak lama lagi. Sungguh kental hati isteri duduk berjam-jam dengan pergerakkan bayi yang aktif di dalam perut (rasanya orang yang biasa mengandung faham keadaan camni). Tahun hadapan nampaknya terpaksa agihkan banyak cuti untuk menghadirkan program lengkap dari T. Harv Eker ini dengan kos 5 angka (RM xx.xxx).

With Robert Riopel

Untuk kelas pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh saya, akan mendapat hadiah berupa tiket untuk menghadirkan diri ke seminar Millionaire Mind Intensive yang akan datang bersama Nurussalam Aziz (saya laa tu…hehe) atau pergi sendiri. Ya, tiket ini saya beri secara PERCUMA kepada anda untuk kelas yang akan saya war-warkan tarikhnya nanti. Harus diingat, tiket tersebut adalah HIGHLY LIMITED dan kelas saya juga adalah LIMITED SEAT.

Salam bebas kewangan dari saya untuk anda.

 

2 comments on “Seminar Millionaire Mind Intensive – Kuala Lumpur

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s