Minda + Ilmu Kewangan = Bebas Kewangan

Minta maaf kepada para pembaca yang mungkin tertunggu-tunggu dengan artikel saya ini. Sebenarnya saya masih kesibukkan untuk menyiapkan sebuah buku mengenai pengurusan kewangan peribadi. Saya berharap sebelum bulan 6, buku ini siap dan dapat dilancarkan kepada seluruh pembaca di Malaysia. Insya’allah.

berbalik kepada tajuk artikel pada kali ini, saya berpendapat untuk bebas kewangan anda haruslah berpegang kepada 2 elemen iaitu Kefahaman Minda dan Ilmu Kewangan.

Kefahaman minda merujuk kepada bagaimana minda anda untuk berinteraksi dengan dengan peralatan yang ada dalam sistem kewangan, berapa cepat anda bertindak, bagaimana anda menjajarkan antara hati dan fikiran dan memberi kekuatan minda untuk terus maju. Ini akan menyebabkan anda menjadi lebih kreatif, kuat berusaha dan lebih berdaya saing. Namun begitu, kefahaman minda sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan anda seorang yang bebas kewangan. Ia harus dicampur dengan ilmu kewangan.

Ilmu kewangan merupakan panduan dan jambatan anda untuk anda menuju kepada bebas kewangan. Ini bertepatan untuk anda memahami apakah yang wujud di dalam ilmu kewangan dengan menghadiri pelbagai seminar, kelas, forum, blog dan setentunya ada guru@mentor untuk dijadikan rujukan. Di dalam Islam amat dianjurkan untuk berguru apabila ingin mencari ilmu. Jadi, skop ilmu adalah amat meluas tetapi bergantung kepada anda untuk mencari ilmu yang bagaimana. Sekiranya ingin mencari ilmu agama, maka ilmu agamalah yang di cari. Ini untuk menyatakan bahawa anda harus mencari guru@mentor yang bersesuaian dengan anda. Yang paling penting, anda harus mempunyai ilmu untuk membuat tapak dalam kewangan. lagi banyak ilmu anda, maka makin besar pengetahuan anda tentang kewangan.

Oleh itu, apabila anda sudah mencampurkan kedua-dua eleman tadi. Maka anda akan mempunyai idea untuk keluar dari masalah kewangan dan membina kewangan yang lebih positif. Ada yang menyatakan anda harus ada wang, baru boleh keluar daripada masalah kewangan. Pada pendapat saya, ia kurang tepat kerana anda haruslah ada minda + ilmu untuk keluar daripada masalah kewangan. Dengan eleman-eleman ini, anda akan faham bagaimana hendak menguruskan hutang, menambahkan pendapatan (ada sesetengah kerja tidak melibatkan modal), menguruskan kewangan yang positif dan setentunya membina kewangan.

Saya ingin bertanya kepada anda, berapakah jumlah hutang yang anda harus tanggung supaya dapat menyimpan? Berapakah jumlah minima yang anda harus simpan setiap bulan untuk membina landasan bebas kewangan? Mungkin ada daripada anda tahu, tapi adakah anda mempraktikkannya? Kepada yang tidak tahu, nampaknya anda perlu menimba ilmu tentang kewangan.

Semoga kejayaan hidup sentiasa bersama anda. Salam bebas kewangan dari saya.🙂

4 comments on “Minda + Ilmu Kewangan = Bebas Kewangan

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s