Cukupkah wang anda?

Hari ini dengan sedikit kelapangan ingin membuka minda anda tentang kewangan. Seperti yang sedia kita maklum, terdapat pelbagai istilah yang menyatakan tentang wang. Ada yang menyatakan:

  • tanpa wang kita tidak boleh hidup
  • jangan menjadi hamba wang
  • anak orang kaya bolehlah kaya
  • wang menyenangkan kehidupan dunia dan akhirat
  • wang membuat seseorang menjadi ego

Sebenarnya, pada pendapat saya.. wang tidak salah. Tapi yang salahnya adalah diri sendiri. Kita lihat ramai orang merungut perihal ketidakcukupan wang. Ada sahaja yang tidak cukup tapi pernahkah anda melihat apa hutang yang ‘perungut’ itu ada? Selalunya orang yang merungut itu mempunyai hutang yang menimbun. Dengan hutang yang tidak baik terlampau meninggi. macam mana ‘perungut’ itu hendak nampak pihak yang elok apabila adanya wang? Sebenarnya ‘perungut’ ini hanya bijak membuat hutang tapi tidak pandai membunuh hutang. Kalau banyak hutang yang tiada nilai naiknya (hutang positif), bagaimana anda mahu kehidupan yang lebih selesa. Saya tidak menyatakan bahawa anda seharusnya kaya baru boleh hidup, saya cuba menyatakan bagaimana anda mahu hidup “selesa” dari hari ke sehari anda.

Orang yang berjaya dalam kewangan (selesa, kaya dan amat kaya) mempunyai sifir yang mudah iaitu wang membina wang. Ia boleh dikatakan sebagai pendapatan pasif mereka untuk membeli sesuatu atau menambah kekayaan mereka. Manakala orang yang tidak berjaya dalam kewangan (menengah dan bawah) hanya akan bergantung kepada pendapatan aktif mereka. Jadi, apabila pendapatan aktif sudah tidak mampu dicari.. maka di situlah akan bermula masalah. Boleh dikatakan sifir yang digunakan ironinya adalah wang membakar wang. Saya tidak salahkan kepada orang kelas bawah kerana ada diantara mereka yang amat berjaya bermula dari bawah seperti Tan Boon Siew, Syed Mokhtar, Robert Kuok dan lain-lain lagi. Jadi tiada istilah sekiranya anda kaya barulah anda berjaya. Tidak semestinya, yang penting bagaimana anda ingin mencorak kehidupan anda, berapa kuatkah anda untuk berubah dan apakah ilmu yang anda cari.

Saya menceritakan kisah ini kerana saya ingin anda sedar dari lamunan. Tidak perlu marah, demo dan menceritakan masalah kepada dunia. Ini semua akan memudahkan anda mendapat sakit jantung dan darah tinggi. Anda harus mencari penyelesaian dan buang sifat alasan. Buang sifat salahkan orang lain sebaliknya tujukan jari itu kepada anda. Anda salah kerana anda selalu ingin berada dalam keadaan selesa @ selamat. Buat perubahan untuk diri dan lakukan pengorbanan. Insya’allah dengan usaha yang dilakukan, anda akan dapat melihat perubahan yang positif seawal 1 tahun. Memang anda akan rasa tertekan dipermulaannya, Namun persepsi dan mental anda akan berubah apabila melihat nilai yang positif. Usah berfikir apa orang fikir terhadap anda sebaliknya anda lakukan kerana inginkan perubahan.

Di dalam Islam, terdapat 2 kategori sahaja iaitu orang memberi atau orang yang menerima. Dan setentunya orang yang memberi adalah lebih baik dari orang yang menerima. Bagaimana anda mahu memberi sekiranya anda selalu ingin menerima. Mudah bukan? Ditambah pula Rasullah SAW amat mengemari orang Islam yang kuat (dalam pelbagai segi..dari konteks ini adalah kewangan) daripada orang Islam yang lemah. Ini menunjukkan pentingnya kualiti daripada kuantiti. Jadi, anda boleh fikirkan dipihak manakah anda? Saya tidak menilai anda tapi hanya anda yang boleh menilai diri sendiri. Saya dahulu seorang yang buta kewangan tapi disebabkan ingin perubahan, saya makin memahami apa itu kewangan. Malahan ia bermula daripada kewangan peribadi. Sekiranya kewangan peribadi tidak betul maka ia akan merantai aspek-aspek yang lain.

Ingat pesanan saya “Mengawal atau Dikawal”. Semoga membantu..

 

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s