Karakteristik orang yang bebas “mengawal” kewangan (debt-free)

orang kaya2014 baru sampai 1 bulan setengah telah berlalu, mungkin sudah ramai yang sudah mula merasa keperitan taraf hidup. Mungkin kurang di kampung-kampung, tapi di bandar adalah amat berlainan sekali. Mungkin di kampung-kampung, anda hanya terasa tempiasnya tetapi di bandar-bandar, anda akan mengalaminya secara terus. Tidak semestinya anda mempunyai gaji yang berbelas-belas ribu, anda adalah bijak dalam menguruskan kewangan. Mungkin anda bijak mencari wang tapi belum tentu anda pandai mengawal wang anda. Sifir saya cukup mudah, berapa peratus daripada wang gaji anda yang tersisa apabila hujung bulan menjelma? 100%, 50%, 30%, 10%, 1% atau tiada langsung? Atau mungkin wang gaji anda tidak cukup, jadi anda harus menambah nilai gaji tambahan dengan kad kredit.. hanya anda yang tahu.🙂

Di sini saya ingin memberi panduan kepada anda sekiranya anda ingin mencari golongan manusia yang mengawal kewangan mereka @ seorang yang bebas hutang:

– Mereka mempunyai matlamat tentang kewangan mereka. Mereka tahu berapa jumlah yang perlu mereka ada dalam lingkungan jangka panjang, sederhana dan pendek. Sebagai contoh, dalam 20 tahun mereka mempunyai nilai wang sebanyak RM1 juta, 10 tahun mempunyai RM500 ribu dan 5 tahun mempunyai simpanan RM250 ribu. Matlamat mereka jelas, ini menjadikan mereka akan menyusun strategi dari langkah 1 dan langkah yang seterusnya.

– Mereka membuat ‘checklist’ dalam wang yang dimiliki setiap bulan. Setiap bulan, mereka sudah membuat beberapa pecahan simpanan, perbelanjaan, kecemasan dan lain-lain lagi. Jadi, mereka tidak risau kerana mereka sudah membuat pecahan. Sebagai contoh, 10% daripada gaji yang diterima..terus disimpan ke dalam akaun kecemasan (sekiranya belum mencukupi).

– Mereka ini selalunya hidup di bawah paras wang yang mereka perolehi. Ini menjadikan mereka selalu mempunyai wang untuk menyimpan, membuat pelaburan mahupun membayar hutang. Mungkin pada mulanya anda merasa kekok atau janggal, tapi apabila ia menjadi sesuatu yang rutin. Tiada masalah untuk anda! Sebagai contoh, anda mempunyai gaji bersih RM3000, maka anda boleh memilih untuk beranggapan anda berada diparas gaji yang mana. RM2500, RM2000 ataupun mungkin RM5000.

– Mereka selalu tahu apa yang mereka perlu tahu. Selalunya mereka boleh memberi pandangan kadar faedah yang selalu dikenakan oleh kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi. Dan mereka juga tahu berapa peratus pulangan kadar keuntungan apabila diletakkan didalam pelaburan A, B mahupun Z. Jadi mereka menjadi orang yang tahu dalam pelaburan yang mereka selami.

– Mereka tidak segan untuk bertanya kepada orang yang telah berjaya. Mereka akan cuba mencungkil rahsia orang yang lebih berjaya daripada mereka. Ini menjadi mereka selalu mempunyai cabang pilihan untuk di buat dan disebalik itu, ada daripada orang yang berjaya menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Anda boleh dapatkan tips daripada orang yang telah berjaya.

– Mereka merupakan penyimpan wang dalam diam. Selalunya mereka jarang memakai pakaian yang mengikut fesyen, mempunyai pelbagai gadjet (sekiranya adapun, itu hanya untuk menjana wang) dan lain-lain lagi. Mereka ini sedaya upaya untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

– Bijak menjana wang. Anda pernah dengar menjana wang dari duit RM1? Biasa dengar Tony Fenandez, dia boleh mencipta pelbagai syarikat hanya bermula dengan syarikat yang bernilai RM2. Atau mungkin diwaktu kecil dahulu, ada kawan-kawan anda yang membeli satu plastik gula-gula dan dipaketkan kepada plastik yang lebih kecil untuk dijual kepada anda mahupun kawan-kawan yang lain. Itu dinamakan teknik menjana wang!

– Anda boleh melihat apa yang mereka baca, bercakap malahan menonton rancangan televisyen yang mereka minati. Sebagai contoh, orang yang meminati fesyen..akan sentiasa up to date dengan informasi fesyen. Ini dikatakan tidak mahu ketinggalan!🙂

– Anda juga boleh melihat kawan-kawan mereka. Seorang penyimpan atau seorang ‘spender’? Orang yang menyimpan wang selalunya akan berada di dalam golongan yang menyimpan wang. Begitu juga orang yang selalu berbelanja, akan berada dikelompok orang yang berbelanja. Anda berada dikelompok mana yer?

Saya tidak nyatakan bahawa mereka yang bebas kewangan adalah seorang yang kedekut, tetapi mereka sudah membuat tabung dalam pelbagai bahagian. Jadi sekiranya untuk bulan itu mereka sudah menetapkan belanja RM1000, maka mereka akan menggunakan sekadarnya. Sebab mereka tahu nilai wang walaupun hanya RM1. Tanpa RM1, anda tidak akan digelar jutawan walaupun dalam simpanan anda ada RM999,999.99.

2 comments on “Karakteristik orang yang bebas “mengawal” kewangan (debt-free)

  1. Bismillah,

    membuat checklist mmg penting.
    saya beberapa kali masuk speddmart dengan duit yang kurang…dan akhirnya saya dapat mengawal perbelanjaan saya.

    • Itu salah satu idea yang menarik.. lebih mudah membuat senarai untuk membeli dan beli apa yang ada dalam senarai sahaja. Dengan kata lain.. jangan ‘rambang mata’. Hehe..

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s