Sejarah Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)

sejarah dividen asbKali ini saya membuat kira-kira untuk memudahkan anda yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali dengan nama ASB. Semoga menjadi rujukan kepada para pelabur diluar sana apakah kiraan sebenar apabila zakat simpanan dikenakan ke atas duit pelaburan kita @ duit simpanan kita. Kiraan 2.5% setahun (apabila cukup haul) diletakkan sebagai benchmark supaya memudahkan umat islam khususnya memahami bahawa setiap pelaburan @ simpanan yang cukup nilainya haruslah dizakatkan.

Saya sering mengingatkan diri saya sendiri bahawa setiap wang yang diberi kepada kita, ada bahagiannya untuk orang lain. Dengan berzakat, semoga simpanan kita ini disucikan. Kita harus ingat bahawa hukum pelaburan ASB masih berada di tahap syubhah kerana ada pertelingkahan antara status Harus dan Haramnya. Rasanya tidak perlu saya perdebatkan atau menceritakan mengapa ada isu yang bertelingkah khususnya pelaburan ASB ini. Anda boleh lihat orang – orang yang cerdik pandai menceritakan secara panjang lebar mengenai isu ini. Anda hanya harus memilih adakah anda menggunakan konsep ‘darurat’ lalu mengambil pakai fatwa Harus atau anda mengambil pendekatan yang menolak pelaburan tidak berkonsepkan syariah maka anda boleh menggunakan fatwa Haram.

Apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa pemberian dividen ASB dilihat semakin berkurangan. Saya merasakan sekiranya pelaburan oleh pihak PNB tidak dilakukan sebaiknya maka tidak mustahil lagi 10 tahun, dividen terkumpul setelah ditolak zakat akan berada di bawah paras 5 peratus. Setiap pelaburan ada baik dan buruknya dan pelaburan ASB tergolong dalam pelaburan berisiko rendah. Anda ingin bertukar ke pelaburan lain atau masih berpegang dengan ASB, itu terpulang kepada anda. Seeloknya, biarlah bakul pelaburan itu dalam sudut yang pelbagai supaya anda dapat membuat pecahan peratusan antara pelaburan berisiko rendah, sederhana dan tinggi.

Semoga berjumpa lagi.

2 comments on “Sejarah Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)

  1. Bila dana terlampau besar dan tidak tahu hendak buat pelaburan ke mana, penyusutan dividen akan berlaku. Dua sahaja yang saya harapkan dari ASB: comeback dari segi dividen dan menjadi pelaburan patuh shariah.🙂

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s