Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Datang 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian. Pasti ramai yang menyambut kedatangan tahun baru 2014 baru-baru ini. Rasanya belum terlewat saya ucapkan kepada anda semua “Selamat Tahun Baru 2014”. Nampaknya 2013 sudah berlalu dan setentunya azam – azam yang lalu akan dikecapi mahupun ditinggalkan dengan begitu sepi. Itu terpulanglah kepada anda semua.

Boleh dikatakan tahun lalu merupakan tahun pembelajaran yang positif buat saya. Boleh dikatakan banyak parasit – parasit kewangan sudah saya buang pada 2013. Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, doa dan sokongan dari Allah swt dan keluarga banyak merealisasikan impian saya. Ada yang biasa – biasa sahaja ataupun yang perit. Semuanya bercampur gaul dari segenap sudut. Teknik bertahan saya berjaya di tahun – tahun sebelumnya, 2013 banyak saya menggunakan teknik bertahan dan menyerang. Macam peperangan bukan? Ya, kewangan merupakan salah satu elemen peperangan dalam kehidupan ini. Tanpa pengurusan kewangan yang betul, anda akan hanyut dengan hutang dan akhirnya anda akan kelemasan di antara anda sedar atau tidak. jadi terpulang kepada anda, untuk berusaha keluar dari kepompong hutang atau berada di dalamnya sehingga anda meninggal di dunia ini. Biarlah anda meninggalkan sedikit bekalan untuk orang lain dari anda meninggalkan bebanan hutang kepada mereka. Adakah anda sanggup melihat ahli keluarga terbeban dengan hutang anda?

Sekiranya anda tidak ada memasukkan sedikit slot kewangan di dalam diari 2014, jadi anda mulakan sekarang. Langit tak selalunya indah, bila – bila masa ia boleh menjadi mendung malahan mungkin menyebabkan tsunami yang akan mengorbankan ramai pihak yang tidak bersedia menghadapinya. Adakah anda bersedia? Pada tahun ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menyerang dengan lebih kerap namun bukanlah menyerang membuta tuli tapi biarlah menyerang dengan ilmu. Di harap dengan ilmu yang ada, dapat saya menaikkan simpanan pasif saya sebagai salah satu cabang Jutawan. Amat ramai menjadi Jutawan Hutang tetapi sedikit sahaja yang menjadi Jutawan Simpanan. Saya sudah menjumpai hala tuju saya dan sekeluarga pada tahun ini. Bagaimana pula dengan anda? Sudah menulis apa azam tahun ini atau masih tercari – cari apa azam tahun ini.

“Tetapkan Matlamat dan Fokuskan Matlamat Anda Sehingga Berjaya”

“Perubahan positif atau negatif bermula dengan dalam diri anda. Selamat Berjaya!”

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s