Bab 4: Mencari Guru

tugu negaraNampaknya terlalu lama saya tidak menulis artikel di dalam bahagian Road to Millionaire. Bukannya cita – cita sudah hilang, tapi sebenarnya saya dalam proses untuk pembikinan buku “Dari Kepompong Hutang kepada Terbang Bebas Tanpa Hutang”. Agar sukar untuk saya menulis buku kerana kekangan masa yang harus dibahagikan antara keluarga, kerja, perniagaan dan lain – lain lagi. Bak kata pepatah mat salleh ” No Pain, No Gain”.

Boleh dikatakan selepas saya banyak membaca buku, keterbukaan kepada hutang, pelaburan dan mengelak dari banyak kesilapan tentang kewangan semakin meninggi. Alhamdulillah, nampaknya sesuatu yang positif sedang berlaku. Selain buku – buku yang di beli, blog dan forum menjadi minat dalam menambah ilmu tentang kewangan dan selok belok kewangan. Ada info – info yang diupdate dari semasa ke semasa membolehkan saya mengetahui perihal pelaburan dan lain – lain lagi. Boleh dikatakan pada ketika itu, saya mula berkira – kira untuk mengeluarkan duit untuk mendapatkan Guru dalam kewangan. Sedaya upaya, saya akan mencari yang percuma.. dengan alasan “Jimat Duit”. Hehehe.. Namun begitu, lama kelamaan.. info tesebut akan menjadi tepu atau dengan kata lain, limit dalam pengetahuan kewangan sudah sampai di kemuncaknya. Apabila mencari info yang percuma ni, akan hanya berkisar di tempat yang sama. Hmm.. dalam hati mula terdetik, nampaknya saya harus berbuat sesuatu supaya pengetahuan ini berada di landasan yang betul dan di kongsi oleh orang yang betul. Maka bermulalah pencarian Guru Kewangan saya..

Setelah diteliti latarbelakang Guru @ Mentor saya, ada beberapa orang calon yang saya berminat untuk saya ‘gajikan’. Mungkin pembaca pelik, kenapa saya guna perkataan ‘gajikan’ dalam pencarian mentor @ guru kewangan saya. Ini kerana Guru Kewangan saya adalah berbayar dan sekiranya saya tidak berminat, saya boleh menarik diri dari terus menggunakan khidmat Guru Kewangan saya ini. Tapi saya tidak mengambil seorang guru tapi dua orang. Hmm.. nampak macam tamak bukan? Bukanlah saya nak berbangga diri dengan adanya dua guru kewangan (yang ada Financial Certificate Planner), namun dua guru mempunyai karakter, ilmu, tools yang digunakan, bidang2 kewangan yang mereka pakar walaupun kedua-dua guru ini berada dalam bidang yang sama iaitu KEWANGAN. Nampaknya pembaca ingin tahu siapakah gerangan guru-guru saya bukan? Saya haruslah rahsiakan dahulu dan akan diceritakan di dalam buku saya nanti. Dan akan diceritakan kekuatan mereka di dalam bidang kewangan. Namun harus di ingat, tidak semestinya guru yang sesuai dengan saya akan bersesuaian dengan para pembaca. Lain orang, lain citarasa gurunya..🙂

Alhamdulillah, semasa sesi pertama berjalan amat mudah diantara kedua-dua guru saya. Ini kerana asas-asas kewangan dan cara-cara penyelesaian hutang, banyak yang sudah saya lakukan semasa saya banyak membaca buku, forum dan blog. Seperti yang para pembaca ketahui, saya mengadap guru-guru saya dalam keadaan SATU HUTANG sahaja iaitu Pinjaman Perumahan. Hutang-hutang dahulu sudah saya selesaikan dan akan menjadi satu pengajaran yang bermakna untuk saya (ini juga akan saya ceritakan di dalam buku saya nanti). Buat masa sekarang, semuanya berjalan lancar dan kehidupan saya lebih kepada positif cashflow. Kalau di kira aset – liabiliti, saya sudah mencapai dan melebihi tahap suku Jutawan. Insya’allah..next target menjadikan saya Separuh Jutawan dan seterusnya seorang Jutawan Senyap di Malaysia. Amin..

Mungkin para pembaca ingin bertanyakan perbezaan Guru Percuma dan Guru Berbayar dari sudut pandangan saya. Boleh dikatakan kedua-duanya bagus, namun begitu Guru Berbayar adalah lebih baik kerana kita akan mengetahui apa yang di buat itu adalah betul atau tidak. Dalam Islam juga menyarankan kita mencari guru supaya kita tidak sesat jalan @ disesatkan. Boleh dikatakan, apabila saya berguru.. banyak info dan tips kewangan, pelaburan dan kesilapan – kesilapan yang harus dielakkan. Harus di ingat, kewangan anda akan dipantau 100% oleh guru anda..Hehe.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s