Perihal Hutang

orang kayaWahai orang yang beriman! Apabila kamu bermu’amalah (berjual beli, berhutang piutang, sewa menyewa dan sebagainya) tidak secara tunai untuk masa yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (apa yang ditulis itu), dan hendaklah dia bertakwa kepada AllahTuhannya, dan janganlah dia mengurangkansedikit pun dari hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu merencanakan, maka hendaklah walinya merencanakan dengan jujur, dan disaksikan dengan dua orang saksi dari orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi – saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatinya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar, sampai tempoh masa pembayarannya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan penyaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan keraguanmu. (Tulislah mu’amalah itu) kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menuliskannya. Dan saksikanlah apabila kamu berjualbeli dan janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu’amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan (gadaian) yang dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Akan tetapi, jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan penyaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang ynag berdosa hatinya dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 282 – 283)

Dalam petikan ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa perlunya ada perjanjian hitam putih dan saksi di antara penghutang dan pemberi hutang. Di samping itu juga, di dalam petikan ayat terdahulu ada menyatakan tentang tolak ansur dalam mengutip hutang.

Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah, Ayat 280)

Nampaknya saya sudah perlu membuat hitam putih dalam transaksi hutang yang di beri supaya memudahkan saya dan penghutang-penghutang saya. Saya harap anda juga boleh melakukannya.🙂

One comment on “Perihal Hutang

  1. Assalamualaikum. Ramai yang telah terjebak dengan hutang dan berhadapan dengan masalah bayaran balik. Saya harap Tuan boleh kongsikan blog saya berkenaan hutang yang mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. Ia memberikan butiran terperinci tentang proses dan prosedur kutipan hutang oleh Bank dan juga Agensi Pengutip Hutang.

    Blog dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Boleh singgah ke
    https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/ atau http://debttalesthebankandyou.wordpress.com/

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s