Kelebihan dan Kekurangan Unit Trust @ Amanah Saham Bumiputera (ASB)

title_asb

 

 

 

Nampaknya sudah lama saya tidak membuat artikel di dalam blog ini. Sejujurnya saya di timpa dengan kesibukkan dengan kerja-kerja ofis dan rumah. Dengan celahan masa yang terluang ini, ingin saya kongsikan satu ‘unit trust’ atau unit amanah yang di jamin oleh kerajaan.

Seperti yang kita ketahui, setiap pelaburan ada risikonya. Namun terpulang pada anda untuk menentukan adakah ia sesuai dengan kehendak anda atau tidak. Sejujurnya bagi saya, ASB merupakan satu platform unit amanah yang amat berisiko rendah dan di samping itu juga terdapat beberapa kelebihan yang tidak ada pada unit amanah lain. Di sini saya senaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan ASB ini.

Kelebihan
– di jamin oleh kerajaan (risiko yang amat rendah)
– kadar dividen yang baik (10% – 7%)
– kadar bonus yang baik (6% – 1%)
– kadar kecairan yang tinggi
– tidak melibatkan kos pembelian dan penjualan
– boleh dijadikan sebagai sijil (untuk overdraf mahupun cagaran kepada bank)

Kekurangan
– tidak mengikut shariah (lebih 30% tidak patuh shariah)
– tidak di bayar zakat
– terdapat perbezaan fatwa iaitu HARUS dan HARAM

Untuk melihat secara terperinci mengenai ASB, anda boleh lihat di pautan yang terdahulu mengenai ASB. Jika di lihat sepintas lalu, boleh dikatakan pihak PNB hanya mengurangkan kebergantungan kepada bahagian yang tidak patuh shariah untuk menjaga ia lebih baik iaitu urusniaga di dalam Bank Maybank (konvensional). Ini kerana PNB telah meletakkan peratusan tidak patuh shariah yang tinggi kepada Maybank.

Terpulang kepada anda untuk menilai Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s