Bila dividen AHB akan diumum?

logo ahb Hmm.. dalam data entri search blog saya, ternyata bulan 9 adalah carian yang popular untuk dividen AHB. Pada pandangan saya, ramai pembaca beranggapan bulan 9 adalah dividen akan di beri kepada para pelabur, begitu juga saya. Saya masih tertunggu-tunggu adakah dividen akan diumumkan dan ternyata saya juga masih mencari ‘hint – hint’ yang wujud tentang pengumuman dividen AHB. Nampaknya pihak AHB tidak ingin memberi kita berita gembira untuk dividen pada bulan September 2013 ini.

Pada pendapat saya, AHB akan mengumumkan selewat-lewatnya pertengahan bulan 10. Ini mungkin disebabkan beberapa sebab:

  • suku ke3 telah tamat (September) jadi ingin membuat kira-kira dahulu
  • mengambil sedikit masa untuk pelarasan dividen
  • mungkin masalah dari segi sektor hartanah sekarang yang bermacam-macam polisi di ubah
  • ketidaktentuan ekonomi Asia dan Eropah

Di harap, target untuk dividen kali ke-3 boleh di capai kerana AHB menjanjikan pulangan mestilah sekurang-kurangnya 6% setahun. Sila klik di sini untuk mengetahui kisah AHB yang terdahulu dan sejarah dividen mereka. Selamat membaca..

8 comments on “Bila dividen AHB akan diumum?

  1. Assalamualaikum,
    untuk dividen AHB , ia akan diumumkan setahun 2 kali iaitu pada bulan Apr – May @ Nov. Ini kalau tak silap informasi saya melalui kakitangan MBB sendiri.

    Pada saya, itu hanyalah pandangan saudara sahaja ttg sebab kenapa AHB dividen belum di umumkan…

    • Wa’alaikummussalam,

      Mungkin betul apa yang pihak MBB bagitau tapi saya hanya merujuk kepada tarikh dividen dari tarikh pertama hingga sekarang. Untuk dividen yang paling akhir iaitu:

      Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. mengumumkan agihan pendapatan interim 3.25 sen seunit untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2013.

      Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130416/ek_01/Dividen-AHB-3.25-sen#ixzz2gdTXIrW1
      © Utusan Melayu (M) Bhd

      Jadi kalau di kira daripada 6 bulan selepas Mac, ia akan bermula dari bulan April hinggalah penghujung September dan bulan Oktober untuk dividen akan di keluarkan. Jadi sekiranya pihak MBB kata bulan November, kiraan 6 bulan tidak akan terpakai kerana ia sudah melebihi dari 6 bulan (8 bulan).

      Memang betul ia adalah pandangan peribadi dan saya memang sudah nyatakan di dalam artikel yang saya tulis dengan sejelas-jelasnya. Bak orang kata, sebagai informasi tambahan sahaja sambil minum-minum kopi.🙂

      • Sebetulnya hanya orang yang bekerja bahagian kira-kira yang tahu bagaimana formula yang AHB gunakan. Saya mengandaikan AHB akan menggunakan kaedah ini:
        – (setiap baki terendah setiap bulan x kadar dividen) / half year.

        * ini merupakan andaian daripada saya sahaja. Bukan formula sebenar dari AHB.

        Saya mengandaikan konsep hampir sama seperti ASB tetapi ditambah dengan 1/2 tahun untuk pemberian dividen.

  2. Saya ingin bertanya ttg dividen AHB bagi okt 2014,adakah telah di keluarkan.saya telah bertanya dgn maybank labuan ttp mereka menyatakan sekarang dividen tersebut telah tiada.kena tanya terus di bursa saham.bursa saham yg menguruskan buat masa skg.adakah benar?

    • Sudah dikeluarkan sebab saya pun sudah dapat wang tersebut di dalam akaun maybank saya. Adalah mustahil apabila pihak PHB sendiri mengumumkan agihan dividen tersebut. Mungkin pegawai tersebut tidak tahu berkenaan isu ini. Nak senang.. print statement di atm (penyata ringkas), jadi boleh ‘tracking’ duit keluar masuk.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s