Peraturan baru KWSP tingkat simpanan pencarum

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat keputusan untuk meningkatkan simpanan minimum pencarum untuk memastikan mereka mempunyai lebih wang semasa hari tua, tetapi secara tidak langsung mengurangkan pelaburan dalam industri unit amanah.

Peraturan baru KWSP untuk mengurangkan pelaburan dalam unit amanah ditetapkan pada ketika peningkatan kos menunjukkan simpanan pencarum tidak mencukupi untuk menampung kehidupan semasa bersara selepas berumur 55, lima tahun di bawah umur persaraan ditetapkan kerajaan iaitu 60.

“KWSP akan mengkaji semula jumlah simpanan asas ahlinya kepada RM196,800 apabila sampai umur 55 bermula Januari 2014, untuk memastikan simpanan cukup menampung keperluan persaraan,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar kepada The Malaysian Insider pada hujung minggu.

Beliau berkata, di bawah skim lama, sasaran simpanan untuk ahlinya adalah RM120,000 pada umur 55 dan ia tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.

Bagaimanapun, katanya, menerusi skim baru, RM820 sebulan dicarum selama 20 tahun dari umur 55 ke 75 manakala jumlah simpanan minimum yang ditetapkan pada 2008 ialah RM120,000 pada umur 55.

Katanya, kadar baru ini dikatakan akan menyamai pencen minimum penjawat awam yang pada ketika ini pada RM820 sebulan supaya pendapatan persaraan bulanan tidak jatuh di bawah garis kemiskinan.

Dengan semakan semula ini, ahli-ahli perlu mempunyai lebih simpanan dalam Akaun 1 supaya layak untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP, iaitu simpanan akan dilaburkan dalam unit amanah.

Pada ketika ini, ahli boleh menggunakan 20 peratus daripada baki simpanan Akaun 1 untuk melabur dalam skim unit amanah diluluskan.

Contohnya, ahli yang berumur 40 tahun dan mempunyai simpanan asas RM80,000 dalam Akaun 1. Pada ketika ini (2013) lebihannya adalah RM36,000 (RM80,000 – RM44,000). Dia boleh menggunakan RM7,200 (RM36,000 x 20%) untuk melabur dalam unit amanah diluluskan. Formula ini tidak terpakai lagi tiga bulan akan datang.

Dengan peraturan baru KWSP pada 2014, dengan RM80,000, lebihannya akan menjadi hanya RM11,000 (RM80,000-RM69,000). Seseorang hanya boleh menggunakan RM2,200 (RM11,000 x 20%) untuk melabur dalam mana-mana unit amanah diluluskan.

Seorang pegawai dari Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) yang bercakap dengan syarat namanya dirahsiakan berkata, industri unit amanah akan terjejas dengan peraturan baru KWSP itu terutama peruncit.

Industri unit amanah berjumlah RM326 bilion itu melibatkan 50,000 perunding yang mendapatkan komisen dari 1 hingga 3 peratus dari pelaburan unit amanah.

Peraturan baru juga akan menyebabkan ramai ahli KWSP yang sebelum layak melabur dalam unit amanah tidak layak di bawah peraturan baru.

Salah satu Syarikat Pengurusan Unit Amanah (UTMC) terkenal adalah Public Mutual, anak syarikat Public Bank Bhd memperolehi satu pertiga daripada pendapatan bukan faedah operasi unit amanah. Pada 2012, kurang 10 peratus daripada keuntungan bersih datang dari perniagaan unit amanah mereka. – 9 September, 2013.

Sumber: http://my.news.yahoo.com/kwsp-tetap-peraturan-baru-tingkatkan-simpanan-pencarum-225838936.html

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s