Stop Complaint, Start Doing It

Mungkin pembaca agak terkejut dengan title saya yang bertajuk dalam bahasa English. Tajuk je dalam bahasa Inggeris tetapi kandungannya tetap bahasa malaysia. Ini kerana saya berpendapat dengan tajuk berbahasa Inggeris nampak lagi agresif dan menekan dari bahasa melayu. Sebagai contoh: “Berhenti Komplen, Mula Lakukan”. Kan nampak lembut ayat tu..Hehehe.

Mungkin banyak dari kita akan sentiasa terbatas untuk melakukan sesuatu kerana sesuatu. Sebagai contoh hendak buat perniagaan tapi tiada modal, hendak buat ini kerana takde itu.. dan bermacam-macam lagi yang biasa kita dengar ataupun kita cakap. Saya juga tidak berkecuali dari bercakap seperti itu sebelum ini.. Namun lama kelamaan, ia menjadikan kita bersifat negatif iaitu keterbatasan. Sebenarnya kita lupa apabila kita selalu cakap seperti ini, ia menanamkan aura negatif (kalau boleh nampak lerr..) dan dalam masa yang sama kita menyatakan kepada Allah yang kita hendakkan keadaaan seperti itu. Biasa kita dengar kan “kata-kata seorang ibu itu menjadi doa kepada anak-anaknya”. Jadi implikasinya kita kene menukar kepada “tunjukkan jalan, permudahkan urusan”.. Insya’allah akan dipermudahkan apa yang kita ingin buat.

Jadi, sebelum anda ingin melakukan sesuatu.. tanam dalam diri apa yang ingin dilakukan supaya membentuk aura positif dan menjadikan kita fokus apa yang ingin dilakukan. Sentiasa cabar diri supaya menjadikan “Hari Ini Lebih Baik dari Semalam”. Insya’allah dengan berkat doa kepada Allah… Segala urusan kita akan dipermudahkan, Kita harus mulakan dan disulami dengan doa kepada Allah. Amin..

2 comments on “Stop Complaint, Start Doing It

  1. ini yang saya cuba ingin tambah dr pandagan al-quran, kalau dr sudut pandangan barat istilah inilah yg digunakan “stop complaint, start doing it”, perkataan negatif juga dr pandangan barat.

    Allah SWT berfirman :
    “Hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan diberikan (dipenuhi) pahala bagi mereka dengan tanpa batas (QS Az Zumar : 10)

    “Dan sesungguhnya, Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
    (QS. An-Nahl : 96)

    Dari sahabat Ali ibn Abi Thalib :
    “Ketahuilah , bahwa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputus tidak ada gunanya jasad itu. Sesungguhnya tidak ada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran ”

    Dari Al Hasan :
    Sesungguhnya , kesabaran adalah salah satu harta simpanan kebaikan, dan Allah hanya akan memberikannya kepada seorang hamba yg mulia di sisi NYA

    • Terima kasih kerana kesudian saudara/saudari alwaysilentreader dengan pandangan yang lebih islamik. Mungkin saudara beranggapan pandangan dari barat itu negatif (stop complain, start doing it), dan setentunya itu dari kacamata alwaysilentreader. Dari pemahaman tafsiran yang di beri oleh saudara/saudari, ia lebih kepada “kesabaran”. Dari kacamata saya terhadap (stop complain, start doing it) kalau nak dijuruskan kepada pandangan Islam yang boleh juga dipakai ialah :

      “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

      Jadi saudara/saudari boleh melihat bahawa Allah juga menyuruh kita berusaha untuk mengubah sesuatu keadaan yang lebih positif. Tidak semua pandangan Barat itu negatif kerana orang barat mengambil bahan bacaan dahulu dari Islam dan juga mengkaji Al-Quran cuma ditukar kepada ayat yang diolah dari sudut mereka.. Sekiranya ilmu itu baik datang dari orang yang kita anggap jahat, kita masih boleh mengunapakainya. Rasanya saudara/saudari pernah mendengar kisah Abu Hurairah menangkap syaitan (menjelma menjadi manusia) yang mencuri. Dan Syaitan yang ditangkap itu ada memberi satu ilmu yang baik iaitu:

      “Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syatan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (HR. Bukhari 2311)

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s